in ,

Tiket Konsert Mega Anuar Zain Mulai Dijual Pada Hari Ini

[dropcap]H[/dropcap]ari ini 12 Disember 2012 atau 12.12.12 dikatakan tarikh yang sangat istimewa. Ramai yang berkahwin pada hari ini. Ramai yang bertunang pada hari ini, tak kurang ada yang meraikan sesuatu yang cukup special seperti mana Anuar Zain yang memilih tarikh 12.12,12 sebagai hari pertama penjualan tiket Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari.

Budiey sudah pun melayari laman web Ticket Charge pada jam 12 tengahari tadi, memang benar kaunter tiket sudah pun dibuka pada jam ditetapkan iaitu jam 12 tengahari.

Khabarnya, laman web ini agak slow memandangkan ramai sangat peminat yang berlumba-lumba mahu mendapat diskaun sebanyak 15% pada awal tengahari tadi. Namun, ia bukanlah satu masalah yang besar yang dapat menjejaskan penjualan tiket.

Anuar Zain

Jadi, sudahkah anda mendapatkan tiket konsert ini? Jika sudah! Anda pastinya mendapat penjimatan sebanyak 15%. Jika dilihat pada harga tiket Platinum, harga sebenarnya ialah RM701 tapi jika anda pembeli terawal, anda akan layak untuk mendapat diskaun 15% menjadikan RM596.30 sahaja.

[pullquote align=”right”]Budiey dikahabarkan, diskaun 15% ini diberikan kepada 1,000 pembeli pertama sahaja.[/pullquote]

Hari ini juga adalah hari istimewa kerana Blog Budiey.com Sensasi Selebriti secara sahnya telah dilantik oleh Anuar Zain Network sebagai Blog Rasmi Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari.

Pasti ramai pembaca akan bergembira dengan berita ini kerana anda semua akan mendapat berita-berita eksklusif sebelum konsert ini berlangsung. Juga Budiey akan siarkan gambar-gambar sekitar latihan dan juga segala aktiviti dan persiapan Anuar Zain.

Kepada anda yang mengikuti Budiey di Twitter @budiey, bolehlah mengikuti segala berita terbaru berkenaan dengan konsert ini melalui hashtag rasmi iaitu #KonsertAnuarZain3Dekad. Haaa… bukan main panjang lagi hashtagnya. Tapi tak mengapa, ada sebab sebenarnya hashtag ini dipilih.

Jadi, jangan lupa untuk follow hashtag ini dan setiap kali anda ingin tweet anda dibaca oleh Anuar Zain, sila guna hashtag ini. Tidak lupa, anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini di laman Facebook milik Anuar Zain yang rasmi iaitu www.facebook.com/anuarzainnetwork

Untuk anda yang berada jauh dari Kuala Lumpur dan ingin menonton persembahan hebat live dari Stadiun Putra, Jalil, ini berita baik untuk anda iaitu Anuar Zain melancarkan juga Pakej 3Dekad 1Destinasi.

Pakej ini adalah satu program eksklusif untuk memberikan peluang kepada anda yang berada di Pantai Timur dan Selatan Semenanjung. Pakej ini akan membawa peminat dari bandar-bandar utama di Malaysia dan wilayah Singapura ke Stadium Putra, Bukit Jalil untuk menikmati konsert serta menghantar mereka kembali pada malam yang sama selepas konsert berakhir.

Nak tahu lebih lanjut tentang pakej ini, jangan lupa baca entri yang seterusnya ya.

Seats utk Konsert Anuar Zain. Sape nak tahu harga tiket? Sila RT

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

A Joyful Christmas Tree Light-Up Ceremony At Impiana KLCC Hotel

Media Prima Umum Integrasi Digital