Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)













[ Iklankan Produk & Website anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Lirik Separuh Masa - The Lima

Sebuah lagu terbaru daripada Juara Gangstarz, The Lima berjudul Separuh Masa ini begitu hangat diputarkan di corong-corong radio. Rentak yang rancak, catchy, santai dan meriangkan disempurnakan dengan lirik yang begitu kreatif, terus terang dan unik digarap indah oleh komposer Edry KRU. Mengikut interpretasi yang dibuat oleh Kakak Tua di Mstar Online, intipati cinta terlarang atau part time lover dalam lagu ini disasarkan kepada golongan dua alam atau dalam erti kata lain pasangan gay.

Setelah diamati lirik lagu ini untuk kedua kalinya, seperti ada kebenaran interpretasi kedua ini. Namun, kalaulah benar sekalipun, tidak ’salah’ rasanya kerana kaum ini juga seperti manusia normal biasa ingin diiktiraf kewujudan mereka seperti yang selalu dapat kita lihat dalam banyak drama dan rancangan hiburan kita.

Kesimpulannya, lirik ‘Separuh Masa’ berada di dalam kategorinya tersendiri dan berjaya membuka minda kita untuk berfikir. Pengertian yang berbeza-beza ini juga seakan satu kejayaan dan ‘pengiktirafan’ agar kita keluar dari pemikiran kita yang ’sempit’ dan jumud, agar membicarakan kisah cinta dua alam ini dengan fikiran yang lebih terbuka.

Sememangnya kewujudan umat saki baki Nabi Luth ini dalam habitat industri hiburan tidak dapat dinafikan. Bertambah meriah industri kita apabila diserikan dengan golongan ‘lembut’, mak nyah, gay mahupun bi-seksual yang naluri mereka tersongsang dan tersepit di antara wanita dan lelaki ini.  

Jom dengar lagu Separuh Masa di sini:

Dulukan telah diberitahu
jangan menganggu di hujung minggu
nanti dia akan tahu
rahsia engkau dan aku

Kita sudah sama setuju
berjumpa hanya bila perlu
kerana kita sudah punya teman istimewa

Korus:
Kuhanyalah kekasih separuh masa
separuh lagi cinta untuk dia
janganlah kau meminta lebih dari itu

Kuhanyalah kekasih separuh masa
dari Isnin sampai Jumaat saja
jangan pula kau mengharap
berdampingan selalu denganku

Jika kau tak terima khabar
bererti dia ada di sini
jangan gatal meninggalkan pesan
curiga dia nanti

Tak perlu kata-kata manja
itu sudah sering kudengar
dari dia yang masih tidak tahu
adanya dirimu

Ku akui ada sesuatu antara kita
tetapi kutahu bukan seperti biasa

(Edry/ KRU Publishing)

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

gambar the lima

foto the lima indonesia
kredit foto: Alongarts.com

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Faradhiya Perampas Suami Orang?
  • Album Baru The Lima Taura, Bony dan Arif Lebih Mengancam?
  • Keputusan Muzik-Muzik Separuh Akhir Kategori Irama Etnik Kreatif
  • Lirik Lagu Kau Ada Dia - The Lima
  • Lirik Lelaki Ini Anuar Zain Lagu Terbaru Anuar Zain
  • SEPARUH AKHIR RENTAK JUARA RHYTHM OF CHAMPION RTM1
  • The Lima Juara Pertama Gangstarz TV3
  • Ulasan Muzik-Muzik Separuh Akhir Kategori Balada
  • Konsert Akhir Gangstarz TV3: Flava, The Lima, Infinatez, Mendua?
  • Album Terbaru Siti Nurhaliza Hadiah Buat Hati Disember Ini!



  • 40 Komen untuk entri “Lirik Separuh Masa - The Lima”

    1. mira kata:

      rentak lagu nie best…..!!!

    2. ira kata:

      pandai edri cipta lagu…best lagu ni

    3. yatie kata:

      Lagu nie BEST GILER….Tahniah EDRY KRU….lagu ini membawa maksud dari persepsi berbeza2 bergantung pada suasana sesuatu peristiwa….

      Well done Tha Lima…..

    4. putry kata:

      best giler lagu ni..tapi sedih sangat coz lagu ni sama dengan situasi putry…

      *dari dia yang masih tidak tahu
      adanya dirimu*

    5. KALCHA.COM kata:

      terima kasih kepada semua peminat-peminat kumpulan the lima.
      add di myspace dan friendster…jumpa anda disana.
      kalcha.retail@gmail.com

    6. RINA kata:

      Great song!! Tergamam gak at first.. Betul2 terkena batang hidung sendiri beb…. Great job guys!!

    7. husna mohamad kata:

      mmg bst gila..xpernah sy dgr lgu sebaik ini.ckup dgn erti percintaan yg sebenar…sy sndr smpai teruja mendgrnya…alagkh baiknya jika sy dpt berduet dgn kumpln ini.

    8. otai kata:

      lagu biasa je…blh bg 45 dari 100

    9. lynn kata:

      tahniah edry!!!!!!
      lgu nie sgt memikat hti rmja msa kini…..
      i luv this song…
      the lima mmg bez…

    10. gondol seman.mokk kata:

      rock lah sikittt ……………………………………………………..

    11. fyza kata:

      lgu ni bessttttt gilehh!!!!!!!1st dgr this song da tau kne btg idong..remaja zman skrg cmfrm pyerlh penah rasa perasaan ni…..mmg best……

    12. ieRra kata:

      Bestnya lgu nie semoga kwn2 terhibur lgu nie

    13. fatin kata:

      seronoknya lagu ini!!!!

