Nabil Jawab Isu Selalu Ke Rumah Irma Hasmie
BARU-BARU ini, pelakon dan pelawak Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil telah memohon maaf kepada semua pihak akibat sikap spontannya memeluk kekasihnya, aktres Irma Hasmie.
Nabil juga berkata dia tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi.
Belum selesai isu Nabil memeluk Irma diperkatakan, kini orang ramai mula kembali memperkatakan tentang isu dia mengajuk ucapan yang diberikan oleh penyanyi Jamal Abdillah selepas menerima anugerah Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008.

Ditanya kepada Nabil, dia bagaimanapun hanya menganggap hal itu sebagai perkara biasa kerana Jamal sendiri hanya tergelak dengan gelagat Juara Raja Lawak Astro musim kedua itu.
“Abang Jamal ok sahaja dengan saya dan hanya gelak-gelak selepas saya memberikan ucapan itu. Kami dah buat ‘show’ banyak kali dan dia tiada masalah apabila saya berlawak dengannya. Saya anggap ajukan itu sebagai bahan lawak dan perkara biasa. Lagipun, bukan saya orang pertama yang mengajuk-ajuk dialog orang lain,” ulas Nabil yang baru ditimpa kemalangan kecil dua hari lalu.
Kata Nabil, dia hanya mengalami kecederaan di pinggang akibat jatuh daripada motosikal yang dipandunya seorang diri setelah melanggar ‘corner’ yang licin di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Selain isu ajuk-mengajuk, nama Nabil juga disebut-sebut di dalam internet kerap bertandang ke rumah Irma sehingga kekasihnya itu diberi amaran oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) di situ.
“Saya datang ke rumahnya waktu dulu semasa Irma masih menjaga anak angkatnya tetapi sekarang ‘baby’ itu sudah dipulangkan kepada ibunya. Tetapi, saya nak jelaskan yang saya bukan masuk ke rumahnya tetapi hanya berjumpa Irma di tempat ‘parking’. Saya pergi ke situ untuk mengambil ‘baby’ dan menghantarnya ke rumah ibu pengurus saya di Ampang untuk menjaganya ketika Irma bekerja. Kebetulan saya boleh ‘arrange’ masa waktu itu. Sekarang kami hanya berjumpa di luar apabila masing-masing ada masa lapang. Sekarang, saya sudah jarang berjumpa dengan Irma kerana sibuk dengan program Harta Mania di TV9,” kata Nabil yang sedang berehat bagi memulihkan kesakitan yang dialami.
Namun begitu, Nabil menafikan tentang dakwaan Irma dikenakan amaran oleh AJK di situ.
“Irma tak pernah beritahu saya pun tentang amaran itu,” ujarnya. [sumber]
Tags: Irma Hasmie, Nabil Raja Lawak
Tags: Irma HasmieClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





April 17th, 2009 at 12:13 am
Kata Nabil, dia hanya mengalami kecederaan di pinggang akibat jatuh daripada motosikal yang dipandunya seorang diri setelah melanggar ‘corner’ yang licin di Bukit Jelutong, Shah Alam…..
motosikal bukan kene tunggang ke?…ngantuk yek cik budi mase taip bende nih? wakaka
April 17th, 2009 at 1:02 am
lepas satu2 isu kontroversi si bang bil nie..
hope hati2 pasni..
kamu tue berbakat..
jgn sia-siakan pluang yg ada..
April 17th, 2009 at 8:10 am
nabil baru dapat anugerah pertama kalinya…dah kontroversi..
come on don get involve wit women at this moment…nanti banyak benda yg kau akan terlepas..focus dulu pd kerja….jgn kecewakan pemunat lu…
hidup nabil…irma tu..lu dah famous bru dia ndak..klu lu yg dulu agak2 dia ndak tak kat lu…agak2 dia tanya tak soalan”agak2 bila kita bley couple???
April 17th, 2009 at 1:03 pm
betul tu……tengah best…time melatop nie….memang sumer aspek kena maintain…..
April 17th, 2009 at 1:19 pm
tu la kan kalau nabil despatch irma tu nak ke…ataupun nabil tk famous ala ala suam gitu rasanye irma nak ke……skarang mmg la cinta maut sbb bang bil poket kembong…baik bang bil tlg family cukup2 dulu.kalau ada awek ni sikit sebanyak mesti kene kuar duit gak.hadiah birthday le,aniversary la,hadiah merajuk la bla bla bla……………..
April 17th, 2009 at 3:25 pm
hadiah merajuk…best tu…aku hadiah merajuk dapat vitagen je laki aku bagi..hehehe
April 17th, 2009 at 10:11 pm
aaah tu lah siapa suruh ejek2 orang.. kan dah kena mcm2 cobaan….
April 19th, 2009 at 12:12 am
suka nabil
April 19th, 2009 at 10:38 pm
heylowpp… abg nabil..!!!
i memang suke ngan u yg
alwayz selambe jew… and
lawak u yg memang spontan..
ade jew idea leh wat owg ketawa.
i support abg nabil dalam bidang nie..!!!
and jage irma baek2.. hehehehe…..!!!!
April 20th, 2009 at 2:59 pm
terkilan dengan statement nabil tk menyesal peluk irma,kalau dah buat benda salah walaupun tk sengaja kena la menyesal…baru orang hormat
peminat tengah suka mesti diaorang tka ambik pot pasal peluk tu.tapi kena la menyesali perbuatan walau sebenarnya tk menyesal pon…
April 30th, 2009 at 1:28 pm
lawak x best pun.x kelakar pun aku heran apasal korang ketawa lwk pun x menjadi
June 2nd, 2009 at 3:48 pm
for nabil n irma akuw doakn ko kekal .
dan akuw doakn ko khwin copat2 yor .
July 6th, 2009 at 11:37 am
owg gatai memg tak penah myesal nak peluk anak dara orang..kisah diowang dalam kapal terbang siap baring-baring g..ai apa nak jadi arh
July 6th, 2009 at 11:41 am
irma tu kan juma nak main2 ja dgan nabil ni..nak tumpang popuriti..ala owg cantik cam irma tak nak cari mcm nabil tu,.aku jamin la diowang akn putus pcaya la ckap aku ni