in

Maxis 4G Bloggers Blaze Menguji Kelajuan Blogger

Pagi Ahad 8 Disember lalu, jadual harian Budiey rasakan sangat berbeza sekali dari hujung minggu yang lain. Berubah 360 darjah! Rasa laju bukan main berdesum-desum lagi. Nak tahu apa yang berdesumnya? Jom la, baca entri ini sampai habis, okay?

Kalau biasanya pagi Ahad adalah hari untuk bersantai, goyang kaki kat rumah. Tapi Ahad lalu, Budiey telah menyahut cabaran dari Maxis untuk Maxis 4G Bloggers Blaze yang bermula di The Laundry, The Curve, Mutiara Damansara dan tamat di lokasi yang sama.

Maxis 4G Bloggers Blaze Menguji Kelajuan Blogger

[dropcap]K[/dropcap]alau tanya Budiey pasal apa Budiey mahu join? Budiey akan jawab, sebab teruja sangat bila dapat bertemu dengan rakan blogger yang lain. Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai macam ni dan lakukan aktiviti yang sama dan bersaing sama sendiri.

[pullquote align=”right”]Teruja sangat sampai suruh datang jam 8.30 pagi, Budiey dah sampai seawal jam 8 pagi. Gitulah, Budiey tak sabar nak menguji sejauh mana kelajuan atau kepantasan diri mengejar masa. Mmm, adakah kepantasan Budiey dapat menandingi kepantasan LTE 4G dari Maxis? Korang rase?[/pullquote]

Cakap pasal kelajuan, dunia sekarang serba serbi nak cepat kan? Takde benda yang perlu lambat. Semua nak cepat. Lagi moden kita hidup, lagi cepat kita nak kejar masa. Kadang-kadang tu, Budiey rasa masa ni makin laju kita kejar, lagi cepat dia tinggalkan kita. Apa yang penting, untuk berada di depan, kita kena biar masa kejar kita, bukan kita kejar masa. Setuju tak?

Actually, Ini adalah pertama kali Budiey menyertai cabaran mengejar masa macam ni. Ia tak ubah seperti treasure hunt tapi ia melibatkan cabaran di mana peserta perlu bersaing menyelesaikan setiap cabaran dengan masa yang paling pantas. Setiap dari kami dibahagikan kepada kumpulan. Satu kumpulan ada 4 orang.

Masa untuk setiap cabaran dikumpulkan kesemuanya dan kumpulan yang mendapat masa yang paling singkat akan dijulang sebagai pemenang. Jadi, tak kiralah, kalau lambat sampai di garisan penamat pun tak kisah lah asalkan mata atau masa yang dikumpulkan itu paling singkat, kumpulan tu lah yang akan menang.

Apa-apa pun, Budiey nak berterima kasih kepada Maxis yang sudi menjemput Budiey untuk menyertai cabaran yang menguji kepantasan ini. Ia simbolik kepada perkhidmatan teknologi evolusi LTE, 4G yang paling laju di Malaysia setakat ini.

Tidak perlu berikan contoh pengguna lain sebab Budiey sendiri dah pun menggunakan servis LTE 4G dengan bantuan Modem Wifi Broadband terbaru daripada Maxis. Baik Budiey berterus terangla kat sini, Budiey dari dulu lagi memang menggunakan line Maxis, kalau ada anugerah pengguna paling setia, mungkin Budiey akan dapat. (Mmm… berangan!)

Pada awal tahun 2013, Budiey sangat happy apabila Maxis mengumumkan tentang servis LTE 4G ni. Tambahan pula, servis LTE 4G dah makin meluas meliputi bandar-bandar utama seluruh Malaysia. Budiey masih ingat, kalau dulu kita dapat nikmati kelajuan sehingga 75Mbps, sekarang berdesum laju sepantas kilat servis internet .

Maxis 4G Bloggers Blaze Menguji Kelajuan Blogger

Apa yang Budiey suka sebab selepas guna servis LTE 4G ni, kerja Budiey sebagai blogger hiburan dan gaya hidup sepenuh masa menjadi lebih mudah, lebih pantas, lebih sempurna. Sebagai Instagram influencer pula, Budiey sangat berpuas hati dengan servis 4G sebab Budiey nak upload gambar kat Instagram sekarang ni tak payah nak tunggu lama. Tak sampai satu saat, gambar dah sedia BOOM masuk dalam Instagram.

Tambahan lagi, apabila ada Insta Video ni, haaa, untunglah guna LTE 4G dari Maxis sebab tak perlu nak tunggu lama nak upload video. Kalau nak tahu, rangkaian 4G LTE ni beroperasi pada kelajuan muat turun lima hingga 10 kali lebih cepat daripada 3G. Bila dah 5 kali ganda lajunya tu, bermakna Budiey dah takde masalah lagi untuk menonton video berdefinisi tinggi (HD) di Youtube dan muat turun pun memang laju sangat. Puas hati guna!

Sekarang ni, sejak Budiey guna 4G LTE Mobile Wifi Modem terbaru dari Maxis, Budiey dah senang untuk travel ke mana sahaja sebab boleh dibawa kemana sahaja yang Budiey suka. Kalau nak tahu, modem wifi terbaru ni, memang tahan lama bateri lebih 10 jam guna dan boleh dicaj semula, boleh plug & play, yes of course! Yang penting, boleh berkongsi online bersama kawan-kawan dan sesiapa sahaja sehingga 10 alat peranti dalam satu masa! Hebat ke tidak?

Budiey dapatkan modem ini sebenarnya PERCUMA daripada Maxis sebab sign up pakej data RM88 sebulan.

Terima kasih Maxis sebab peka dengan perkembangan teknologi terkini. Korang nak tahu lebih lanjut tentang pakej terbaru dari Maxis ni, boleh layari maxis.com.my

Cakap banyak tak guna sebab di entri blog ini, Budiey nak korang lihat sahaja apakah cabaran yang kami tempuhi sepanjang melalui Maxis 4G Bloggers Blaze yang cukup mengujakan ini.

Layanlah, gambar-gambar yang fun ini sebab a picture a worth a thousand words.

Selepas mendaftar nama, Budiey lapik perut dengan hidangan sarapan yang disediakan. Kasi bertenaga dan tambah sikit energi. Maklum, Budiey pun sebenarnya tak tahu apa yang kitorang kena buat di setiap pit stop nanti. Apa yang Budiey baca dalam klu ada mengatakan:

Clues to follow, challenges to conquer
At the end of it, you won’t have to wonder
Who’s got the widest and fastest network for sure
It’ll be fun – that we can assure!

Baca klu intronya pun buat terseriau adrenalin Budiey. Tambahan lagi, nama kumpulan kami LEOPARD. Memang dah terbayangkan bagaimana la lajunya kami nanti. Melihat pada ahli kumpulan yang sangat kuat dan gagah, Budiey dah optimis untuk menang dalam cabaran kali ini.

Maxis 4G Bloggers Blaze Menguji Kelajuan Blogger

Pada jam 9.15 pagi, saingan bermula apabila kami perlu scan barcode yang ada pada belon pada telefon bimbit yang disediakan untuk mendapatkan klu dan lokasi seterusnya.

[pullquote]Agak susah juga untuk scan barcode ni sebab ia terlekat pada belon. Apabila dah dapat scan barcode, semua peserta bergegas untuk mendapatkan klu di meja pendaftaran.[/pullquote]

Baca klu, kami perlu memandu ke Sunway Lagoon untuk cabaran seterusnya. Kami diberikan sebuah kereta untuk ke sana. Kelajuan kereta tak dikira. Jadi, kami bersantai-santai dan tak lah nak rushing sangat.

Sampai di pit stop di Sunway Lagoon, kami perlu download games kereta lumba dengan menggunakan LTE 4G dari Maxis. Memang pantas! Tak sampai seminit pun, terus dapat main game. Kami cuba main game dengan cara yang sepantas yang boleh.

Pit stop kedua, kami di Go Kart Challenge di mana kami kena berlumba Go Kart. Kumpulan yang mengumpulkan masa paling singkat, dia pasti akan menang. Jadi, kami pun berhempas pulas untuk sampai di garisan penamat secepat yang mungkin.

Selesai di Cabaran Go Kart, kami diberi klu untuk Cabaran Rock Climbing di Mad Monkey yang terletak di Wangsa Maju. Nampak senang, tapi agak susah juga. Ini adalah kali pertama Budiey cuba rock climbing. Memang mencabar jiwa dan raga juga sebab cabaran ini memerlukan tenaga dan kami kena mengambil bendera di atas dengan kelajuan yang maksima.

Maxis 4G Bloggers Blaze Menguji Kelajuan Blogger

[dropcap]K[/dropcap]emudian dari Mad Monkey, kami terus ke pit stop terakhir di mana kami perlu makan buah tembikai dengan cara yang paling pantas. Ada trick yang tersendiri sebenarnya untuk tugasan ini. Budiey siang-siang lagi dah google dan buat carian kat Youtube, kot-kot ada video cara makan buah tembikai dengan cara paling pantas. Ya! Memang ada dan kami cuba gunakan cara yang ditunjukkan. Ternyata, kumpulan kami berjaya menjadi kumpulan pertama yang membantai buah tembikai yang diberikan! Dalam hati, Budiey makin jadi optimis untuk menang.

Sementara menunggu masa untuk mendengar keputusan pemenang, kami makan tengahari dulu. Makanan yang dihidangkan semuanya sedap dan lazat.

Maxis 4G Bloggers Blaze Menguji Kelajuan Blogger

Saat yang ditunggu oleh semua peserta pun tiba. Semua berdebar-debar mahu tunggu keputusan. Siapa yang paling pantas? Kumpulan manakah yang berjaya mengumpulkan masa paling singkat?

Maxis 4G Bloggers Blaze Menguji Kelajuan Blogger

Nak diringkaskan, kumpulan kami LEOPARD telah berjaya mendapat tempat kedua dan kami mendapat hadiah sebuah iPad Mini setiap seorang. Kumpulan yang berjaya mendapat tempat pertama pula mendapat sebuah telefon pintar Samsung Galaxy Note 3. Tahniah kepada semua pemenang.

Maxis 4G Bloggers Blaze Menguji Kelajuan Blogger

Budiey pulang dengan rasa yang sangat puas hati bercampur dengan seronok. Siapa yang tak seronok kalau dapat hadiah kan? Jadi, di kesempatan ini, Budiey nak ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Maxis. Harap tidak serik-serik jemput Budiey lagi di masa akan datang.

Maxis 4G Bloggers Blaze Menguji Kelajuan Blogger

Maxis 4G Bloggers Blaze Menguji Kelajuan BloggerMaxis 4G Bloggers Blaze Menguji Kelajuan Blogger

Maxis 4G Bloggers Blaze Menguji Kelajuan Blogger

Maxis 4G Bloggers Blaze Menguji Kelajuan Blogger

Maxis 4G Bloggers Blaze Menguji Kelajuan Blogger

Maxis 4G Bloggers Blaze Menguji Kelajuan Blogger

Maxis 4G Bloggers Blaze Menguji Kelajuan Blogger

Maxis 4G Bloggers Blaze Menguji Kelajuan Blogger

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Resepsi Persandingan Rozita Che Wan & Zain Saidin

Telefilem Dee Padat Dengan Komedi