Maizawati Tidak Mahu Jadi Pengacara
Maizawati menafikan dirinya akan bergelar seorang pengacara tidak lama lagi.
SEPERTI yang diketahui, Maizawati Zainal, 33, pernah memberitahu yang dia merupakan surirumah ketika ditemubual dalam program Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 baru-baru ini.

Memandangkan dia tidak mempunyai pekerjaan, ada sumber mendakwa isteri penyanyi dan pendakwah Akhil Abdul Hai atau Akhil Hayy, 40, ini akan ditawarkan bergelar pengacara TV di salah sebuah televisyen swasta tidak lama lagi. Ditanya kepada Maizawati atau mesra dengan panggilan Maiza ini berhubung hal itu, dia bagaimanapun menafikannya.
“Saya tidak pernah mendapat tawaran atau hadir ke ujibakat untuk bergelar pengacara TV. Jika diikutkan, saya juga tidak mempunyai bakat dalam bidang pengacaraan, jadi bagaimana saya boleh hendak menceburi bidang itu,” ulasnya menjawab dakwaan itu ketika di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh semalam.
Jelas Maiza yang bukan berniat untuk membangga diri tetapi sebaliknya menjelaskan keadaan sebenar: “Kalau nak tahu, saya pernah ditawarkan untuk menjadi pelakon, pengacara dan model sejak berada di sekolah menengah lagi tapi waktu itu saya tolak sebab tidak berminat.
“Kalau betul saya nak ceburi bidang ini, dah lama saya buat dan bukannya sekarang. Lagipun, saya lebih suka bekerja di belakang tabir. Sebelum ini, saya pernah membantu Abang Akhil membuat kerja belakang tabir dalam program Cafe Akhil Hayy.”
Maizawati menjelaskan, jika berpeluang dia akan mempertimbangkan cadangan untuk bekerja dalam industri ini itupun jika karier itu tidak menganggu perjalanan hidupnya dengan anak-anak.
“Apa-apa pun saya mahu lebih utamakan anak-anak dahulu. Jika perkara itu tidak menyusahkan mereka, Insya-Allah saya akan pertimbangkan,” ujarnya sambil tersenyum. [sumber]
Tags: Berita
Tags: BeritaClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





June 4th, 2009 at 9:09 am
Wah!…kalau betullah Maiza ni jd pengacara tv…mesti gempak & meriahlah nnt ya…tunggu & lihat jela…
June 4th, 2009 at 9:34 am
bagus juga sekurang2 maiza cari rezeki utk anak2 ialah takkan nak harapkan suaminya tu mana lah tau si waheda control “suaminya”, maiza teruskan hidup anda
June 6th, 2009 at 10:46 am
Insyallah…tuhan berikan kekuatan pada sang isteri yang teranaiaya oleh suami
June 13th, 2009 at 6:44 am
bagus juga kalau jadi pengacara…..tapi kalau masih jadi isteri mesti mendapat izin dari suami………barulah dikatakan isteri solehah…..
June 30th, 2009 at 8:00 pm
ermm..entah lah..aku pun tak tau..memang patut ker pekara mcm ne berlaku.sedangkan ahkil hayy adalah ustaz..tpi tak pe.setiap manusai ada ujian..dan aku gak tahu..Allah swt sengaja menguji Akhil hayy begini..sabo je lah ustaz.kita tawakal..ingat! bila mana sebuah rumah tangga itu tercipta dan dalam rumah tangga tu berlaku perceraian maka tiang arasy juga akan bergegar..aku penah baca sumber ne..maka fikir2kanlah..apapun tu hal korng..aku tak tau..doa jer aku kirim tuk korang..sabo yer..
August 7th, 2009 at 12:02 am
percaya dgn kata-kata maiza.
percaya juga dgn peribadinya.
sagt faham dgn perasaan pepuan begini. bukan sumer pepuan mcm dia. tp dia contoh pepuan sabar tapi tak mudah mengalah bila kecewa
moga2 dia melalui jalan yg mudah
August 20th, 2009 at 7:19 pm
hatiku memang geram dengan waheeda cuba menafikan last-last kahwin. Ini masa dia , sok lusa kita lum tau
August 24th, 2009 at 5:52 pm
Gambar kak mai senyum lepas cerai melambangkan betapa happy nya bercerai dengan ustaz haprakkk tu…..
Tahniah kak……. Keputusan yang sangat bijak
October 17th, 2009 at 12:04 am
Nasib baiklah program Cafe Akhil Kayy dihentikan. Aku malu nak tengok … dah tak relevan….
February 19th, 2011 at 5:44 am
Cafe Akhil Hayy is back… Masyarakat dah tahu sape betOl sape salah..sekarang x0\-wife ust Maiza dgn laki baru pun dah tak tinggal serumah..!