Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





MEMASAK SAMBIL BERMOTIVASI SELERA RAMADAN MM VITAOIL

MEMASAK SAMBIL BERMOTIVASI MENERUSI SELERA RAMADAN MM VITAOIL BERMULA 01 SEPTEMBER 2008, SETIAP ISNIN HINGGA AHAD, JAM 5.00 PAGI DI RTM1

Dua dalam satu begitulah ungkapan yang tepat berpeluang dinikmati penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang meluangkan masa menonton Selera Ramadan MM Vitaoils mulai 01 September 2008, disiarkan setiap hari Isnin hingga Ahad, jam 5.00 pagi di RTM1 sepanjang bulan Ramadan 1429H ini.

Selera Ramadan MM Vitaoils adalah program masakan istimewa Ramadan sambil tetamu undangan memberikan motivasi kepada penonton. Malah antara keistimewaan lain yang ditampilkan program ini kerana resipi yang dikongsikan juga sesuai untuk hidangan bersahur atau berbuka puasa.

Elemen-elemen penting yang diutarakan menerusi program terbitan Nafalia Corporation Sdn  Bhd ini adalah resipi-resepi masakan yang menggunakan produk-produk berkualiti MM Vitaoils dan istimewanya diwarnai kuliah Ramadan, panduan dan nasihat agama yang bakal disampaikan oleh barisan pendakwah dan pakar motivasi terkenal di Malaysia.

Tetamu undangan menampilkan antaranya Ustaz Wan Shohor Bani Leman, Ustaz Zawawi Yusoh, Ustaz Akhil Haji Abdul Hai, Prof. Dr. Izuddin Haji Ali, Dr. HM Tuah Iskandar dan Tuan Haji Hushim Salleh.

Selera Ramadan MM Vitaoils sepanjang  30 episod siarannya mengutarakan dua resipi berasaskan minyak sawit yang menggunakan produk MM Vitaoils seperti Marvelloso, Blossommm, Rise and Shine, Shortening Qualitaste, Palmas dan Serimas.

Sajian masakan yang diketengahkan oleh Chef Selebriti Norzailina Nordin sangat bersesuaian dengan selera umat islam sepanjang bulan Ramadan ini. Bukan hanya sajian Melayu, bahkan penonton juga boleh mempelajari sajian barat, timur tengah ataupun masakan Cina dan India.

Di samping mengetahui kebaikan produk masakan daripada minyak sawit, penonton juga dapat iktibar kemuliaan bukan Ramadan dari para tetamu yang diundang.

Di samping menyediakan sajian lazat lagi berkhasiat, penonton juga berpeluang mengikuti topik berkaitan bulan Ramadan dan Syawal yang disampaikan tetamu undangan antaranya meliputi topik hikmah mengerjakan Solat Tarawikh, antara sabar atau mengeluh, hikmah berpuasa, barakah bersahur, perkara yang membatalkan puasa, anak-anak soleh dan solehan, perisitiwa-peristiwa besar dalam bulan Ramadan, sedekah dan kelebihannya dan tidak ketinggalan topik menarik menjelang Aidil Fitri iaitu maaf zahir batin.

Antara resipi menarik yang ingin dikongsi bersama penonton iaitu Paf Pir & Burger Sayuran, Kastard Nanes dan Sup Bawang Perancis, Binka Keju dan Mi Pankek, Bingka Jagung & Daging Masak Prun, Mousse Coklat dan Spageti Olio, Cucur Durian dan dihidangkan bersama Tuna Moussaka juga Spageti Sos Keju dan Browines.

Manakala menjelang hari raya, resipinya  lebih istimewa dengan menghidangkan Biskut Teh Hijau dan Kek Keju Rise and Shine juga Kek Lebaran dan Bistis Idaman.

