• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Media Prima Umum Integrasi Digital

0
  • by Budiey
  • in Berita
  • — 12 Dec, 2012

MEDIA PRIMA UMUM INTEGRASI DIGITAL

Media Prima Berhad (“Media Prima” atau “Kumpulan”), kumpulan media bersepadu nombor satu negara hari ini melancarkan unit perniagaan digitalnya yang diperluas iaitu ‘Media Prima Digital’, yang juga merupakan entiti seumpamanya yang terbesar di negara.

Media Prima Digital adalah sayap media digital bersepadu Kumpulan, hasil daripada penggabungan subsidiari perniagaan media baru iaitu Alt Media Sdn. Bhd. (Alt Media) dan NSTP E-Media Sdn. Bhd. (E-Media).

Media Prima Umum Integrasi Digital

Penstrukturan semula ini adalah sebahagian daripada strategi Media Prima yang lebih luas bagi menyelaras dan mengoptimum perniagaan digital Kumpulan yang kini wujud merentasi beberapa platform.

Melalui usaha ini, adalah menjadi visi untuk menjadikan Media Prima Digital sebagai antara peneraju perniagaan teras Kumpulan yang kini merangkumi televisyen, percetakan, radio, penciptaan kandungan dan pengiklanan luar.

Dengan Media Prima Digital yang diperluaskan ini, Kumpulan kini bukan sahaja memiliki malahan juga mengendalikan unit media digital bersepadu terbesar negara.

Alt Media, antara lainnya bertanggungjawab terhadap inovasi portal video nombor satu Malaysia, Tonton, yang telah meraih pelbagai anugerah sebelum ini (Sumber: comScore). Tonton, yang kini telah mencapai lebih daripada 2.5 juta pengguna berdaftar, menawarkan “catch-up” dalam talian dan perkhidmatan televisyen “secara langsung”, serta kandungan premium berbayar.

Di samping itu, Alt Media juga mengendalikan portal web rangkaian televisyen dan rangkaian radio Kumpulan, serta Gua (gua.com.my), iaitu portal hiburan dan gaya hidup utama negara.

E-Media, sayap digital kepada subsidiari Kumpulan, iaitu The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, bertanggungjawab membangun dan mengendalikan portal berita Bahasa Melayu nombor satu di Malaysia, Harian Metro, serta portal berita akhbar-akhbar terkemuka negara yang lain– New Straits Times dan Berita Harian. Pada masa yang sama, E-Media yang pernah membangunkan beberapa aplikasi e-dagang kini sedang membangunkan beberapa portal gaya hidup yang akan dilancarkan secara berperingkat mulai awal tahun 2013.

Media Prima Digital kini mempunyai statistik dengan jangkauan secara terkumpul seperti berikut:

1. Sehingga 5.9 juta pelayar bulanan (Sumber: Omniture dan Google Analytics)
2. Sehingga 4.5 juta paparan halaman video bulanan (Sumber: Omniture Site Catalyst)
3. Sehingga 75 juta paparan halaman bulanan (Sumber: Omniture Site Catalyst dan Google Analytics)

“Dengan menggabungkan operasi dan aset Alt Media dan NSTP e-Media, Media Prima Digital akan berusaha untuk menjadi pemacu Kumpulan dalam perniagaan digital, terutamanya dengan memanfaatkan kandungan dan jangkauan pelbagai platform Media Prima.

“Kumpulan menjangka bahawa satu gabungan digital yang tunggal, akan membolehkan ia menawarkan produk dan peluang perniagaan baru yang lebih baik di rantau perniagaan media yang paling pesat berkembang,” kata Ketua Pegawai Operasi, Media Prima Digital, Dato ‘ Zainul Ariffin Mohammed Isa.

Strategi Media Prima Digital termasuk mengukuhkan perniagaan digital dan menyediakan angka-angka digital terbesar merentasi kesemua kumpulan media di Malaysia. Media Prima Digital akan mengumpulkan semua kandungan dalam Kumpulan dan menyediakan pengalaman digital yang di luar jangkaan kepada para pengguna.