    14. anis kata:

      mmg best bangat pun lirik lgu nie!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

    15. ain_nia kata:

      muzik best tp wording tak elok utk kesihatan.. hheheh…

    16. BEDAHGEBU kata:

      PADA PENAMATAN AKAK LA KAN…LIRIK LAGU NI BERBUNYI CURANG, DAH ADA KEKASIH…TAPI ADA LAGI KEKSAIH SEPARUH MASA. KALAU ABG SAMEON CURANG DGN SI FASHA LATISHA SENDA, AKAK CILIKAN DIA DGN CHILI KIMBALL SATU BOTOL HEH HEH HEH

    17. ada nama kata:

      wah…dah mcm kaitkan artis sorang tu pulak? jaga la laki sendiri…nanti kena batang hidung sendiri…padan muka

    18. ain_nia kata:

      blom jemu lg denga lagu ni… hakikatnyekan mmg ramai yg ada kekasih separuh masa nih… baik lelaki atau pun pompuan… baik bujang mahupun yg dh kawin… ntah la…

    19. BEDAHGEBU kata:

      MCM NI LA ada nama ( EHH…BETOL KER KO NI ADA NAMA? KALAU ADA, NAPE X LETAK NAMA? MEMANG PON SEMUA ORG ADA NAMA…TAPI APA? SIAPA NAMA TUH? ), AKAK NI TAU LA JAGA ABG SAMEON TUH…TOKSAH LA EKAU SUSAH2 YA ( KECUALI KALAU KO NAMPAK BENDA TU HAPPEN MCM MANA2 ARTIS YG LUPA DIRI TUH…BARU LAH EKAU TEGOR OK ). AKAK KAT SINI BUKAN NAK BUROKKAN SESIAPA…KALAU AWAK PERASAN…AKAK X PORONAH GUNA AYAT KESAT ATAU KASAR…KALAU ADA BONDA AKAK NAK TEGOR PON…AKAK BERLAPIK DGN BERSELOROH.

    20. serena kata:

      mmg x jemu dengo lagu nie wlu berulang kali….
      lagu nie ttp no 1 di hati tetapi lagu2 datin seri hjh siti nurhaliza ttp di hati dan di ingatan selama2nyer….
      cayo!! cayo!! the lima =)

    21. Anonymous kata:

      xcLLy lgu nEyh x besT cam lgu buRoNan cinTa..kaLo bLeh Wat laRh lyric buRoNan cinTa..

    22. yidrusz kata:

      kalau nk lagu buronan cinta cari kat page ni..

      http://ed85.bolehjer.com/blog

    23. el kata:

      lagu ini sungguh membosankan!lagu menjaga hati lagi best!

    24. beatrice kata:

      muka kumpulan the lima x handsome!macam monyet!lagu pun tak best dan tidak memuaskan hati!best lg lagu (menjaga hati)FAHAM!sy harap the 5 akan kecundang akhirnya!sy sokong akan kata2 el!!!…………………………………………………………………………………………………………………………………!puan ngan!

    25. lady_carlorino kata:

      Kalau tak suka tengok dan dengar, tutup jelah mata dan telinga tu.. tak payah sampai nak kutuk2 dan menyamakan muka diorang macam monyet!!!

    26. niena kata:

      best bgt sih lgu ni……………….taura,i lurve u………….cute bgt de lo………..muah……………

    27. niena kata:

      tringin nk dgar lgu buronan cinta………..

    28. haza kata:

      fikirkan yang positif!!

    29. anna kata:

      hai, kumpulan the lima saya memang minat kat kumpulan abang2 semua.abang semua nie tinggal kat indonesia kat mana?

    30. ezaty kata:

      kumpulan the lima,sy ska sgt lagu2 awk sume…bes gler!

    31. isa kata:

      lagu ni best giler…………………..

    32. athen 90 kata:

      best jugak lagu ni….i sokong bbnyk….
      i like……..

    33. athen 90 kata:

      alamak terlebih sudah………..

    34. athen 90 kata:

      ada sesiapa????????????????????

    35. eastgirlparkway kata:

      lagu ni memang best… congratulation to KRU!!!!!!!!!! i minat kat lagu ni untill my boy friend kata i da kemaruk dan lirik lagunya…. akan tetapi jalan cerita dalam lagu tu menarik…
      sbb usually lelaki yang di kaitkan dengan cinta kasanova ni… tapi xramai perempuan yang main2 kan cinta yang bnyaknya kaum lelaki…

    36. winey kata:

      lagu ni best………aku suka bangat sama penyanyinya….so mature with stail…luv u alll THE LIMA

    37. lovebud kata:

      sape yg drop komen yg kate kita takleh jumud, kena open minded pd golongan songsang mcm gay,lesbian,mak nyah?org tu jgnla menunjukkan kebodohan dan kejahilan dia dlm agama islam..opps..ke dia kafir?tp kalo islam2 hrp2 bertaubatla cpt2 yer.mati tak sempat taubat nnt xleh nyesal dh.hubungan songsang terang2 diharamkan dlm al-quran.jgn putar belitkan fakta.kpd yg berkenaan, insaflah..mmg kubur lain2 tp kita sesama manusia kena saling menasihati..

    38. Nana_Ratna kata:

      The 5 memang best.Cuma satu je….saya harap Bonny yang rambut kerinting tu,potonglah rambut pendek.Tentu nampak lebih Handsome….. Betul tak?Saya minat The 5 coz mereka menyanyi penuh perasaan….
      Best giler…

    39. lakess.. kata:

      dah nama pun komen..biala orang nak kata apapun.macam monyet ke,apa ke..dah itu pendapat dia.kalo tak suka tak payah la baca…

    40. PRINCESS kata:

      the 5 mmg best giler……..pa pun syabas la kat korang yang tlah berjaya k…..

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET