in ,

Malam Gala Filem Rock Oo Berlangsung Meriah

Malam Gala Filem Rock Oo telah berlangsung dengan meriah dan penuh dengan suasana ROCK semalam. Nama-nama besar dalam industri perfileman juga tak kurang menjadikan suasana begitu hangat. Antaranya, Datin Sofea Jane, Datuk Yusof Haslam, penyanyi otai rock Awie vokalis Wings, pengarah dan pelakon Afdlin Shauki, Awi Rafael, pelakon Aqasha, Zain Hamid, penyampai radio dan juga pengacara Adibah Noor, pelakon Zalif Sidek dan ramai lagi. Mereka antara sebahagian hadirin yang menonton filem Rock Oo yang diadakan di Cathay Cineleisure, eCurve, Mutiara Damansara. Sebenarnya, ramai lagi yang Budiey tak sempat jumpa, tapi hadir semalam.

KLIK VIDEO: Lawak Babak 18SX & Sensored dalam Filem Rock Oo 

Event macam tak sah la kan kalau pelakon utama tak hadir, jadi untuk Malam Gala ini, semua pelakon utama hadir untuk support filem ini. Mamat Khalid pula dengarnya tengah nervous dengan hari tayangan nanti. Begitu juga dengan penerbit dan pelakon lain, semuanya berharap agar filem ini mendapat sambutan.

Malam Gala Rock Oo

Budiey turut hadir dengan berpakaian imej rock dengan baju T eksklusif rekaan dari pereka grafik terkenal KukuBesi yang turut menjual baju T ini di gerai yang dibuka bersebelahan dengan meja pendaftaran semalam. Dari dua pilihan baju T yang dihadiahkan oleh KukuBesi, Budiey telah memilih rekaan baju warna hitam kelabu yang tertera huruf ROCK besar-besar. Bagi Budiey, baju T ni sangat selesa dipakai dengan fabriknya memang betul-betul sesuai dengan bentuk badan kita dan lagi sesuai dipakai oleh orang Malaysia yang bercuaca panas ni. Terima kasih kepada KukuBesi yang sudi menghadiahkan 2 helai baju T untuk Budiey. Kalau anda semua nak beli baju T ni, bolehlah layari facebook milik Empayar KukuBesi Store iaitu www.facebook.com/kukubesistore

budiey

Budiey bersama KukuBesi dan Pyan Habib. Abang Pyan pula turut berlakon dalam Rock Oo, watak sebagai peniaga kedai runcit.

Rata-rata dari mereka apabila ditanya tentang filem Rock Oo, mereka tersenyum sambil menunjukkan ibu jari sambil berkata thumbs up! Pujian banyak didengari dari kejian. Khir Rahman juga bersetuju, ini pertama kali bagi beliau bila semua keluar dari pawagam, dan boleh dikatakan semua terhibur dengan mesej dan penceritaan yang ditampilkan oleh pengarah Mamat Khalid.

Budiey sempat menemubual beberapa orang penonton dan juga beberapa orang selebriti yang hadir. Budiey akan siarkan video temubual ini di saluran milik Budiey Dot Com di Youtube. Kepada yang nak tonton, jangan lupa subscribe Youtube Channel Budiey dengan melayari: www.youtube.com/budiey27. Orait?

KLIK VIDEO: Temubual Bersama Pelakon Utama Rock Oo iaitu Que Haidar Sebagai Amy Mat Piah

Sebelum sesi tontonan filem Rock Oo, hadirin disajikan dengan makan malam dan di pentas pula ada mereka dihiburkan oleh nyanyian lagu tema filem Rock Oo yang berjudul Tika dan Pekin Ibrahim dengan iringan band beliau mendendangkan single berjudul Perjalananku Ke Langit.

Selepas sesi menonton, dalam jam 11.30 malam macam tu, semua tetamu eksklusif dan media berparty pula di House Restoran. Keseluruhan event Malam Gala Rock Oo memang happening. Semua hadirin masih lagi terbayang-bayang beberapa scene yang lawak dan disampaikan dengan mesej sinikal yang ‘dalam’ maksudnya oleh pengarah Rock Oo, Mamat Khalid.

Filem Rock Oo akan berada di pawagam mulai 28 Februari ini dan ini bermakna tinggal 2 hari je lagi. Budiey rasa, ramai yang excited dan tertunggu-tunggu untuk tonton filem ni, tak gitu?

Malam Gala Rock Oo

Awi Rafael pun hadir. Nas Ahmad pula bertugas sebagai emcee pada malam tadi. Patutlah happening.

Malam Gala Rock Oo

Malam Gala Rock Oo

Zul Kapan

Malam Gala Rock Oo

Amy Mat Piah & Slash

Malam Gala Rock Oo

Malam Gala Rock Oo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rita Rudaini Nafi Pernah Minta Cerai

Rozita Che Wan dan Zain Saidin Bakal Nikah Julai 2013