Dato’ Amrin Awaluddin, Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima Berhad berkata:

“Kami sentiasa cuba merentasi sempadan inovasi dalam bidang digital dengan menggabungkan kepakaran atas talian dengan jenama-jenama kami yang kukuh melalui platform tradisional. Oleh itu, penggabungan kedua-dua sayap digital ini akan membuka lebih banyak peluang bagi Kumpulan untuk melibatkan diri dengan pengguna dan para pengiklan sedia ada dan berpotensi – sekali gus, menyediakan pengalaman digital yang menyeluruh.”

Puan Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan, Digital dan Pemasaran Bersepadu, Media Prima Berhad berkata:

“Ia adalah satu cabaran yang berterusan dalam merangkul evolusi digital dan atas sebab inilah ia amat penting untuk kami berada di hadapan keluk digital di samping mempergiatkan lagi usaha untuk kekal relevan dalam perniagaan ini. Di saat kita memulakan perjalanan dengan Media Prima Digital, kita dapat memanfaatkani kandungan yang luas dan sumber-sumber dalam Kumpulan dengan skala ekonomi dari segi kecekapan operasi. Penciptaan kandungan kekal penting dan Media Prima Digital akan dapat menyokong keperluan Kumpulan ke arah penciptaan kandungan agnostik platform dan di mana jua pengguna berada.”

“Melalui Media Prima Digital, kami menjangkakan potensi yang besar dengan peningkatan angka atas talian sebanyak 30% dan pertumbuhan dua digit pendapatan dalam tempoh 12 bulan akan datang. Bagi perdagangan, berdasarkan angka kolektif, Media Prima Digital mampu untuk menyediakan kepada para pengiklan jangkauan sasaran dan skala yang diperlukan. Kandungan eksklusif setempat juga menyediakan tahap penyesuaian dan interaktiviti yang tinggi untuk para pengiklan,” tambah Kim.

Media Prima Umum Integrasi Digital

Media Prima Umum Integrasi Digital

Media Prima Umum Integrasi Digital

Media Prima Umum Integrasi Digital

Media Prima Umum Integrasi Digital

Mengenai Media Prima
Media Prima Berhad (Media Prima), syarikat yang disenaraikan dalam Pasaran Utama, Bursa Malaysia, adalah sebuah kumpulan pelaburan media bersepadu No.1 di Malaysia. Kumpulan ini juga merupakan salah satu daripada 100 syarikat tersenarai awam terbesar berdasarkan hasil pendapatan.
Media Prima kini memiliki kepentingan ekuiti dalam TV3, 8TV, ntv7 dan TV9. Media Prima juga memiliki lebih daripada 98 peratus kepentingan ekuiti dalam The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, kumpulan penerbitan terbesar di Malaysia yang menerbitkan tiga akhbar nasional, iaitu New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.
Kumpulan ini juga mempunyai kehadiran online yang mantap melalui anak syarikatnya di dalam industri komunikasi dan penyiaran digital, Alt Media, melalui portal gaya hidup gua.com.my dan tonton.com.my, portal video yang canggih dengan kemampuan definisi tinggi (HD) yang menawarkan kebebasan memilih kandungan secara individu dan rangkaian sosial yang interaktif. Tonton kini mempunyai dua (2) juta pengguna unik berdaftar. Emas, adalah saluran retro pertama di Malaysia yang menyiarkan program-program TV popular produksi Media Prima yang boleh ditonton melalui TV Internet Protokol (IPTV) di HyppTV, Unifi TM.
Media Prima juga memiliki tiga buah stesen radio iaitu, Fly FM, Hot FM dan One FM.
Kedudukan Kumpulan ini sebagai peneraju dalam bidang pengiklanan luar adalah melalui Big Tree Outdoor Sdn. Bhd., UPD Sdn. Bhd., The Right Channel Sdn. Bhd., Kurnia Outdoor Sdn. Bhd. dan Jupiter Outdoor Network Sdn. Bhd.
Kumpulan juga memiliki anak syarikat kandungan kreatif, Primeworks Studios Sdn Bhd (PWS), sebuah syarikat produksi yang terbesar di Malaysia yang menghasilkan kandungan TV dah filem berbentuk cereka sejak 1984.

