Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Music is Magic: Tema AJL22 Yang Luar Biasa?

Bahasa Ibunda Mananya?
Sebagaimana yang diumumkan ketika sidang media dan showcase AJL22 di One Utama Sabtu lalu, tema AJL22 adalah MUSIC IS MAGIC. Sekali dengar, Budiey dapat mengagak apa yang dimaksudkan dengan tema kali ini. Isu menggunakan bahasa Inggeris sebagai tema tidak menjadi masalah. Namun, mungkin bagi sesetengah pihak yang mementingkan penggunaan bahasa ibunda akan mempersoalkan isu ini dan kata mereka, mengapa tidak menggunakan KEAJAIBAN MUZIK? Bukankah elok untuk TV3 mengangkat martabat bahasa Melayu semaksimum yang mungkin?

Apa-apa pun, Budiey rasa inisiatif dan usaha TV3 untuk menjadikan setiap acara lebih berjiwa dan mementingkan kepuasan penonton. Satu kelainan yang akan penonton saksikan di AJL22 ini ialah tema kali ini lebih membawa penonton ke alam imaginasi, khayalan tanpa batasan selaras dengan peranan muzik untuk mencetus imaginasi pendengar ke alam penuh fantasi.

Apa Yang Magiknya?
Bercakap pasal peranan muzik dalam kehidupan manusia. Bagi Budiey, muzik adalah kunci untuk kita mengingati sesuatu peristiwa yang berlaku. Kenangan dan memori kita akan tergambar tatkala mendengar lagu yang pernah didengar ketika itu. Muzik dapat menyalakan api semangat dan membangkitkan jiwa dan rasa kasih sayang antara manusia. Muzik dapat meniupkan ruh dan mesej yang positif untuk jiwa bagi insan. Segalanya terletak pada manusia itu sendiri untuk mengambarkan apa itu muzik dan peranan muzik dalam mewarnai kehidupan.

Pentas Yang Berbeda
Untuk gaya penampilan pentas pula, sudah tentu pentas akan diserikan dengan warna tema iaitu putih dan ungu yang direka dan ditata-rias dengan dekorasi yang menggunakan elemen fusion, fantasi, magikal, dramatik, mistik dan sebagainya. Kalau dilihat ketika showcase ada tukang sihir, ada smurf? (orang kenit), ada fairy, ada cinderella, ada ahli silap mata dan macam-macam lagi watak-watak yang diambil dari cerita dongeng dan dunia khayalan. Semua elemen itu akan mencipta dan membangkitkan mood kepada penonton. Pada saya, mood penonton sangat subjektif. Jadi, bukan senang untuk membawa mood dan keselesaan penonton untuk terus melekat di kaca TV.

AJL X-klusif Pamer Fesyen Selebriti
Sebagaimana tahun-tahun sudah, AJL22 juga tak lepas dengan acara karpet merah yang akan mempertontonkan gaya dan fesyen selebriti yang akan memeriahkan majlis. Penonton di rumah boleh menyaksikan detik-detik terakhir persiapan anugerah besar ini selain gaya dan busana menarik selebriti tanahari yang hadir melalui program khas iaitu AJL X-klusif pada jam 7.30 malam di TV3.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Anugerah Juara Lagu 22: Rehearsal & Ramalan Budiey
  • Sekitar Pelancaran Showcase Anugerah Juara Lagu 22
  • Spread The Entertainment Showcase Sony Ericsson and AXN
  • Pentas Anugerah Juara Lagu 2007 Terhebat?
  • Gambar Rosma & Khai Pakai Baju Gaun Pengantin
  • ADV: NONI BLACK HAIR MAGIC UNTUK RAMBUT BERMASALAH
  • Gambar Danny Pelakon Drama Pria di Astro Ria
  • Trailer Filem Duhai Si Pari-Pari
  • MUSIC AGAINST RACISM CONCERT MENARA KL
  • Profile Zeyna Pelakon Drama Bersiri KAMI



  • 3 Komen untuk entri “Music is Magic: Tema AJL22 Yang Luar Biasa?”

    1. ayu kata:

      music is magic? tringat lak kat dunia majik mawi msa kat pentas IKON dulu… hiks…

    2. RASIN kata:

      Saya manusia yang dicipta Tuhan…akan diambil oleh Tuhan.Nak bagi
      sedikit peringatan kamu semua tak ingat tuhan ke.Semua Artis akan masuk neraka kalau tak tutup aurat asyik dok melalak atas pentas ,kenapa tak buat sembahyang hajat ke.kalau nak n\buat pahala lebih tak payah siar dalam tv pahala tak dapat,,,ingat seksaan Tuhan lebih azab……bila berada di dalam kubur jgn ingat semua artis yg mati baru nak puji ada imanlah baiklah ….

    3. Reza kata:

      aku rasa x perlu lah berlagak alim kat sini, baik g cerminkan diri dulu. kita xda hak nak berckap soal neraka atau syurga.Tu sume Allah nye urusan. RASIN tak perlu tunjuk bagus sangat. Daripada awak mengaibkan orang ngan perkataan kurang senonoh, tanya diri sendiri, awak sembahyang cukup ke 5 waktu? sempurna x sembahyang awak? kalu rasanya saya x layak soal awak, samalah juga awak x layak soal neraka ngan kubur ngan artis2 tu. Orang macam awak ni mmg memalukan umat Islam, hipokrit tak kenal tempat. Dripada g kutuk, elok awak g jumpa artis tu cakap elok2.

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!