Meriahnya Showcase Dayang Nurfaizah 20 07 di Planet Hollywood
Meriah betul showcase Dayang Nurfaizah 20 07 petang tadi di Planet Hollywood. Tidak pernah saya lihat sebegitu ramai sekali peminat Dayang Nurfaizah datang. Terkejut juga dengan penampilan santai dan pakaian seksi dari Dayang. Cukup ringkas dan santai dengan baju singlet dan jeans pendek agak berani dan wild pada pandangan saya. Tetapi Dayang tetap gadis yang begitu lemah lembut dan ayu dengan gaya rambut panjang ikal mengurainya. Biasalah, dia kan Beyonce Malaysia. Sebelum ini, kita sedia maklum, Dayang dan Planet Hollywood seakan satu ikatan isi dan kuku. Memang selalu sangat Dayang Nurfaizah buat showcase di sana. Tetapi berbeza petang tadi bila Dayang meraikan majlis ulangtahun bersama peminat dengan menyanyikan beberapa buah lagu. Antara lagu yang dinyanyikan ialah Cerita Cinta Dayang, Tiga, Listen, Khayal, Denganmu, Tiba-tiba, Hanya Padamu, rangkaian lagu-lagu medley dari Christina Aquilera, Justin Timberlack dan Beyonce iaitu, Tell Me, Smack That, Sexy Back, My Love dan Give it To Me, Hilang dan tidak lupa juga lagu tema untuk drama Emil Emilda, Ingin Ku Miliki. Dengar cerita, semalam ada majlis pelancaran album Dayang 20 07.
Cerita-cerita menarik dan ulasan sepanjang showcase yang bermula jam 3.30 petang tadi akan dikemaskini kemudian. Budiey tinggalkan entri ini dengan rangkaian foto dan gambar Dayang di showcasenya.
Technorati Tags: Showcase Dayang Nurfaizah 20 07, Planet Hollywood, muat turun mp3, download lagu, album Dayang terbaru, gosip terbaru Dayang, Dayang seksi, Cerita Cinta Dayang, Tiga, Listen, Khayal, Denganmu, Tiba-tiba, Hanya Padamu, rangkaian lagu-lagu medley dari Christina Aquilera, Justin Timberlack, Beyonce, Tell Me, Smack That, Sexy Back, My Love, Give it To Me, Hilang, Inginku Milikki, Emil Emilda, Nuri korban, Sabtu, Hujan








Baca artikel lain yang berkaitan:









September 19th, 2007 at 11:25 am
i was there…and dayang was amazing…
x puas tgk dayang perform hari tu…
January 7th, 2008 at 4:37 pm
nie sorg lagi artis yg suka pakai bj tk ckp kain,lagak artis hollywood koNon…..clour rambut cm cat tumpah atas kepala….huuhuahuahua….klakor gilerrrrrr…..
January 7th, 2008 at 4:43 pm
owooohhh bapok mulut….
May 15th, 2008 at 6:11 pm
kalau dah artis tu,,cuba la pakai yang menutup sikit,,,,,…..ini tak dah mcm bini tarzan Ooooooooo………oooooooooo.
May 15th, 2008 at 6:26 pm
Aik!!! apa nak heran dgn stail dayang ni.. dia kan ‘Beyonce Malaysia’ perasan!!! dahlah suka ‘menyumbangkan’ lagu org lain.. yang sedap terus jadi tak sedap!!!