Mengenai Media Prima Digital
Media Prima Digital adalah sebuah syarikat media digital dan baru, yang menawarkan kemahiran teras dalam strategi platform, penciptaan kandungan dan reka bentuk serta pembangunan teknikal. Kemahiran ini jelas diunjurkan dalam pembangunan dan pengurusan operasi online Media Prima Berhad terutamanya bagi Rangkaian TV, Rangkaian Radio, seperti TV3, ntv7, 8TV, TV9, Fly FM, Hot FM dan One FM.
Media Prima Digital juga telah melancarkan Tonton, portal video utama negara, selain menguruskan akhbar terkemuka negara secara online iaitu New Straits Times, Harian Metro dan Berita Harian.
Portal-portal lain termasuk portal hiburan dan gaya hidup, Gua.com.my, serta portal online membeli-belah bagi wanita, Bajugraphy. Media Prima Digital adalah anak syarikat milik penuh Media Prima Berhad, syarikat media bersepadu terbesar di Malaysia.

Komen via Facebook

Komen

Share

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Tiket Konsert Mega Anuar Zain Mulai Dijual Pada Hari Ini
  • Next story Penyanyi Suki Berkahwin 12 Disember 2012

ENTRI BERKAITAN

  • Filem CGI Metrowealth, BS21 arahan Ahmad Idham 10 May, 2007
  • Maxis Menang Anugerah di Anugerah PC.Com 2012 12 Apr, 2012
  • Siapa Artis Wanita Bantu Bawa Pulang Jenazah Nenek Mariam? 9 Sep, 2009
  • Isteri Sham Kamikaze Tuntut Cerai 3 Sep, 2012

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • MAYA KARIN – BINTANG SYURGA

    Bintang Syurga
  • SEARCH

  • TERKINI

    • Apa Perubahan Baru Dalam Anugerah Industri Muzik ke 20
    • VIDEO Temubual Bersama Penerbit Program GM2
    • Muat Turun Aplikasi Rexona Move & Menang iPad Mini
    • Zahiril Adzim & Shera Aiyob Dapat Anak Lelaki
    • Betul Ke Hani Hatim & Aidid Marcello Hos Baru Hip TV?
    • Air France Taja Tiket Terbang ke Paris Untuk Pemenang GM2
    • Imam Muda Asyraf Lancar Album Nasyid Pertama
    • Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • Betul Ke Faizal Tahir Digam oleh Media Prima?
    • Photos World War Z Live In Sunway Lagoon
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • konsert-mega-bintangUlasan Konsert Mega Bintang Trinity All-StarTuesday, June 18, 2013
    • linkinKonsert Jelajah Dunia 2013 Linkin Park Living Things Di MalaysiaMonday, June 17, 2013
    • sharifah-ainiSebab Kenapa Malam Amal Bersama Tiga Diva DitundaFriday, June 14, 2013
    • pesawatGood Vibes Festival 2013Wednesday, June 12, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Top Niaga on:Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • fatehahjalani on:Noraniza Idris Lancar Program Pelancongan Sanggar Budaya
    • muhammad aisy aniq nabihan bin ahmad fadzil on:Marion Caunter Hamil Anak Kedua
    • zulruzaini on:Noraniza Idris Lancar Program Pelancongan Sanggar Budaya
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    22Jun2013

    G-Dragon World Tour: One of a Kind

    Dari 08:00 PM hingga 11:30 PM

    di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

    Find out more...

    23Jun2013

    Showcase Dayang Nurfaizah @ The Venue

    Dari 08:30 PM hingga 10:30 PM

    di The Venue, Pavilion KL

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Apa Perubahan Baru Dalam Anugerah Industri Muzik ke 20
    • VIDEO Temubual Bersama Penerbit Program GM2
    • Muat Turun Aplikasi Rexona Move & Menang iPad Mini
    • Zahiril Adzim & Shera Aiyob Dapat Anak Lelaki
    • Betul Ke Hani Hatim & Aidid Marcello Hos Baru Hip TV?
    • Air France Taja Tiket Terbang ke Paris Untuk Pemenang GM2
    • Imam Muda Asyraf Lancar Album Nasyid Pertama
    • Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • Betul Ke Faizal Tahir Digam oleh Media Prima?
    • Photos World War Z Live In Sunway Lagoon
  • KALENDAR

    June 2013
    M T W T F S S
    « May    
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan Di Sini

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.