in ,

Nasihat Anzalna Nasir Kepada Sharifah Sakinah

Anzalna Nasir harap Sharifah Sakinah mengambil iktibar dan pengajaran terhadap perbuatannya memuat naik video apabila mendapat cemuhan dan kritikan masyarakat. Kata Anzalna, biarpun sekadar untuk bergembira, namun dia perlu memikirkan kesan yang bakal diterima sebelum memuat naik apa-apa juga video di laman sosial.

Sharifah Sakinah

“Kami memang tidak sangka ia jadi bahan cemuhan kerana ia dibuat secara suka-suka dan Sakinah memuat naik di laman sosial Keek kepunyaan saya. Selepas ini saya harap dia lebih berhati-hati dan fikir dulu akibatnya sebelum melakukan sesuatu perkara, ia jadi pengajan bukan sahaja kepada dia tetapi pada saya juga.”

Anzalna berkata demikian ketika diminta mengulas tentang video yang dimuat naik oleh pelakon Sharifah Sakinah di laman sosial milik Anzalna. Video tersebut mencetuskan kontroversi apabila pelakon Bunga Merah Punya itu dalam keadaan berselimut dan dilihat sebagai sengaja mencari publisiti murahan. Kata Anzalna, kejadian tersebut dilakukan ketika mereka sedang berehat dari penggambaran drama Orang Gaji IQ, minggu lalu.

“Penggambaran tersebut disebuah rumah banglo dan ketika itu hanya ada mekap artis dan beberapa orang krew wanita dan kami sekadar bergurau-gurau sahaja. Sakinah memang seorang yang terlalu gila-gila dan dia tidak fikir perkara itu akan beri kesan dia sendiri.”

Tambahnya, dia menghapuskan video tersebut selepas menyedari ia dikritik teruk dan telah disebarkan di internet. Bagaimanapun, Anzalna menyifatkan Sakinah sebagai seorang yang suka bergurau sehingga tidak sedar apa yang dilakukannya.

“Saya suka berkawan dengan Sakinah, dia seorang yang gila-gila dan tidak palsu. Dia suka bergurau, cuma gurau dia kadang-kadang terlebih hingga merosakkan namanya,” katanya.

Sumber: Mstar Online

anzalna

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pengakuan Tasha Shila Tentang Hubungan Dengan Mahali Jasuli

Loudness, Search, Slank & Rusty Blade Bergabung di Konsert Thunder In The East