• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Nasuha Tersingkir di Konsert Mingguan Vokal 2

0
  • by Budiey
  • in TV3
  • — 24 Nov, 2012

Nasuha Tersingkir!
Nadeera, Bella, Mara & Fatin Masih Bersaing Di Pentas VOKAL 2

Selepas mengharungi pahit getir ujian blind audition dan terpaksa menelan komen lantang dan kritikan membina barisan juri, nampaknya hanya 11 finalis daripada 17 peserta berjaya melangkah ke pusingan seterusnya.

Konsert mingguan Vokal 2 pada hari Rabu lepas (21 November) dihangatkan dengan persembahan daripada 5 finalis wanita; Nadeera, Bella, Mar, Nasuha dan Fatin merebut tempat untuk terus kekal bertanding.

Penerbit VOKAL musim kedua, Ahmad Shaifullizam Arshad berkata, “Jika dirujuk kembali, secara keseluruhannya persembahan di pusingan blind audition memperlihatkan persaingan sengit antara kesemua 17 peserta dalam merebut tempat ke peringkat seterusnya.”

Namun, hanya 5 finalis wanita dan 6 finalis lelaki yang berjaya menawan hati barisan juri tetap Dato’ Hattan dan Ziana Zain yang turut ditemani juri jemputan khas seperti Adibah Noor, Cikgu Siti Hajar, Dato’ Hj. Ramli MS dan Faizal Tahir.

Nampaknya perjalanan untuk menempa nama di persada seni bukanlah semudah yang disangkakan. Bermula malam ini, kesemua 11 finalis perlu terus memberikan persembahan terbaik setiap kali berada di atas pentas kerana mereka juga perlu meraih undian SMS yang tinggi selain daripada markah daripada juri tetap.

Setiap finalis harus bersedia dengan strategi sendiri dan mengambil kira semua nasihat dan tunjuk ajar yang diterima sepanjang program kerana tiada lagi peluang kedua selepas kalah mati di atas pentas VOKAL,” tambah Ahmad Shaifullizam Arshad.

Bagi musim kedua ini, VOKAL menampilkan penyampai radio popular, Faizal Ismail sebagai pengacara program dan ‘Rutin Vokal’. Tenaga pengajar VOKAL seperti Azmeer dan Mas Idayu akan terus kekal sebagai Penasihat Vokal dan persembahan, Fidie Sani selaku Jurulatih Kecergasan dan Kesihatan dan Profesor Izzi Haji Ali bertindak sebagai Penasihat Motivasi.

Di samping itu, penonton juga berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat peserta VOKAL 2 menerusi RUTIN VOKAL yang akan disiarkan selama 30 minit pada setiap hari Rabu pada jam 6.00 petang. Menerusi ‘Rutin Vokal’ penonton dapat melihat gelagat peserta dan juga perkara-perkara yang terjadi ketika mereka menghadiri kelas vokal yang berlaku semasa mereka membuat persiapan untuk berentap di pentas VOKAL.

Kini memasuki minggu kelima, kehangatan konsert VOKAL dicetuskan lagi dengan persembahan pertama daripada Bella yang menyanyikan lagu lagu “Takdir Cinta”, lagu nyanyian Rossa dan diikuti oleh Mar dengan lagu Jaclyn Victor “Sebelah Jiwaku”.

Finalis wanita ketiga, Nadeera membawakan lagu keramat Kumpulan Search, “Fantasia Bulan Madu” manakala finalis keempat Nasuha pula mempertaruhkan nasibnya menerusi lagu Christina Aguilera, “Hurt”.

Persembahan daripada finalis terakhir wanita pada minggu ini, Fatin yang akan membuat penampilan menerusi lagu popular Datuk Khatijah Ibrahim, “Ku Pendam Sebuah Luka”.

Sebelum tirai persembahan ditutup untuk konsert minggu kelima, 2 finalis yang mendapat markah paling rendah berentap dalam pusingan “Girls Battle #1”. Nasuha dan Fatin yang menduduki tangga paling bawah menyanyikan lagu berirama dangdut yang sememangnya tidak asing lagi, ‘Penasaran’, peluang terakhir untuk finalis mengekalkan kedudukan di atas pentas VOKAL musim ini.

Keputusan muktamad daripada juri tetap Dato’ Hattan dan Ziana Zain telah menyingkirkan Nasuha manakala Fatin masih dapat meneruskan perjuangan beliau bersama Nadeera, Bella dan Mar. Sementara itu, Nadeera diumumkan sebagai peserta yang mendapat markah paling tinggi pada malam konsert tersebut.

Untuk musim kedua, sistem pemarkahan dari juri dan penonton akan bermula malam ini selepas tamat pusingan blind audition. VOKAL masih mengekalkan format pemarkahan kepada dua bahagian iaitu 50% daripada juri profesional dan 50% melalui undian SMS.

Untuk yang mengundi hanya perlu menaip VOKAL/VOKAL5nama peserta dan hantar ke 33399. Setiap SMS dikenakan caj sebanyak 50sen. Juara VOKAL musim kedua akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000 manakala naib juara wang tunai RM30,000.

