• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Langgan Indo Pek Astro Hanya RM12

0
  • by Budiey
  • in Astro
  • — 8 Jul, 2011

BROADWAY MEDIA SDN BHD BAWA HIBURAN INDONESIA TANPA HENTI
KE PLATFORM ASTRO MELALUI DUA SALURAN DEDIKASI; BINTANG & PELANGI

Indo Pek mampu dimiliki dengan hanya RM12.00!

Astro terus memberi pilihan kepada pencinta kandungan 100% TV dan filem Indonesia melalui pakej premium terbaru; Indo Pek yang akan ditawarkan dalam dua saluran dedikasi dengan harga yang amat berpatutan; RM 12.00 sebulan selama 24 jam sehari.

Pembekal kandungan; Broadway Media Sdn Bhd dengan kerjasama syarikat penyiar Astro membawakan saluran Bintang (saluran 141) dan Pelangi (saluran 142) yang akan disasarkan kepada golongan keluarga terutamanya kepada pelanggan pakej Mustika yang sedia ada.

Saluran Bintang akan menayangkan program-program TV yang meliputi kandungan popular dari pasaran Indonesia yang menyentuh muzik, drama, hiburan, berita dan variasi. Manakala saluran Pelangi pula akan menayangkan filem-filem dari zaman tujuh puluhan sehingga filem-filem terbaru Indonesia termasuk yang disediakan khas untuk kandungan TV.

INDOPEK 001

Pelakon dan artis terkenal Indonesia seperti Acha Septriasa, Baim Wong, Leny Marlina dan Alvin Adam dari program bual bicara Just Alvin telah diterbangkan khas dari Indonesia bagi memeriahkan lagi majlis pada hari ini.

Turut hadir pada majlis sidang media pada petang ini ialah Pengerusi Broadway Media Sdn Bhd; Yang Berbahagia Datuk Syed Ahmad Khalid bin Syed Mohammed dan Presiden Perniagaan Melayu Astro; Encik Khairul Anwar Salleh.

Menurut kata Datuk Syed Ahmad Khalid Bin Syed Mohammed, Pengerusi Broadway Media Sdn Bhd, diantara tujuan menyediakan pakej ini adalah sebagai memenuhi citarasa pelanggan yang meminati sajian program dari indonesia dan ingin menikmati lebih banyak lagi jenis rancangan daripada apa yang telah disediakan di saluran saluran telivisyen tempatan dan di astro pada masa ini.

justeru adalah difikirkan lebih baik dari segi fokus dan pemantapan penyajian jika rancangan indonesia dipelbagaikan dan di sediakan di dalam satu pakej yang khusus untuk menepati citarasa pelanggan.

saya percaya dengan adanya pakej indo pek dan kedua saluran tersebut, ia akan mendapat sambutan yang baik oleh penonton dan kita yakin pengisian rancangan akan memenuhi kahendak seluruh golongan penonton.

Encik Khairul pula mengulas, “Seiring dengan komitmen Astro untuk memberikan pengalaman menonton yang terbaru dan tiada bandingnya kepada para pelanggan, pelaburan dan kerjasama dengan syarikat pembekal seperti Broadway Media Sdn Bhd ini dilihat sebagai salah satu cara bagi kami untuk memperluaskan pilihan kandungan. Perhubungan rangkaian yang kukuh dengan syarikat pembekal ini juga telah mengukuhkan lagi usaha bagi memenuhi kehendak tempatan dan dalam masa yang sama tidak mengenepikan hasrat utama kami iaitu menyuntik elemen tempatan dalam program-program yang disiarkan.”

Selaras dengan komitmen Astro untuk memenuhi kehendak tempatan, progam-program yang akan bersiaran di kedua-dua buah saluran ini akan mempunyai sari kata Bahasa Malaysia untuk menarik lebih ramai lagi penonton.

Bagi memberikan gambar sebenar tentang dua saluran dedikasi yang dijangka akan menarik perhatian pencinta kandungan 100% filem dan TV Indonesia, semua pelanggan Astro berpeluang untuk menonton dua saluran tersebut; Bintang dan Pelangi secara PERCUMA selama sebulan bermula pada 16 Julai 2011 sehingga 14 Ogos 2011.

Pakej Indo Pek yang disasarkan akan mendapat sambutan yang sama hebat dengan pelanggan sasaran dari pakej Mustika sedia ada boleh mula dilanggan dari 15 Ogos 2011 melalui dua cara:

1. SMS ke 32888 dengan menaip INDO PEK nombor akaun. Caj standard akan dikenakan.

2. Telefon Astro di 1-300-82-7777

Sehingga hari ini, pelanggan Astro mempunyai pilihan 146 buah saluran pelbagai bahasa dan genre program antarabangsa mahupun tempatan termasuk acara sukan global dan tempatan terbaik, 24 jam sehari. Astro terus komited untuk mengekalkan harga bagi Pek Famili pada harga RM37.95 sebulan (atau hanya RM 1.30 sehari) untuk akses ke 38 buah saluran.

Astro terus meningkatkan mutu produk dan perkhidmatannya bagi memastikan para pelanggan dapat menikmati hiburan tempatan dan global yang terbaik , pengalaman menonton yang mengasyikkan dan dalam masa yang sama mengekalkan bekalan hiburan di rumah pada harga yang berpatutan. Astro akan terus melabur dalam menyediakan produk dan perkhidmatan terbaru agar para pelanggan sentiasa mendapat pilihan, nilai wang, variasi dan kualiti yang terbaik.

INDOPEK 003

INDOPEK 002

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Acha Septriasaartis terkenalbaim wongcitarasaencik khairulfilem indonesiafilem terbaru indonesiahiburan indonesiakerjasamakhairul anwarkhasmampumarlinamenikmatimustikapada hari inipembekalperniagaansdn bhdvariasi

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Henry Golding Hos Without Boundaries Islands & Beaches
  • Next story Gambar Ning Baizura di Pelancaran Album & Showcase Dewa

ENTRI BERKAITAN

  • Ceria Popstar Terapkan Elemen Kerohanian 12 Jun, 2013
  • Aznil Nawawi Kekal Jadi Hos Clever Musim Kedua 18 Oct, 2011
  • Gambar Selebriti di Malam Penghargaan Masterchef Selebriti Malaysia 16 Jul, 2012
  • Sundance Channel Tayang Drama Popular The Hour 27 Mar, 2013

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • MAYA KARIN – BINTANG SYURGA

    Bintang Syurga
  • SEARCH

  • TERKINI

    • Muat Turun Aplikasi Rexona Move & Menang iPad Mini
    • Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • Betul Ke Faizal Tahir Digam oleh Media Prima?
    • Filem Dampak Bakal Ditayangkan Pada 19 September 2013
    • Photos World War Z Live In Sunway Lagoon
    • Peluang Kedua Buat Peserta Ceria Popstar Yang Tersingkir
    • Kemewahan Bali di Nusa Dua Beach Hotel & Spa
    • Ulasan Konsert Mega Bintang Trinity All-Star
    • Tarikan Hotel Naumi Liora di Singapura
    • Review The Magani Tempat Menyenangkan di Bali
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • konsert-mega-bintangUlasan Konsert Mega Bintang Trinity All-StarTuesday, June 18, 2013
    • linkinKonsert Jelajah Dunia 2013 Linkin Park Living Things Di MalaysiaMonday, June 17, 2013
    • sharifah-ainiSebab Kenapa Malam Amal Bersama Tiga Diva DitundaFriday, June 14, 2013
    • pesawatGood Vibes Festival 2013Wednesday, June 12, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Mistazam on:Gambar Emma Maembong di Anugerah Blokbuster 2
    • nura on:Najwa Latif Sambung Belajar di Unitar International University
    • muhammad aisy aniq nabihan bin ahmad fadzil on:Ujibakat Soccer Kids di TV3
    • muhammad aisy aniq nabihan bin ahmad fadzil on:Ujibakat Soccer Kids di TV3
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    22Jun2013

    G-Dragon World Tour: One of a Kind

    Dari 08:00 PM hingga 11:30 PM

    di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

    Find out more...

    23Jun2013

    Showcase Dayang Nurfaizah @ The Venue

    Dari 08:30 PM hingga 10:30 PM

    di The Venue, Pavilion KL

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Muat Turun Aplikasi Rexona Move & Menang iPad Mini
    • Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • Betul Ke Faizal Tahir Digam oleh Media Prima?
    • Filem Dampak Bakal Ditayangkan Pada 19 September 2013
    • Photos World War Z Live In Sunway Lagoon
    • Peluang Kedua Buat Peserta Ceria Popstar Yang Tersingkir
    • Kemewahan Bali di Nusa Dua Beach Hotel & Spa
    • Ulasan Konsert Mega Bintang Trinity All-Star
    • Tarikan Hotel Naumi Liora di Singapura
    • Review The Magani Tempat Menyenangkan di Bali
  • KALENDAR

    June 2013
    M T W T F S S
    « May    
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan Di Sini

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.