in

Showcase Letto di Ruums Kuala Lumpur 27 Julai

Letto, band dari Indonesia – kelahiran Jogjakarta yang popular dengan lagu Sandaran Hati akan mengadakan showcase di Ruums Kuala Lumpur pada 27 Julai ini jam 8 malam. Mengekori sebelum ini Nidji dan Peterpan juga mengadakan showcase di tempat yang sama. Muzik Letto bukannya baru di Indonesia. Cuma pada orang Malaysia mungkin baru.  Dianggotai Noe (vokalis dan keyboard), Patub (gitar), Arian (bass), dan Dedi (drum) pernah ngetop di Indonesia sejak tahun 2004 lagi. Cuma kini, kedudukan mereka lebih utuh dengan album Truth, Cry and Lie. Seperti Nidji, band ini mempertaruhkan lagu-lagu English dan Melayu sebagai daya tarikan untuk ke peringkat antarabangsa.

album letto band indonesiaSaya suka Letto sebab aliran muzik mereka pelbagai. Konsep albumnya pop Melankolik tetapi pada saya ada sedikir groove hard rock bergabung dengan pelbagai irama lain seperti muzik moden dan sentimental ala Kitaro. Sandaran Hati memang menjadi porte saya sebab dia ada unsur haru biru dalam jiwa-jiwa yang sensitif dengan cinta. Terdapat unsur-unsur seksi atau erotik dalam lagu Insensitive dan Ruang Rindu. Lagu Sampai Nanti, Sampai Mati juga memang sedap dan manis di telinga. Selain itu, lagu Truth, Cry And Lie, Sandaran Hati, Sebenarnya Cinta, U & I, Tak Bisa Biasa, Insensitive, No One Talk About Love Tonite, Ruang Rindu dan I’ll Find A Way memang ada tarikan tersendiri. Tidak hairan muzik sebegini memang diterima oleh orang Malaysia. Band Letto sebenarnya lebih bagus dari band yang pernah meletop di Indonesia. Mungkin mereka kurang publisiti meluas, ramai yang tak sedar muzik mereka juga punya mutu dan keunggulan.

Anda boleh memenangi pas percuma ke showcase Letto di Ruums dengan melayari laman web Suria FM dan Era FM.

Showcase Letto Kuala Lumpur

[tags]Letto, showcase Letto Ruums, Kuala Lumpur, Noe (vokalis dan keyboard), Patub (gitar), Arian (bass), Truth, Cry And Lie, Sandaran Hati, Sebenarnya Cinta, U & I, Tak Bisa Biasa, Insensitive, No One Talk About Love Tonite, Ruang Rindu dan I’ll Find A Way, Dedi (drum), download lagu Letto, gratis, percuma, gallery, galeri, hadiah, menangi pas percuma, Mimi tersingkir Mystarz LG, Kitaro, peraduan, contest, Suria fm, Era fm, erotik, gambar lucah, seksi, pantun merdeka, ringtone letto, psikologi, Malaysia, skandal erra fazira, minah bertudung bogel, groove, plastik, hipokrit, dengki, cemburu buta, petua cinta asmara, tongkat ali, jogjakarta, AFC, bola sepak, football[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Meriahnya Showcase Dayang Nurfaizah 20 07 di Planet Hollywood

Lirik Lagu Pop Sebenarnya Cinta mp3 – Letto