in , ,

Tentang Lagu KITA TEGUH BERSAMA, Ini Ikrar Artis Rocketfuel & Dayang Nurfaizah

Rocketfuel Records mempersembahkan barisan artis popularnya seperti Hael Husaini, Masya Masyitah, Lil J, Abigail dengan penampilan istimewa Dayang Nurfaizah dalam sebuah single khas merdeka bertemakan berjudul KITA TEGUH BERSAMA.

Bagi menyemarakkan bulan kemerdekaan pada tahun ini, Rocketfuel Records mempersembahkan barisan artis popularnya seperti Hael Husaini, Masya Masyitah, Lil J, Abigail dengan penampilan istimewa Dayang Nurfaizah dalam sebuah single khas merdeka bertemakan norma baharu Sing From Home berjudul Kita Teguh Bersama yang dicipta oleh komposer terkenal iaitu saudara Amy Bong.

Pasangan duet yang tidak asing lagi, pernah merangkul pemenang kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-32, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah meluahkan keterujaan mereka dapat berkolaborasi lagi dalam sebuah lagu. 

“Walaupun kami sering bekerjasama, namun masih terdapat cabaran bagi menyiapkan projek ini seperti proses rakaman vokal dan video dari rumah dengan kualiti rakaman yang berbeza tetapi dengan bantuan daripada team Rocketfuel, Alhamdulillah kesemuanya berjalan dengan lancar”,

– Hael
Tentang Lagu KITA TEGUH BERSAMA, Ini Ikrar Artis Rocketfuel & Dayang Nurfaizah

“Terima kasih kepada pihak Rocketfuel kerana menjemput saya untuk menjayakan projek Kita Teguh Bersama ini yang pastinya menjadi satu pengalaman yang berharga.”

Juara Yippie Start Quest 2020, Masya Masyitah berkata, “Saya rasa sangat teruja apabila pihak Rocketfuel memaklumkan tentang projek ini, agak berbeza seperti sebelumnya, projek ini harus disiapkan dengan norma baharu, segalanya dilaksanakan di rumah sendiri namun ia bukanlah halangan untuk memberikan yang terbaik.”

– Dayang Nurfaizah

Artis rap muda asal Subang Jaya, Lil J, akui projek kali ini ada kelainannya tersendiri kerana lari dari kebiasaan, beliau diberi peluang untuk menyanyikannya dalam Bahasa Melayu dan juga Tamil.

“Saya mengambil masa hanya sehari untuk menyempurnakan bahagian saya kerana kami semua difahamkan mempunyai masa yang singkat bagi projek ini, namun ia bukanlah alasan buat saya menghasilkannya secara ala kadar, saya juga harus menjaga kualiti  dan memberikan yang terbaik. Tambahan pula, barisan artis yang terlibat dalam projek ini pun bukanlah biasa-biasa,” 

– Lil J

Pendatang baharu, Abigail turut tidak melepaskan peluang menonjolkan bakat nyanyiannya, 

“Saya bangga dapat menjayakan projek ini bersama dengan artis-artis berpengalaman yang lain, dan saya juga amat berterima kasih kepada pihak pengurusan Rocketfuel kerana terus memberi kepercayaan walaupun saya masih baru dalam industri muzik, terima kasih buat rakan artis yang lain kerana tidak jemu memberikan kata-kata semangat dan tunjuk ajar kepada saya”.

– Abigail 

Secara tuntasnya, kesemua artis yang terlibat dalam projek ini berharap lagu Kita Teguh Bersama, dapat menaikkan semangat seluruh rakyat Malaysia dalam menghadapi apa jua yang mendatang dan terus bersemangat dalam menyambut Hari Kemerdekaan tanah air tercinta yang ke-64.

Ukhwah yang terjalin sekian lama dan dikecapi melalui kemerdekaan hendaklah terus dipupuk walaupun tidak dapat diraikan secara meriah seperti tahun-tahun sebelum ini kerana mengambil kira keselamatan dan situasi pandemik COVID-19 yang masih belum pulih sepenuhnya.  

Menurut Encik Feros Sayna, Ketua Rocketfuel Entertainment,

“Kami himpunkan nama-nama besar industri muzik Malaysia dalam karya berjudul Kita Teguh Bersama ciptaan komposer Amy Bong bagi menyemarak dan menaikkan lagi semangat rakyat Malaysia dalam menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke-64.

Semoga lagu ini mendapat tempat di hati setiap pendengar serta memberi semangat buat semua rakyat Malaysia dan dapat meraikan hari bersejarah bersama keluarga tersayang.  Semoga terus tabah menghadapi dugaan COVID-19.”

– Encik Feros Sayna

Lagu Kita Teguh Bersama boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, YouTube Music, Joox, KKBox dan Deezer, manakala lirik videonya pula boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Tentang Lagu KITA TEGUH BERSAMA, Ini Ikrar Artis Rocketfuel & Dayang Nurfaizah

Lirik Lagu Kita Teguh Bersama

Artis: Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Lil J, Masya Masyitah & Abigail

Lirik: Amy Bong & Lil J (dalam Bahasa Tamil)
Komposer: Amy Bong


HAEL
Kau berikan ku semangat
Untuk ku berada di tanah airku

DAYANG
Kuberikan segalanya
Dalam mencapai satu impian

(Pre-cho)
MASYA
Kita berdiri teguh merentasi segala
Perjalanan hidup kita berbeza

ABIGAIL
Tanggal 31 meraikan
Kita menyambut hari kebangsaan

HAEL
Ayuh kita TEGUH BERSAMA

(Chorus)
(Uooo ayuh kita)
HAEL

Kita teguh Bersama

(Uoo kita semua)

MASYA
为了民族和国家  / Wei le ming zu he guo jia / Demi bangsa dan negara / For my citizens and country
(Uoo bangkit semua)

DAYANG
Kita menang Bersama
(Uoo sejahtera)

ABIGAIL
The land that we hold close to our hearts

(Chorus 2)

HAEL
Kita bersama seia sekata

MASYA
为了心爱的人民和国家 / Wei le xing ai de ren ming he guo jia / Demi bangsa negara tercinta / For my beloved people and country

DAYANG
Bersama semua kita jaga kita

ABIGAIL
Together we’ll rise strong, our merdeka

(Bridge)

HAEL
Mari kita bersama selaung sekata
Bangun demi negara tercinta

DAYANG
Akan ku semadikan dalam jiwaku
Bersama sama kibar jalur gemilang

HAEL
Semua melaungkannya

(RAP)
LIL J
Kanavugal kuudi
Kavalaigal oodi
Oru vitham matram kaana
Tiinam thinam paadi
Othrumaiya kuudi
Nalvithame teedi
Vilagathe maname
Vaa parakethum kodi!
Naam uyara parakenum

Siragai virikelam 

Nilavil kaal pathitalum
Maan vaasaithai ninaikelam
Paala vitha  ennangal
Unnil thinam tonalam
En sol unnarvai thundu kuudum vaa puligalaii maarelam

(ENGLISH TRANSLATION)
Chasing our dreams together Without worries
Striving and singing everyday for change
Looking for togetherness For a better future
Don’t  distance yourself let our flag fly 

We are meant to fly high So spread your wings
Even if we land on the moon Our traditions will never leave us
Even though we have different thoughts We are still together as one
I pledge my loyaltyTo the malaysian tigers in us

(Chorus)

(Chorus 2)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kerana Gagal Lagi Jadi PM, Timbul Pula Desakan Ini Kepada Anwar Ibrahim

A. Nayaka Bergabung dengan SonaOne & YHB Sleepsalot dalam Single ORANG LAIN