in ,

Penyanyi Suki Berkahwin 12 Disember 2012

Seperti yang telah dijangka, tarikh 12 Disember 2012 hari ini, pasti menjadi pilihan ramai pasangan di luar sana untuk mengakhiri musim percintaan mereka dengan ikatan perkahwinan.

[dropcap]T[/dropcap]idak ketinggalan, juara One In A Million musim pertama Suki Low yang baru sahaja mengumumkan bahawa dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya, Jeremy Chong, seorang ahli perniagaan dan eksekutif muzik yang berasal dari Pulau Pinang.

Majlis perkahwinan serta resepsi pasangan ini akan berlangsung di Pulau Pinang di mana pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis malam malam bertempat di atas kapal SuperStar Libra, Star Cruises. GUA difahamkan majlis resepsi ini ditaja sepenuhnya oleh Star Cruises.

Selain itu, jenama barangan kemas, Poh Kong turut menaja perhiasan yang akan digayakan oleh Suki pada hari perkahwinannya itu. Perkahwinan itu bakal disaksikan oleh para tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga serta sahabat handai terdekat kedua mempelai.

Dalam satu kenyataan media, Suki memberitahu yang dia sangat gembira dan bersyukur kerana hari yang dinanti-nantikan akan tiba tak lama lagi.

“Saya rasa sangat bertuah kerana telah menemui cinta sejati dan saya bagaikan tidak percaya kami akan melangsungkan perkahwinan pada tarikh yang bakal diingati selamanya. Saya harap semua peminat dan rakan-rakan saya akan terus mendoakan kebahagiaan dan kejayaan kami berdua,” ujar Suki.

Selamat bernikah, Suki. Semoga kekal bahagia selamanya.

Gambar Wedding Suki Kahwin akan disiarkan dalam masa terdekat

Kahwin Jeremy Chong & Suki Low 12 Disember 2012

Kahwin Jeremy Chong & Suki Low 12 Disember 2012

Kahwin Jeremy Chong & Suki Low 12 Disember 2012

Kahwin Jeremy Chong & Suki Low 12 Disember 2012

Suki Low Nikah Kahwin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Media Prima Umum Integrasi Digital

Rancangan ntv7 Menang Dua Kali Di Anugerah Hak Asasi Manusia