Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Mazuan Juara Pertandingan Akhir Juara Asyik 2009

Meski pun menyaksikan dominasi 5 finalis wanita berbanding 3 lelaki bertanding, Pertandingan Akhir Juara ASYIK 2009  yang berlangsung 26 Julai 2009 (Ahad) lalu di Auditorium Perdana, Angkasapuri membuktikan yang bakat serta kekuatan vokal adalah kayu pengukur utama dititikberatkan dalam sesebuah pertandingan nyanyian.

Kejayaan peserta lelaki, Mazuan A/L Bah Gajah dinobatkan juara Pertandingan Akhir Asyik 2009 menggondol hadiah utama wang tunai RM10,000 ribu dan tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) pastinya cukup menggembirakan hati anak muda berasal Tapah, Perak ini. Nyata penampilan penuntut Tingkatan Enam di Sekolah Menengah kebangsaan Tapah ini cukup menyerlah dengan persermbahan lagu Hanya Dirimu Dalam Hatiku ciptaan Anizan A/L Rosli dan Penghujung Rindu, lagu popular Jamal Abdillah hingga dipilih juri sebagai pemenang tempat pertama.

Tempat kedua pula menyaksikan Maznah Majid, gadis berusia 24 tahun yang memilih mendendangkan lagu Aku Di Sini dan lagu pilihannya, Tak Mungkin Kerana Sayang bertuah membawa pulang wang tunai bernilai RM8,000 ribu. Manakala tempat ketiga pula menjadi milik gadis kecil molek bernama Wah Moliz A/P Bah Long yang memenangi wang tunai RM6,000 ribu dengan menyampaikan lagu Bintang dan lagu pilihannya, Kalis Rindu.

Meski pun penyanyi lagu ciptaannya sekadar menempah tempat ke tiga, Kategori Pencipta Lagu Terbaik dimenangi Long Exsan dari Bota, Perak yang menghasilkan lagu Bintang dinyanyikan Wah Moliz dengan memadamkan hasrat tujuh komposer amatur lain yang membariskan nama-nama OTG, Kak Ham, Nizam, Jaafar Salleh, Mustaffa, Anisa Rosli dan Remy dengan membawa pulang wang tunai RM6,000 ribu.

Begitu pun lima finalis lain yang bertanding memberikan persaingan kepada mereka melibatkan Noraini Abu, Azizi Jafri Awang, Noraliza Iskandar Zulkarnain, Ramlan Abak dan Nora Hafizah Nordin turut bertuah membawa pulang saguhati wang tunai RM1,000 ribu.   

Finalis dikenali Noraini tampil dengan lagu Epoujh (Ku Nanti) dan lagu pilihan Dan Sebenarnya (Yuna), Noraliza nyanyikan lagu Tinggal Kenangan dan lagu Dikir Puteri (Noraniza Idris), Ramlan pula sampaikan lagu Sinar Gemerlapan dan Gadis Bertudung Putih (Kumpulan May), Azizi dengan lagu Maafkan ku dan Situasi (Kumpulan Bunkface) dan Nora Hafizah mempertaruhkan lagu Yeacheded Penayak Hak Mayik (Cinta Palsu) dan Ku Intai Cinta Dalam Rahsia (Jeslina Hashim).

Sepanjang dua jam bersiaran secara langsung, penonton dihiburkan dengan celoteh dua pengacara yang menggandingkan juruhebah Asyik fm yang popular, Rozima dan personaliti RTM, Ivan Toh. Malah turut menampilkan persembahan artis undangan dengan beberapa dialek popular mereka persembahan Itam Jelmol dengan lagu dialek Temiar, Balei Peninjol, Agek dengan lagu dialek Semai, Wak Anuk, Belalang dengan lagu dialek Jakun, Joget Kapal Terbang,

Juri-juri yang mengadili Pertandingan Akhir Juara ASYIK 2009 ini melibatkan Helen Yap, A.Ali, Khoo Fook Sin, Johari Teh dan Jimmy Ali (Ketua Juri).

Hadiah-hadiah kepada semua pemenang disampaikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, YBhg. Senator Heng Seai Kie dengan diiringi Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pencarian Bakat Baru Dalam Juara Asyik 2009
  • Siapa Juara Pertandingan Akhir Juara Asyik 2009
  • Sekitar Sidang Media Pertandingan Akhir Juara Asyik 2009
  • Profile Iesya
  • Gambar Bakal Juara Ford Model Supermodel of the World Malaysia 2009
  • Top 5 Muzik Muzik Separuh Akhir Minggu Ke-2
  • Juara Pesona Nona Musim Ke-3
  • Pertandingan Akhir Bintang RTM di Stadium Negara
  • Siapa Pemenang Final My Starz LG Musim Ke-2?
  • Rentak Juara Rhythm Of Champions 2010 Cipta Fenomena



  • 9 Komen untuk entri “Mazuan Juara Pertandingan Akhir Juara Asyik 2009”

    1. linda penderas kata:

      ermm..1st hehehe..yg len mne?xjmpe entri ni kot huhu

    2. annie kata:

      2nd………..kenapa x de gambar pencipta lagu? Buat Nizam tak menang x pe harap teruskan ciptaan anda. Harap2 yang menang 2 ada Syarikat rakaman yang ingin menyunting mereka sebagai artis rakaman dan merakamkan album sendiri. Saya sokong 100%.

    3. annie kata:

      Budiey confirm ke pencipta lagu terbaik membawa pulang wang tunai RM6000.00 dan bukannya RM3000.00 ? Cuba tengok gambar ke 2. Ikut permerhatian saya RM 3000.00 aje atau masih ada hadiah sampingan lain yang saya tak tau?

    4. iman kata:

      buat linda : sebenarnya yg lain bukan xjumpa entri…..

      annie : pencipta terbaik mmg dapat 3,000.00 jerk..nie salah information nie..yg benar mmg 3,000 sahaj..

    5. ima kata:

      tahniah buat semua finalis..bukan senang nak bawa lagu dengan okestra..artis yang betul2 artis pun agak susah…apapun pada semua pencipta lagu dan finalis yg berjaya ke peringkat akhir..bermakna anda adalah terbaik..yg penting,tingkatkan usaha..buat yang berjaya,harap tidak lupa diri….baru semua akan ingat sampai bila2..TAHNIAH SEMUA!!!

    6. annie kata:

      iman cuba iman tengok perengan diatas gambar maznah 2 ditulis RM6000.00 bukannya RM 3000.00. Tapi setahu saya pun memang RM3000.00. Budiey salah tulis kot.

    7. akiya kata:

      Yeah.. memang betul tuan punya blog silap tulis tu,
      tahniah kpd yang berjaya yang gagal cuba lagi.

    8. jini jaswi kata:

      tahiah utk mazuan… hidup mai hik!!!!!!! semoga berjaga dalam apa jua bidang yang diceburi

    9. mak bidan kata:

      cayalah mai hik…harap2 pertandingan mcm ni akan dibuat lg pd mse akan dtg..pd yg menang,da femes jgn sombong…rugi x dpt tgk live mse 2..kalo spe2 yg ade rakam dan upload gtaw sy k..tenkiu!!anak org asli sejati…

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:


















    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!