in , ,

Gambar Lisa Surihani & Irma Hasmie di Rumah Terbuka Garnier

Komuniti Garnier menunjukkan sisi prihatin di musim Raya ini
Kanak-kanak perempuan daripada tiga buah rumah anak yatim menyambut Hari Raya dengan peminat Garnier dan rakan-rakan selebriti

Jenama antarabangsa penjagaan diri dan kulit, Garnier, mengakhiri tahun yang penuh dengan aktiviti amal menerusi program Sinar Cahayaku hari ini dengan sambutan Raya yang meriah dan menyentuh hati. Acara yang dihadiri lebih daripada 50 orang anak yatim, turut dimeriahkan oleh para peminat dari laman Facebook Garnier serta beberapa orang selebriti termasuklah duta Garnier, Lisa Surihani, penyanyi dan usahawan Heliza Helmi, serta pelakon dan hos TV Irma Hasmie.

Sinar Cahayaku dimulakan oleh Garnier pada bulan Januari tahun ini dengan matlamat untuk memberikan hubungan persahabatan dan adik-beradik, sokongan dan nasihat bagi anak yatim perempuan ketika mereka meningkat dewasa. Tiga buah rumah anak yatim telah dipilih untuk menyertai program ini, iaitu Rumah Amal Limpahan Kasih, Rumah Anak-anak Yatim Asrama Damai, dan Rumah Amal Siraman Kasih.

Gambar Lisa Surihani di Rumah Terbuka Garnier

Semenjak permulaan program ini, Garnier telah berusaha mendekati anak-anak perempuan dari rumah tersebut, yang berumur di antara dua tahun sehingga lewat remaja, dengan bantuan daripada komuniti prihatin pengguna wanita Garnier, peminat Facebook, duta Garnier Lisa Surihani serta rakan-rakan selebriti yang lain. Aktiviti yang diadakan tahun ini termasuklah mengunjungi tiga buah rumah amal tersebut, pemberian hadiah serta pelaksanaan kerja-kerja membetulkan rumah dan jemputan kepada peminat Facebook Garnier untuk menghantar ucapan Raya mereka bagi anak-anak perempuan tersebut.

Dalam kata-kata aluannya di sambutan Raya tersebut, Low Chooi Hoon, Pengurus Besar bagi Bahagian Produk Pengguna L’Oreal Malaysia berkata bahawa Sinar Cahayaku diilhamkan daripada prinsip jenama Garnier iaitu ‘Take Care’ – yang membawa mesej untuk menjaga diri, orang di sekeliling anda serta persekitaran anda.

Low berkata: “Di Malaysia, Garnier merealisasikan kepercayaan ini melalui pemerolehan sijil ‘halal’ daripada JAKIM bagi rangkaian produk Garnier Light, bagi meyakinkan pengguna Muslim untuk mengguna produk kulit dan penjagaan diri yang konsisten dengan tuntutan agama mereka.”

“Kepercayaan Garnier dalam ‘menjaga orang di sekeliling serta persekitaran anda’ turut direalisasikan melalui program Sinar Cahayaku, di mana jenama ini memainkan peranan sebagai ‘kakak’ untuk menawarkan galakan, keprihatinan dan persahabatan bagi anak-anak yatim perempuan di rumah-rumah terpilih. Malah, peserta wanita dari komuniti Garnier yang terlibat dalam program ini digelar sebagai kakak angkat; manakala anak yatim perempuan pula dirujuk mesra sebagai adik angkat,” tambahnya lagi.

Bagi memulakan hari sambutan tersebut, sebuah bengkel di mana adik angkat berpeluang berinteraksi bersama kakak angkat masing-masing telah diadakan. Mereka diberikan ceramah motivasi oleh Heliza Helmi, serta turut menyertai dalam sesi bermain dan bergembira dengan Lisa Surihani dan Irma Hasmie.

Lisa Surihani yang mengetuai usaha meningkatkan kesedaran bagi program bermakna ini melalui video dalam talian merupakan kakak angkat pertama yang melawat rumah-rumah anak yatim bagi program Sinar Cahayaku sebelum ini.

“Sebagai duta Garnier dan bergelar isteri kini, saya lebih memahami erti menjaga seseorang yang lain, bukannya diri sendiri sahaja, serta bimbingan yang dihulurkan sekarang merupakan panduan hidup kelak. Seseorang itu sentiasa memerlukan bimbingan pada setiap tahap dalam kehidupannya, tidak kira semasa kecil atau dewasa – setiap tahap, ada rintangannya yang tersendiri. Menerusi program ini, ia memberi saya peluang untuk menghulurkan bimbingan buat adik angkat dalam program ini,” kata Lisa.

“Terdapat ramai anak-anak perempuan yang bercakap dengan saya hari ini dan saya tidak letih mendengar kisah mereka dan menjawab soalan-soalan mereka. Saya harap kami telah berjaya menjadikan Raya 2012 mereka sebagai sesuatu yang bermakna, kerana mereka menjadikan Raya saya ini amat bermakna dan sukar dilupakan,” tambahnya.

Heliza Helmi berkongsi kisah bagaimana dia telah menetapkan objektif pada setiap tahap berbeza dalam hidupnya menerusi ceramah motivasinya, yang kini telah membantunya mencapai impian untuk menjadi penyanyi dan usahawan. ”Saya berharap dengan berkongsi apa yang telah saya pelajari daripada pengalaman peribadi saya agar adik-adik angkat ini mendapat ilham dan galakan untuk berusaha demi masa depan mereka,” kata Heliza.

Dia meneruskan: “Melalui ceramah yang diberikan, saya harap mereka akan menyedari kepentingan menetapkan objektif dan berusaha mencapainya, serta mengamalkannya dalam kehidupan harian; sama ada dalam tugasan di sekolah, mengukuhkan iman atau mengejar impian!”

Irma Hasmie, sangat menggemari sesi bergembira dan berinteraksi bersama adik angkat, meluahkan rasa gembiranya dijemput Garnier untuk melawat rumah-rumah terpilih tersebut.

Katanya: “Saya gembira saya dapat memberikan sokongan kepada program Sinar Cahayaku Garnier dan sambutan Raya ini lebih bermakna dengan senyuman ikhlas adik-adik yang menyentuh hati saya. Sebagai isteri dan penerbit buku baru, saya telah diberikan banyak bimbingan dan sokongan. Oleh itu, saya memahami betapa pentingnya sokongan sebegini dan pasti sukar bagi mereka untuk membesar tanpa elemen sokongan, perlindungan dan kasih sayang, yang ramai di antara kita tidak hargai sepenuhnya. Jadi saya rasakan program ini bagus kerana kakak angkat dan Garnier dapat meluangkan masa dengan mereka untuk menunjukkan kasih sayang dan sokongan bagaikan seorang kakak.”

“Saya berharap dapat berjumpa mereka lagi, namun saya percaya bahawa menerusi interaksi dengan mereka hari ini, kami telah pun dapat menjadi contoh bagi mereka untuk meneruskan kehidupan dan menjadi wanita yang baik dan prihatin terhadap masyarakat satu hari nanti,” katanya tersenyum.

Selain daripada para selebriti, komuniti Facebook Garnier juga hadir memberikan sokongan kepada anak-anak perempuan di sana. Pada bulan Julai, mereka yang menyokong program ini digalakkan untuk menghantar ucapan Raya mereka kepada adik angkat yang terlibat. Mereka yang berjaya menghantar mesej yang paling ikhlas dan bermakna dijemput untuk menikmati jamuan Raya bersama adik-adik angkat.

“Kami telah menerima pelbagai kad ucapan Raya yang cantik dan bermakna setelah kami membuka peluang untuk berbuat demikian di laman Facebook Garnier. Mereka ini merupakan wanita Malaysia yang sememangnya baik hati serta berminat dalam berkhidmat pada masyarakat dan Garnier gembira dapat menyediakan peluang ini bagi mereka,” kata Low dalam penglibatan peminat Facebook Garnier.

Sebagai sebahagian daripada program ini, Garnier berjanji untuk menyediakan sumbangan kewangan kepada ketiga-tiga rumah anak yatim yang dipilih. Setelah bengkel diakhiri, Garnier secara rasminya memberikan sumbangan sebanyak RM10,000.00 bagi setiap rumah tersebut.

“Sebelum ini kami komited dalam menyediakan bantuan kewangan bagi semua rumah yang terlibat dalam program Sinar Cahayaku dan kami gembira dapat memberikan mereka sumbangan tersebut hari ini. Kami berharap ini dapat membantu kanak-kanak perempuan ini secara signifikan dan bermakna, seperti keseluruhan program ini,” kata Low setelah menyampaikan cek kepada setiap wakil rumah.

Sambutan Raya Garnier ini diakhiri dengan hidangan yang lazat bersama selebriti dan adik-adik tersebut. Selebriti dan ahli-ahli Garnier juga menyampaikan hadiah Raya kepada setiap adik-adik yang hadir sambil mengucapkan Selamat Hari Raya dan saling bersalaman.

Gambar Lisa Surihani di Rumah Terbuka Garnier

Gambar Lisa Surihani di Rumah Terbuka Garnier

Gambar Lisa Surihani di Rumah Terbuka Garnier

Gambar Lisa Surihani di Rumah Terbuka Garnier

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama Bersiri The Slap di Sundance Channel

Yuna Zarai & Qi Razali Putus Cinta