in

Malam Gala Amal Kaseh Bersama Hetty Koes Endang

MALAM GALA AMAL KASEH BERSAMA HETTY KOES ENDANG

MALAM GALA AMAL KASEH akan diadakan pada 25 Mac ini di Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur Jalan Conlay dan akan menampilkan penyanyi hebat dari tanah seberang iaitu Hetty Madewy Endang atau lebih di kenali dengan nama HETTY KOES ENDANG. Beliau telah berada di persada seni semenjak tahun 1972 sehingga lah kini. Kemerduan suara beliau telah banyak memukau setiap pencinta seni, khususnya bidang seni suara di rantau ini.

Tarikh : 25 Mac 2012 [ Ahad ]
Tempat : Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur Jalan Conlay
Jam : 7.30 malam

Penganjur : FLEET EVENT SDN BHD

Nama Penganjur : Hajjah Amizan Hamid / Haji Abd Halim Jamaludin

Hetty_Koes_Endang

FLEET EVENT SDN BHD syarikat sepenuhnya milik Bumiputra dengan kerjasama LIFE RECORDS, KOPETRO TRAVEL & TOURS dan ROYALE CHULAN HOTEL KUALA LUMPUR akan mengadakan MALAM GALA AMAL KASEH BERSAMA HETTY KOES ENDANG di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada 25 Mac 2012 [Ahad] jam 7.30 malam. MALAM GALA AMAL KASEH ini di laksanakan atas dasar tanggung jawab dan sifat keperihatinan didalam membantu insan-insan lain terutama Kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Pilihan Rumah/Persatuan untuk diberi sumbangan telah dipilih dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan berkonsepkan 1 MALAYSIA.

Nama-nama Persatuan/Rumah adalah seperti berikut:

a] Persatuan Kebajikan Rumah Perlindungan Teratak Nur Insan – Setapak
b] Tara Foundation – Jalan Ipoh
c] Pusat Jagaan Kanak-kanak Darul Quran PERKIM – Sungai Besar
d] Rumah Kebajikan Anbu ILLAM – Ulu Klang
e] Rumah Anak Yatim Miskin Saidati Khadijah – Gombak
f] Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah – Jalan Cheras

MALAM GALA AMAL KASEH ini akan menampilkan penyanyi hebat dari tanah seberang iaitu Hetty Madewy Endang atau lebih di kenali dengan nama HETTY KOES ENDANG. Beliau telah berada di persada seni semenjak tahun 1972 sehingga lah kini. Kemerduan suara beliau telah banyak memukau setiap pencinta seni, khususnya bidang seni suara di rantau ini.

Bertemakan KASEH, pada MALAM GALA AMAL ini Hetty akan mengalunkan lagu-lagu hit seperti Kaseh,Berdiri Bulu Roma Ku,Hati Lebur Jadi Debu, Melodi Perpisahan, Tak Ingin Sendiri, Demi Cinta Ni Ye dan banyak lagi untuk menghibur para dermawan dan tetamu jemputan. Komposer musik yang terkenal iaitu YBhg Dato’ Ramli MS telah berbesar hati untuk menjadi Pengarah Musik pada malam tersebut.

Meja makan MALAM GALA AMAL KASEH BERSAMA HETTY KOES ENDANG ini boleh ditempah dengan harga RM5,000 [10 orang] dan RM3,000 [10 orang].

TEMPAHAN dan keterangan lanjut boleh dibuat melalui talian hotline 016 9755292

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

John Mayer To Take Indefinite Hiatus From Live Performing

Review Hotel Santika Pandegiling