Justeru sepanjang bulan Ramadan ini, usah lepaskan peluang menonton Selera Ramadan MM Vitaoils mulai 01 September 2008, setiap hari Isnin hingga Ahad, jam 5.00 pagi serta siaran ulangannya pada setiap hari Isnin hingga Ahad, jam 12.30 tengah hari di RTM1.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • KETUK-KETUK RAMADAN BERSAMA SHEILA RUSLY
  • Rabbani, Ikram Dinzly, Zek Zaidi Di Kesyukuran Dalam Kemeriahan Ramadan Al-Mubarak
  • BELAJAR MEMASAK SAMBIL MENDENGAR TIPS-TIPS BERGUNA
  • Salam Ramadan & Selamat Menjalani Ibadah Puasa
  • KUIH RAYA JUARA ANTARA KOLEJ
  • Apabila Blogger Menjadi Chef…
  • Raja Azura & Sharifah Shahira Dalam Gedik Santai di Waktu Berbuka?
  • ALYSSA SOEBANDONO, RAYA KOHANDI, EENG SAPTAHADI DALAM DRAMA HIDAYAH RAMADAN
  • Bazar Ramadan Untuk Juadah Berbuka Sekitar KL
  • Pakej Berbuka Puasa di Pusat Karaoke Red Box Ria



  • 14 Komen untuk entri “MEMASAK SAMBIL BERMOTIVASI SELERA RAMADAN MM VITAOIL”

    1. sEcReT IdEnTiTy kata:

      erm…
      lapo dbuatnyer…

    2. teh kamarul zaman kata:

      Saya seronok menonton ’selera ramadhan bersama MMvitaoils’. tetapi menghadapi masalah menyalin resipi. Telah pergi ke website mmvitaoils tetapi gagal menemui resipi yang di ajar oleh Puan Norzailina. Harap dapat bantu saya kerana saya teringin nak masak resipi khas program tersebut.

    3. NOR AINI YAACOB kata:

      Sila beritahu saya di mana boleh saya dapatkan produk yang vitaoil dan bagaimana boleh saya dapatkan resipi-resipi yang diajarkan di RESEPI RAMADHAN.

    4. asanov kata:

      Resepi rancangan ni boleh di lihat di http://serimas.com.my/recepies/selera_ramadan2/nasi_ayam.html

    5. zafura kata:

      salam, boleh saya dapatkan nama tetamu undangan rancangan selera ramadhan mm vitaoil yang disiarkan pada 9 september 2008

    6. aredib kata:

      huahuahua….mcm mana nie…kakak sy suruh cr resipi nasi beriani syawal tapi x de pon kat sini….mcm mana nk dptkn resipi ek?

    7. nadia kata:

      boleh x sy nak dapatkan resepi utk buat pai ayam di dlm ’selera ramadhan bersama MMvitaoils’.

    8. adila kata:

      seronok tengok program ini….mcm mane sy nak dapatkan resepi sebab saya dah g tgk kat website nye tapi x de pun resepi.Harap dapat membantu.

    9. loofah kata:

      seronok tengok rancangan ni…sebab resepi die simple…senag nak ikut…kalau boleh buat la hari2 biasa tidak terhad dalam bulan ramadhan sahaja

    10. wati kata:

      Assalamualiikum..kat mana saya boleh dapatkan semua resepi dalam rancangan Selera Ramadhan bersama mm Vitaoils..saya tertarik dengan masakan yang disiarkan dan amat berhasrat untuk mencuba.Harap dapat membantu.sekian

    11. mama nura kata:

      Please gtau kat mana leh dptkan resepi masakan dalam Ketuk-ketuk Ramadan Bersama Sheila…..

    12. wan mah kata:

      akum,kata ader resepi kat cni..tp x der pun….mcm ner tuh?sapa nak jwb?xkanlah bln puasa pun kelentong gaks..hrp ambil perhatian

    13. jai kata:

      askum,smuanyer mmm rancangan ini memang agak berkesan pada bulan yg mulia ini kerana ia sambil memasak dapat juga menimba ilmu pengetahuan..serta selepas waktu sahur kiter mempunyai aktiviti…(menonton televisyen).

    14. noorhayat kata:

      bagaimana untuk mendapatkan resepi resepi yang di ajar dalam program tv selera ramadhan bersama mmvitaoils

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET