in ,

Marriage Of Inconvenience Uji Kesetiaan Pasangan Suami Isteri

Siri Kantonis Terbaharu : Marriage Of Inconvenience Uji Kesetiaan Pasangan Suami Isteri di TV2

Kebiasaannya proses penceraian berakhir dengan terlerainya ikatan perhubungan lalu terbitlah perasaan dendam dan saling tidak puas hati antara keduanya. Sebaliknya berlaku kepada pasangan Chuen dan Ling yang dalam proses untuk bercerai. Proses itu menjadi titik permulaan bagi mereka lebih mengenali pasangan masing-masing dan menguji kesetiaan antara satu sama lain.

Babak-babak menarik ini mewarnai drama bersiri Kantonis terbaharu, Marriage Of Inconvenience yang disiarkan RTM mengisi slot tontonan ramai Golden Pheonix yang menghiburkan petang hari anda di TV2.

Marriage_of_Inconvenience ... drama bersiri terbaharu di TV2

20 episod drama rantaian yang mula bersiaran pada 11 Jun 2012, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang ini menampilkan lakonan menarik Bobby Au Yeung, Angela Tong, Toby Leung, Raymond Wong, Patrick Tang, Winnie Young, Power Chan, Astrid Chan dan Mimi Lo.

Ia berkongsi plot menarik tentang watak seorang pemilik sebuah agensi perkahwinan, Kong Hoi-Chuen (Bobby Au Yeung)berjaya dalam kerjayanya namun tidak bernasib baik dalam mencari teman wanita. Dia kemudiannya secara kebetulan bertemu Miu Ling (Angela Tong), yang baru sahaja dikecewakan dalam cinta.

Semangat Ling pulih dengan kata-kata yang dorongan daripada Chuen. Enam bulan kemudian, Ling bersetuju untuk berkahwin Chuen. Perkahwinan itu berlangsung bahagia selama tiga tahun dengan pasangan suami dan isteri itu sama-sama bekerja di agensi perkahwinan tersebut.
Namun badai datang melanda dalam perhubungan mereka si saat keduanya indah membina bahagia apabila muncul kekasih lama Chuen iaitu Ling Ivan (Raymond Wong). Beberapa tahun yang lalu Ivan meninggalkan Ling kerana dia tidak mahu akan ‘terikat’ dalam hubungan, tetapi kini dia mahukan peluang kedua.

Apabila mereka bertemu kembali, Ling tanpa segan silu mahu bermesra dengannya tanpa kerelaan Chuen. Ling memerangkap Chuen mabuk di pejabatnya, dan apabila dia bangun, dia mendapati dirinya di sebelah pelanggan wanita, Ng Yi Wu-Jiu (Toby Leung). Ling terkejut bila mengetahui kejadian itu lalu menuntut penceraian.

Mereka kemudiannya memfailkan penceraian. Ketika kes dalam proses mahkamah konflik terjadi apabila Cheung dan Ling masing-masing mempertahankan hak ke atas rumah mereka. Masing-masing keras kepala untuk tetap tinggal di rumah itu. Ling percaya dirinya telah dianiayai enggan berpindah keluar dari rumah. Cheun pula memutuskan untuk mengaturkan perkahwinan palsu dengan Ng Yi Wu-Jiu. Dalam pertukaran untuk menginap di rumah secara percuma, dia berpura-pura untuk menjadi kekasihnya. Rancangan itu bagi menimbulkan kemarahan Ling lalu meninggalkan rumah tersebut.

Ketika Cheun berusaha menimbulkan kemarahannya, Ling tidak berdiam diri sebaliknya dia juga memasang perangkap membuatkan Cheun rasa hilang sabar. Dia mengupah Ivan bekerja di agensi perkahwinan mereka hingga menimbulkan kemarahan Cheun.

Takdir menentukan mereka kemudiannya mengetahui hakikat Ng Yi Wu-Jiu sebenarnya adalah gadis pemimpin kongsi gelap. Dia memiliki pengikut setia dan geng saingan yang cuba untuk membunuh dirinya sendiri. Sementara itu Ivan, telah menunjukkan dirinya semakin berkebolehan dan tidak lagi seorang pemuda yang gemar berpoya-poya dan tidak berguna. Lalu bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? Dapatkah bersatu semula atau pun perpisahan adalah jalan yang terbaik untuk keduanya?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DUETOKE TESCO Bersama Suria FM Gempak

The Amazing Spider-Man Poster Collection