Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









New Album Siti Nurhaliza Hadiah Dari Hati di pasaran 10 Disember



blogYey! Yang anda nantikan akan tiba dalam masa 7 hari lagi! Berita terkini yang Budiey dengar, album terbaru Dato’ Siti Nurhaliza – Hadiah Dari Hati akan memasuki pasaran pada 10 Disember ini. Terima kasih kepada Rie, peminat nombor satu Siti Nurhaliza kerana sudi memberikan info terkini ini.

Cover albumnya menggunakan warna hitam? Siap dengan font yang tertera dengan gelaran Dato’ buat pertama kalinya. Hanya memperagakan wajah Siti Nurhaliza yang bertudung hitam. Apa maknanya hitam bagi Siti? Hitam tampak bergaya? Hitam nampak kemas? Album sempena Siti Nurhaliza naik haji dan akan bertudung selepas bergelar hajjah? Aisey… tapi masih nampak rambut sikit la. Adakah Siti akan mengenakan fesyen bertudung setelah pulang dari mengerjakan haji? Pastinya, itu janji Siti. Gambar dirakam dari sudut sisi dan dimake up dengan lapisan warna pipi yang tona gelap untuk mengelakkan Siti Nurhaliza nampak tembam.

Album 11 buah lagu ini adalah hadiah paling istimewa buat peminat Siti. Selain berharap peminat setia yang menunggu berpuas hati dengan semua lagu, Siti Nurhaliza juga menggesa peminat agar menyokong beliau dengan membeli album yang original. Kena beli yang original ya, nanti Siti Nurhaliza marah. Kalau nak download pun, sila muatturun daripada syarikat yang sah iaitu SN Mobile Digital. Siti juga tidak mahu peminatnya membandingkan dengan album-album terdahulu sebab setiap karya lagu dirakam dengan gaya yang berbeza. Harapan Siti Nurhaliza agak tinggi untuk album ini kerana beliau berpuas hati dan mahukan yang terbaik buat peminat. 

INFO ALBUM BARU SITI

  1. Album solo yang ke 12
  2. Mengandungi 11 buah lagu dalam bentuk kaset dan cd
  3. Penerbit album adalah Dato Siti Nurhaliza, Aubrey Suwito, Audi Mok, Azlan Abu Hassan, Jenny Chin, Greg Henderson dan Sharon Paul.
  4. Album akan diedarkan pada 10 Disember 2007
  5. Album terbitan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Suria Records
  6. Dalam album akan ada cara untuk DOWNLOAD FULL SONG dan TRUE TONES

LAGU-LAGU DALAM ALBUM ‘HADIAH DARIPADA HATI’

  1. Ku Mahu (Audi Mok / Rina Khan)
  2. Melawan Kesepian (Pongky Barata)
  3. Mulanya Cinta (Dick Lee / Adlin Aman Ramly)
  4. Tanpa Kalian (Taufik / Dato Siti Nurhaliza)
  5. Biarkan (Azlan Abu Hassan / Azalea)
  6. Kerana Dirimu (Cynthia Lamusu)
  7. Hati (Sharon Paul / Shuhaimi Baba)
  8. Wanita (Muhamad Fahmi / Shanty Ramadani / Dato Siti Nurhaliza)
  9. Cintamu (Sharon Paul / Fedtri Yahya)
  10. Sutramata (Aubrey Suwito / Tinta S)
  11. Sekian Lama (Azlan Abu Hassan / Azalea) 

Kata-kata Khas Dari Dato Siti Nurhaliza Dalam Album Terbarunya…

Assalammualaikum dan salam sejahtera

HADIAH DARIPADA HATI adalah sesuatu yang diberi. Ia lahir daripada keikhlasan diri, alunan melodi, bunyi, komposisi dan tulisan puitis berseni. Sesuatu yang terhasil daripada pancaindera yang paling sunyi iaitu hati. Hati mampu berbicara, membisik kata, mententeramkan jiwa, menerbitkan arus rasa dan mengalirkan beribu-ribu makna.

HATI yang sedang saya hadiahkan ini bukanlah milik saya seorang, ramai yang menjadi tulang belakang, memberi saya peluang, menghadiahkan karya terbilang dan membantu dalam setiap ruang.

KELUHURAN HATI telah memungkinkan saya dapat meneruskan perjalanan ini, jejak seni yang tidak akan pernah mati. Waktu mula menapakkan kaki, saya temui banyak mimpi indah dan ngeri,saya diuji dengan terik mentari, dingin salji, rebut menghampiri namun kerana cekal hati, saya pasti pada satu janji bahawa akhirnya saya akan dapat menemui indahnya pelangi.

Saya bersyukur masih diberikan kelapangan untuk menghadiahkan sesuatu buat anda yang sedia menanti hasil terbaru ini. Setiap pengalaman yang saya timba dari mula menghasilkan album ini akan saya kenang hingga ke akhir nanti. Saya gembira kerana kerjaya menjadi sekolah yang terbaik untuk saya belajar banyak perkara yang adakala saya takkan temui dalam kehidupan sehari-hari.

Kemunculan album ini saya dedikasikan buat semua penerbit album, komposer, penulis lirik, semua pihak yang bekerja keras di sebalik produksi ini kerana telah memberikan keistimewaan dan sentuhan anda yang tersendiri. Banyak pengalaman yang saya kutip, ilmu mereka yang saya intip dan kini hasilnya telah dapat saya titip.

Paling istimewa kepada peminat-peminat saya di mana saja anda berada. Ada yang sering bersua, tak kurang yang tak terlihat dek mata, tak terjangkau sempadan dan benua tapi masih setia memberi sokongan dan kata-kata membina.

Kepada yang baru mahu berjinak-jinak mendengar lagu saya, semoga anda menemui sesuatu di sini dan inilah hadiah bagi `perkenalan’ kita.

Saya juga tidak akan melupakan banyak insan berjasa dalam kehidupan peribadi dan kerjaya saya. Buat suami tercinta, Dato Sri Khalid Mohamad Jiwa, keluarga saya dan keluarga mentua saya, seikhlasnya daripada hati saya amat berterima kasih kerana anda telah menjadi `erti dalam hidup saya.

Kepada warga kerja Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd. dan Suria Records Sdn.Bhd. semoga kita akan terus bekerja keras menaikkan industri muzik dan memberikan sesuatu yang maksima daripada usaha kita.

Kepada pihak media cetak dan media elektronik di dalam dan di luar negara, terima kasih di atas sokongan anda selama ini dan doa saya agar kerjasama ini tidak akan pernah berhenti.

kredit: Sitizone.com

[tags]album terbaru siti nurhaliza, hadiah dari hati siti nurhaliza, berita siti nurhaliza naik haji, new album siti nurhaliza, mp3 lagu album hadiah dari hati, Ku Mahu, profile Audi Mok, novel Rina Khan, lirik lagu Melawan Kesepian, photo Pongky Barata, mp4 Mulanya Cinta, Dick Lee pic, Adlin Aman Ramly gossip, video klip Tanpa Kalian, ciptaan Taufik, gambar Dato Siti Nurhaliza di mekah, mp3 download Biarkan, kaset, Azlan Abu Hassan, Azalea jiwang, kod lagu Kerana Dirimu, biodata Cynthia Lamusu, Hati, Sharon Paul, filem Shuhaimi Baba, Wanita, Muhamad Fahmi, Shanty Ramadani, Cintamu, pemenang anugerah juara lagu 2007, video klip ajl 22, Fedtri Yahya hos pantun, Sutramata lyric, Aubrey Suwito, Tinta S, Sekian Lama mp4, cd album Azlan Abu Hassan recording, suara siti ringtones percuma[/tags]

Tags: ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Album Terbaru Siti Nurhaliza Hadiah Buat Hati Disember Ini!
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran Album ALL YOUR LOVE
  • Gambar Selebriti di Majlis Pelancaran Album ALL Your LOVE
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Pelancaran Pembukaan Lord’s Tailor
  • Eksklusif: Dato’ Siti Nurhaliza Promo Album Baru Lentera Timur
  • Siti Nurhaliza Bakal Lancar Kempen SimplySiti Di Hati
  • Peraduan Menangi Album 2 DIVA – Kris Dayanti & Siti Nurhaliza
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa Yayasan JUSCO Malaysia
  • Gambar Siti Nurhaliza Tema Madonna
  • Video Persembahan Siti Nurhaliza Celebrate 2012 Marina Bay



    • http://www.mohdismail.com Mohd Ismail

      tapi.. gambar tunjuk ‘Hadiah Daripada Hati’.. macam x kene je ayat tu ye tak?

      ‘Hadiah Dari Hati’ lebih elok rasanya…

    • http://www.faidhi.com/ faidhidotcom

      tuelah lagi sedap Hadiah Dari Hati…huhu…last album guna putih…kali ini guna hitam plak…huhu..mantap siti, mantap…next album guna biru pulak…tak pernah kena guna lagi…hehe..apa2pun tak sabor nak dengar album ini..sempat ker masuk AIM tahun depan??

    • http://afham.vangardx.net afham

      congrate CT.. !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    • zamri

      Hadiah Daripada Hati secara nahunya tepat walaupun Hadiah Dari Hati lebih catchy.

      Tajuk mudah difahami berbanding album-album sebelumnya.

      Pasti menanti CD di-airmail- kan ke pintu rumah

    • mazen

      pukul sepuloh pagi, 10hb disember ni mazen akan berdiri depan pintu kedai “speedy” sbb nak beli album siti ni. he hee….

      sape brani nk cetak rompak? mazen dan penguatkuasa yg lain akan berusaha dgn bersungguh2 smoga album x jd mangsa. mazen mmg bias skit dgn album siti ni. pantang klu album siti kena pirate. (betapa fanatiknyer aku dgn siti kan!).

      mazen sbnrnyer suka dgn kata2 ucapan siti dlm setiap album dia yg kuar. kata2 dia puitis sgt.

      semoga album ni akan m’jd hits d pasaran.

    • aku

      sebenarnya maksud ‘Hadiah Daripada Hati’ lebih mendalam berbanding dengan ‘Hadiah Dari Hati’… “Daripada” itu sendiri memberikan maksud sangat mendalam dan setulus tulusnya… kena paham yer… xkan kita nak keluarkan sesuatu yang akan menjadi tumpuan org ramai kita tak kaji dulu silap dan salahnyer sesuatu tuh.. inikan pula sesuatu yang akan menjadi judul sebuah album yang sememangnya akan meletup.. of coz la kena kaji betul ke tak judul tuh.. dan aku yakin ianya judul yang BETUL & TEPAT.

    • http://www.datuksitinurhaliza.co.nr KHAIRILL – SITIZONE

      All The Best Siti Nurhaliza…..

    • julia

      sebenarnya maksud ‘Hadiah Daripada Hati’ lebih mendalam berbanding dengan ‘Hadiah Dari Hati’… “Daripada” itu sendiri memberikan maksud sangat mendalam dan setulus tulusnya…

      album kali ini juga ada buku profil ct dan gambar2 ct…dlm buku tu…
      coz saerah bagi tau…

    • cikgi

      Hadiah DARI Hati? Memang sodap bunyinye tp salah dari segi tatabahasa…Dari digunakan untuk menunjukkan tempat & masa..

      By the way, wish Siti the best of luck for this album. Can’t wait to grab one!

    • aku

      ni hah jawapan daripada pihak DBP…
      “Dari”, “daripada” ialah sebahagian daripada kata sendi nama. Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi nama “dari” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Manakala kata sendi nama “daripada” hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, dan perbezaan atau perbandingan. Contoh penggunaan “dari” dan “daripada” adalah seperti yang berikut:

      a. Kereta itu bertembung dengan lori yang datang dari utara (bukan daripada utara).

      b. Guru baharu itu berasal dari Kota Kinabalu (bukan daripada Kota Kinabalu).

      c. Orang ramai telah mula berkumpul sejak dari pagi lagi (bukan daripada pagi lagi).

      d. Jambangan bunga itu daripada peminatnya (bukan dari peminatnya).

      e. Perabot di rumahnya semuanya dibuat daripada kayu (bukan dari kayu).

      f. Dia lebih peramah daripada adiknya (bukan dari adiknya).

      so, plzz jgn pertikaikan lagi pasal judul tuh… sememangnya sangat tepat

    • johorian

      Ye le tu.. Hadiah daripada hati.. Hati orang lain yang terluka ada ambil peduli atau hati tu yang saja nak menyakiti hati orang lain.

