in

Malam Gala KL Men’s Fashion Runaway 2012

Buat julung kalinya, malam gala KL Men’s Fashion Runaway 2012 telah dianjurkan bagi menaikkan lagi industri fesyen lelaki tempatan.

Acara yang dianggap sebagai permulaan terbaik bagi jejaka tempatan untuk berfesyen ini telah diadakan di Blackbox, Publika Solaris Mont Kiara, baru-baru ini.

Bukan sahaja mengetengahkan bakat-bakat baru dalam bidang peragaan khusus buat jejaka, program ini turut menampilkan nama-nama besar dalam bidang rekaan fesyen lelaki tempatan seperti Salikin Sidek, Adnan Hassan, William Liew selain Kos Serani, Zizi Design dan Fairuz Ramdan.

Lebih menarik lagi, acara ini turut membawa wakil tunggal dari Singapura iaitu Jen-Su Top.

Di samping memperkenalkan pereka, acara ini juga menampilkan wajah-wajah baru dalam bidang peragaan pentas lelaki dengan mengumpulkan jejaka dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Kesemua model ini bernaung dibawah agensi Shaun Model Management.

Sementara itu, kemunculan model lelaki terkenal tempatan yang juga telah mengukir kejayaan di luar dan dalam negara iaitu Wilson Tan telah dijemput menjadi model jemputan sekaligus memberikan tunjuk ajar kepada model-model baru ini.

Tata rias diri pula mendapat tajaan daripada Eyoi Team Makeup Artistic yang mana pasukan kreatif ini telah memberikan sentuhan bagi menyerlahkan lagi ketampanan model-model yang terlibat.

Acara selingan turut dimeriahkan lagi dengan nyanyian daripada dua buah kumpulan baru yang sedang meningkat naik iaitu Max 24:7 dan Megaboys yang mempersembahkan aneka lagu popular mereka.

Turut kelihatan dalam majlis ini ialah figura yang dianggap sebagai orang penting dalam industri fesyen tempatan iaitu Bon Zainal dan Faizal Hamid yang turun padang bagi mewarnai acara gemilang yang julung-julung kali diadakan. via Portal Murai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Anak Angkat Stacy Bernama Bella Valentina

Bob Kuman Meninggal Dunia