Program realiti VOKAL musim ini juga memberi peluang buat mereka yang terlepas peluang menyertai program nyanyian ini dengan menyertai peraduan ‘JUARA VOKAL ONLINE’. Penyertaan yang dibuka kepada semua ini hanya memerlukan mereka menghantar URL video nyanyian mereka kepada laman sesawang rasmi VOKAL. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai peraduan ini, sila melayari laman sesawang rasmi VOKAL di www.tv3.com.my/vokal2 untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Jangan lupa untuk membuat temu janji anda besama Vokal..Bukan Sekadar Rupa musim kedua yang diterajui oleh Penerbit Ahmad Shaifullizam Arshad dan Penerbit Eksekutif Muhamad Sufian Isa setiap hari Rabu, jam 9.30 malam hingga 10.30 malam. Bagi peminat di luar sana, jangan lepaskan peluang hadir beramai-ramai ke Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam untuk menyokong peserta-peserta kegemaran anda.

Penonton yang terlepas menyaksikan Vokal..Bukan Sekadar Rupa boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter @TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Bella mempertaruhkan lagu Takdir Cinta oleh Rossa

Bella mempertaruhkan lagu Takdir Cinta oleh Rossa

Persembahan bertenaga oleh Mar dengan lagu Sebelah Jiwaku nyanyian asal Jaclyn Victor

Persembahan bertenaga oleh Mar dengan lagu Sebelah Jiwaku nyanyian asal Jaclyn Victor

Nadeera memperoleh markah paling tinggi pada malam konsert tersebut

Nadeera memperoleh markah paling tinggi pada malam konsert tersebut

Nasuha gagal menambat hati juri tetap dan para peminat dengan lagu hurt yang dipopularkan oleh Christina Aguilera

Nasuha gagal menambat hati juri tetap dan para peminat dengan lagu hurt yang dipopularkan oleh Christina Aguilera

Fatin mempertaruhkan lagu Ku Pendam Sebuah Luka oleh Dato' Khadijah Ibrahim)-001

Fatin mempertaruhkan lagu Ku Pendam Sebuah Luka oleh Dato’ Khadijah Ibrahim

Lagu battel Penasaran menjadi lagu penentuan bagi Nasuha dan Fatin untuk kekal bertanding-001

Nasuha tersingkir

Bella, Mar, Nadeera & Fatin berjaya ke pusingan seterusnya

Nasuha meninggalkan pentas Vokal 2

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Konsert Mingguan Vokal 2nasuhaPemenang Vokal 2Tips VokalTV3

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Senarai Pemenang Shout! Awards 2012
  • Next story Gambar Yuna di Anugerah Shout! Awards 2012

ENTRI BERKAITAN

  • Mini Konsert Amal Untukmu Palestin 27 Nov, 2012
  • Wanita Hari Ini Raikan Ulangtahun Ke-26 TV3 10 Jun, 2010
  • Sekitar Ujibakat Mentor Musim Ke-3 Bersama Awie 7 Apr, 2009
  • Laporan Lintas Langsung Belanjawan Negara Tahun 2013 24 Sep, 2012

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Peraduan Menangi Tiket Konsert Mega Bintang
    • Betul Ke Alyah Akan Kahwin Dengan Ramli MS?
    • Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official
    • Sharifah Sakinah Kecewa Gara-Gara Isu VIdeo Kontroversi?
    • Gambar Will Smith & Jaden Smith Tiba di Taipei Untuk Promosi After Earth
    • Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • Sharifah Amani Pegang Watak Pelacur Dalam Redemption Night
    • Koleksi Gambar Anuar Zain Dengan Gaya Smart Kasual
    • Ulasan Album Lagu Terbaik dari Kotak
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • najwa-latifNajwa Latif Bakal Meriahkan Festival Kenyir 2013Monday, May 13, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • nora on:Betul Ke Alyah Akan Kahwin Dengan Ramli MS?
    • nora on:Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official
    • nora on:Sharifah Amani Pegang Watak Pelacur Dalam Redemption Night
    • nora on:Gambar Bayi Perempuan Anak Shuib Sepahtu & Sarah Raisuddin
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Peraduan Menangi Tiket Konsert Mega Bintang
    • Betul Ke Alyah Akan Kahwin Dengan Ramli MS?
    • Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official
    • Sharifah Sakinah Kecewa Gara-Gara Isu VIdeo Kontroversi?
    • Gambar Will Smith & Jaden Smith Tiba di Taipei Untuk Promosi After Earth
    • Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • Sharifah Amani Pegang Watak Pelacur Dalam Redemption Night
    • Koleksi Gambar Anuar Zain Dengan Gaya Smart Kasual
    • Ulasan Album Lagu Terbaik dari Kotak
    • Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Pelancaran Laman Rasmi Siti Nurhaliza Official
    • Media Prima Digital & Samsung Lancar Tonton di SMART TV
    • Suria FM Guna Trak Untuk Promosi
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.