in , ,

Siti Nurhaliza Janji Akan Bertudung Selepas Naik Haji

Khabarnya, Datuk Siti Nurhaliza akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Sebelum kahwin dulu lagi, Siti berniat kalau dia kahwin, dia akan naik haji bersama suami.

Bukan itu sahaja, apabila bergelar hajjah, Siti Nurhaliza berjanji untuk memakai tudung dan menutup aurat rambutnya. Alhamdulilah, baguslah tu kan. Harapnya, bertudung bukan untuk berfesyen tetapi untuk memenuhi tuntutan agama. Siti tidak akan menyesal dengan keputusan ini sebab dia dah puas disolek dan didandan. Maka tiba masa, dia rasa nak bertudung. Meskipun bertudung nanti,

Siti Nurhaliza tidak akan berhenti menyanyi. Selalu juga kita tengok gambar Siti Nurhaliza bertudung masa mengaji Quran di TV dan di program hari raya terbitan SNP dulu. Terbaru, kini Siti Nurhaliza sibuk dengan mengumpulkan bahan utama album tradisional.

Pada bulan Oktober tahun ini, Siti Nurhaliza akan berlakon teater membawa watak Azizah dalam teater muzikal Remy… Kisah P Ramlee di Istana Budaya di bawah terbitan Tiara Jacquelina di bawah syarikat Enfiniti Productions Sdn Bhd. Budiey harap Siti Nurhaliza mengotakan janjinya untuk memakai tudung kerana pada saya,

Siti memang kelihatan manis sekali bila bertudung selain mencari keredhaan Tuhan dan menepis segala pra sangka buruk orang selama ini yang mengatakan Datuk K mengajar dan mempengaruhi Siti Nurhaliza supaya berpakaian seksi?

Gaya Tudung Siti Bertudung

Gambar Siti Nurhaliza Bertudung

Gambar Tudung Siti Nurhaliza

Kredit foto: Calmille Sitizone.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yasmin Hani | 23

Gambar Kekasih Yasmin Hani, Don Nazar Mustaffa Bekas Suami Haflin

Pelakon Drama Arash Muhamad Bertunang