in

Biodata & Profile Jaclyn Victor

Jaclyn d/o Joshua Thanaraj Victor atau lebih dikenali sebagai Jaclyn Victor atau lebih mesra dipanggil Jac, 29, dilahirkan pada 4 Disember 1978 dan berasal dari Kuala Lumpur. Dilahirkan di Kepong. Anak sulung daripada empat beradik ini mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Taman Ehsan, Kepong. Satu sekolah dengan kawan Budiey, Rizal. Ketika beliau berusia 9 tahun, ayahnya meninggal dunia dan ibunya terpaksa bekerja untuk menyara adik beradik sekeluarga. Di usia 18 tahun, Jaclyn terpaksa bekerja menyanyi di kelab dan hotel untuk membantu masalah kewangan yang membebani keluarganya.

Dengan sokongan rakan-rakan dan keluarga, Jac dan kawannya Ravi the Rat telah merakam sebuah album yang berjudul Dream. Lagu dan lirik dibuat bersama Jac dan Ravi. Pengalaman ini menjadi Jac lebih matang dari segi vokal dan seni suara dan menganggapnya sebagai kolej muziknya.

Menyertai Malaysian Idol pada 2004 sekali gus dinobatkan sebagai juara pertama program realiti TV berkenaan. Lagu Gemilang pernah menjadi juara Carta Hits 1 musim kedua pada 2005 dan Jac pula memenangi kategori Persembahan Terbaik. Memenangi anugerah emas ketika menyertai Shanghai Music Festival pada 2005 dan mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-20 (AJL20) dan menang kategori Balada, kedua-duanya menerusi lagu Gemilang. Dia juga pernah bergelar Penyanyi Wanita Terbaik pada Anugerah Planet Muzik 2006 di Singapura. Menerusi Anugerah Industri Muzik 13, Jac memenangi empat kategori sekali gus iaitu Artis Baru Terbaik, Album Pop Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Terbaik, kesemuanya menerusi lagu dan album Gemilang.

Album Inilah Jac telah dilancarkan pada 25 Ogos 2006. Lagu Cepat-Cepat menjadi antara lagu popular yang berkumandang di radio-radio dan menjadi lagu tema untuk drama sitcom Fara di TV3. Pada tahun 2007, Jaclyn berjaya menerima anugerah Persembahan Vokal Terbaik Wanita dalam Album. Lagu Satu Harapan dendangan Jac juga menjadi lagu tema untuk drama Akasia popular masakini, Manjalara di TV3.

Terbaru, Jac telah mewakili Malaysia dalam Ikon Asean kategori solo. Namun, Jac tidak berjaya merangkul gelaran tersebut. Kesian…

Sumber: Jac Wikipedia

[tags]Jaclyn Victor, Jac, gambar jaclyn victor, biodata jaclyn victor, profile jaclyn victor, gambar perkahwinan jaclyn victor, pertandingan nyanyian, OIAM, photo jaclyn victor, tunang jaclyn victor, gambar jaclyn victor kahwin, kepong, kuala lumpur, malaysia, Maggie, ravi the rat, album dream jaclyn victor, lirik satu harapan, lyric jac songs, profil jaclyn, download mp3 jaclyn victor, muatturun lagu terbaru jaclyn, malaysian idol winners, 8TV, TV3, biodata roslan aziz, gambar anak fauziah latif, mizlia, gambar paul moss, Chaka Khan, Nikki, Dina, Saiful malaysian idol, lagu gemilang jac, best ballad songs, juara lagu 2007, rtm, inilah jac album download, produk digital album, unlimited music hotlink, mount buller, juwita suwito, gambar seksi jaclyn, fara fauzana, gambar fara fauzana, manjalara drama, drama akasia tv3, sinopsis manjalara, penamat manjalara, sheila rusly manjalara, apm, anugerah planet muzik 2007, ikon malaysia, ikon asean, sabul, blogspot sabul, gambar sabul, video sabul, youtube video klip lagu jac, agnes monika, jaklin viktor, jeklin vikter[/tags]

gambar jaclyn victor

gambar jaclyn ikon asean malaysia

gambar cover album jaclyn

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Separuh Masa – The Lima

Ulasan Filem Kayangan: Cinta Dua Darjat Luar Biasa?