in ,

Loudness, Search, Slank & Rusty Blade Bergabung di Konsert Thunder In The East

[dropcap]E[/dropcap]mpat band terbesar Asia iaitu Loudness, Search, Slank dan Rusty Blade bergabung meletop kebaboom bakal beraksi di atas satu pentas dalam satu konsert Thunder In The East 2013 pada 30 Jun depan jam 8 malam anjuran Clockwork Events Malaysia.

Nampaknya, sejarah magis dua tahun lalu berulang kembali tapi kali ini skalanya lebih besar. Itulah, peluang ini datang sekali sekala untuk band Search berkongsi pentas bersama band heavy metal dari Jepun yang bertaraf antarabangsa itu.

Konsert Thunder In The East

Pengarah Clockwork Event Malaysia, Shamil Yusof berkata, gabungan empat band Asia ini menjanjikan kehebatan muzik heavy metal dan rock & roll era 80-an yang tidak pernah padam.

“Ia bukan angan-angan lagi dan empat band tersohor ini bakal beraksi di konsert yang bakal bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Nama konsert ini juga diambil daripada judul album kelima Loudness yang diterbitkan pada 1985,”

Tambahnya, pemilihan Search dalam konsert ini bertepatan dengan status mereka sebagai band rock nombor satu negara.

“Search akan berkongsi nostalgia dengan lagu-lagu era 80-an dan hanya boleh membawakan lagu-lagu dari album kelima mereka iaitu Karisma ke bawah. Maksudnya, selain Karisma, mereka akan membawa lagu dari album Cinta Buatan Malaysia, Langit dan Bumi, Mentari Merah Di Ufuk Timur dan Fenomena yang diterbitkan pada tahun 1985 hingga 1989.”

Amy, vokalis handalan Search teruja dan tak sabar untuk bertemu dengan kumpulan yang cukup gempak seantero dunia itu.

“Loudness menjadi idola Search sejak dulu lagi. Malah kami sering membawakan lagu mereka ketika menyanyi di kelab. Peluang untuk berduet dengan Minarou dua tahun lalu macam mimpi, saya sendiri tak pernah bermimpi dan tak pernah terfikir untuk dapat peluang macam ni.”

“Search memang merancang sesuatu yang istimewa antara Search dengan Loudness pada konsert kali ini. Kalau nak tahu apa gimiknya, kenalah datang tengok di konsert ini nanti. ”

Untuk senarai lagu di konsert ini nanti, Search akan membawa penonton bernostalgia dengan lagu popular mereka dari album pertama hingga kelima.

VIDEO: Search & Loudness di Thunder In The East 2013 Concert  

Bagi Pengarah Projek, Iman Tang, berkata, Konsert Thunder In The East akan menjadi sebuah konsert hebat mengatasi konsert pertama Loudness pada kunjungan pertama dulu. Respon dari Loudness sangat baik. Mereka gembira dan bersetuju untuk perform tambahan pula dengan Search. Siapa tak kenal kan? Untuk band lain pula, pihak penganjur menghantar profil kepada Loudness, ternyata mereka juga gembira dengan gandingan yang dicadangkan.

Loudness ditubuhkan pada 1981 mula dikenali selepas menghasilkan album Inggeris pertama berjudul Thunder In The East pada 1985. Loudness dianggotai Minarou Niihara selaku vokalis, Akira Takasaki (gitar solo), Masayoshi Yamashita (bass) dan pemain drama baru, Masayuki Suzuki atau lebih dikenali sebagai pemain Ampan menggantikan pemain dram asal, Munetaka Higuchi yang meninggal dunia akibat barah hati pada 30 November 2008.

Sementara itu, band Slank dan Ruste Blade daripada Indonesia dan Singapura adalah populariti kedua-dua band tersebut di negara masing-masing.

Gabungan empat band lagenda ini bakal mengegar dan mengubat kerinduan peminat-peminat rock tempatan.

Tiket boleh didapati di www.tiketpro.com.my atau hubungi 0378807999.

Pembelian awal bermula 10 Mei hingga 31 Mei akan mendapat diskaun sebanyak 10 peratus. Tiket berharga daripada RM138 hingga RM888. Manakala info maklumat tentang konsert boleh didapati dengan melayari: www.clockwork.my

Konsert Thunder In The East

Konsert Thunder In The East

Konsert Thunder In The East

Konsert Thunder In The East

Konsert Thunder In The East

Konsert Thunder In The East

Konsert Thunder In The East

RUSTY BLADE 2

Rusty Blade

SEARCH

Search

LOUDNESS

Loudness

PROFIL PENGANJUR

Puzzleworks

– Sebuah syarikat pengurusan acara dan konsert sepenuhnya yang beroperasi sejak 2010 di Kuala Lumpur. Kami mementingkan ketelitian dan mengambil pendekatan ‘tema ekstrim’ untuk menghasilkan pengurusan acara yang berkualiti.

Inderacorp Ventures Sdn Bhd

– Syarikat pengurusan acara yang beroperasi sejak 2003 dan banyak memberikan perkhidmatan kepada pelanggan korporat. Ia menawarkan kepakaran teknikal dalam bidang penyiaran dan produksi dalam dan luar negara.

Clockwork Events

– Cukup sinonim dengan penganjuran konsert-konsert rock berkualiti di Malaysia. Dengan pengalaman luas dalam acara penyiaran, persidangan tekninal dan acara hiburan, Clockwork berusaha membawakan konsert rock terbaik buat penonton.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nasihat Anzalna Nasir Kepada Sharifah Sakinah

Infiniti Cinta Single Terbaru Kaka Azraff & Zizan Razak