    • ak_0143

      maaf intrude… tapi rupanya lagu Melawan Kesepian tu saduran lagu Jikustik je… kalau tak caya cuba cari dekat Multiply.com. boleh donlod…

    • trans

      congrate2

    • integra_84

      sebagai peminat siti, pada pandangan saya sudah sampai masanya siti memakai tudung demi memenuhi tuntutan agama…jangan la kenakan syarat nak pakai tudung lpas blik haji la, balik umrah la dsb…
      sebagai biduanita negara yang disegani sepanjang zaman, siti seharusnya menunjukkan teladan yang terbaik kepada artis2 baru dan lama…
      sayangkan siti tudung2kan… haha jgn marah:)

    • http://- aamir josh

      salam semua..
      tajuk album ni mmg da tepat,,
      apa pula salah nye???
      org yg buat prof la syg~!!
      syabas ct..
      luv u always`!!

    • mewitxray

      siti….ur de best…im ur fanatic fan….hope i can buy ur new album…all de song make me enjoy…hope u will be bintang paling popular…..amin…..

    • http://www.friendster.com/wanieslumber wanie

      wohohoh…lagu2 dlm album ni memg bezz gler!!!da bole hapal sumer lagu!!huhu!!aku plg suke sutramaya..siap jd main song kt fster aku!!eheheh!!!lgu sekian lama,kerana dirimu p0n bezz…sume bez2 la…biarkan…argghhh!!!bezz sumer!!!congrate kak ct!!!

    • pok der

      siti ur the best !!!!!!!

    • rika_indo

      wonder women coy……. U ARE THE BEST……..

    • http://- Mikan

      Assalammualaikum Dato’ Siti Nurhaliza,saya ********.Saya nak e-mel Dato’ leh x?saya peminat Dato’…..Saya dah cari dah kat internet tapi x dpt2 gak..pliz….

    • kassim selamat

      album dah banyak bila ar datuk siti nak belakon yer???????

    • http://www.friendster.com/wanieslumber wanie

      buat mikan…emm..bkn senang ct nk tgk pe yg pminat die tulis..tp xyh sush2 emel..kan die ade wbsite seniri..nk komen ke nk puji ke,sume bole wat kt web dier.. ni web ct>>www.sitizone.com

    • almey

      aku minat gilerrr kat siti tapi tak pena jumpa lagi satu nak beli album baru pun mesti dah abis stok benciii lah.tolong aku

    • ms me

      kak siti kita serupa tapi kak siti lg lawalah,,,, sebenarnya aku pya bakal tunang pun berusia aku syg kat dia..doakan kami bersama….

    • ranie

      halllllu suma apa pun kak ct tahniah n teryskan usaha kami sentiasa sokong dari belakang

    • ranie

      alamak talabih sudah……..we love u kak ct.

    • http://datuksitinurhaliza izzati b.t mohd nor

      datuk siti nurhaliza buat apa kata kita berdua kahwain i tahu siti nurhaliza sayang i nak siti nurhaliza jadikan isteri i yang baik ok lepas kita dah kahwain kita i nak pergi bercuti nak mana tahu siti nurhaliza suka ke tak i sayang siti nurhaliza di dalam hati i iliveyou siti nurhaliza dan i cintakan siti nurhaliza salam cinta dan i.

    • ntahla….

      …apelah yg Izzati ni merepek tang c CT ni…kau ni angau ke ape???..hehe..

    • lina

      hai…..

      saya suka sangat dgn kak ct….

      bole minta ka nombor telefon kak ct….

      PLEASE!!!!

    • lina

      kak ct x dtg tawau ka????

      saya ingin tengok persembahan kak ct…

      ini dia number hp saya 012813561489 778003

      kak ct suka CELINE DION ka??

      saya suka juga celine dion….

      I LOVE YOU KAK CT!!!

      JGN LUPA DTG TAWAU!!!!

    • IKA

      Kak siti selain penyanyi celine dion penyanyi yang mana satu yang kak gemari lagi. Ika berasal dari indonsia. Ika sangat gemar kak .Bila kakak concert lagi di indonesia.

    • IKA

      Kak siti Ika boleh minta nombor kak punya telefon? Nombor telephone saya ialah 012-3102062.please!!!!!!!!!!!Kak siti cantik

    • wawa_besut

      cty….wawa mnt kak cty larrr…blew lar bley jmpe fce 2 fce..lau dpt pluang 2,wawa lar owg pling bhgiee lam dnia niyhh…hope 2 c u one dayy..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK