in ,

Gambar Ning Baizura di Pelancaran Album & Showcase Dewa

Walaupun tatkala ini, ramai yang risau dengan keadaan di Kuala Lumpur ekoran dari demonstrasi BERSIH yang dijangka berlangung esok, namun peminat-peminat Ning Baizura tetap membanjiri Zouk KL pada malam tadi. Banyak jalan yang akan ditutup dan KL dijangka akan mengalami kesesakan lalu lintas, tapi Budiey tengok jalan Ampang sangat lengang. Ini bermakna, peminat Ning Baizura yang mahu hadir, tak perlu risau dengan keadaan ini.

Selain dihadiri oleh peminat setia Ning iaitu Ning Clix & HappeNing, showcase dan pelancaran yang dianjurkan oleh syarikat rakaman dan edaran Universal Music Malaysia ini juga turut dihadiri oleh penulis blog dan media yang turut sama membantu mempromosikan album Ning.

Sekitar Pelancaran Album & Showcase DEWA Ning Baizura Part 1

Jam 8.30 malam, Ning Baizura memulakan persembahan dengan gimik yang menggunakan beberapa lelaki berotot besar seperti RAKSASA. Ya, Raksasa kan lagu di carta pertama album DEWA. Sesuai lah kan.

Tahniah buat Ning Baizura yang telah berjaya melancarkan album DEWA yang memuatkan 8 buah lagu yang Budiey rasa korang patut dengar kesemuanya. Bak kata beliau, semua lagu dalam album DEWA ada keunikan dan nilai, selera masa kini serta energetik tersendiri.

Seramai 20 orang pembaca budiey.com turut dijemput hadir secara eksklusif dan mereka yang hadir diberi album DEWA dan dijemput oleh Ning untuk menerima sehelai baju T eksklusif Ning DEWA.

Suasana masa opening rasa macam pertandingan bina badan pun ada. Tak caya tengok gambar ni. Ning Baizura diusung dari luar Zouk KL dan dibawa masuk ke pentas sambil menyanyikan lagu Raksasa.

Ning Baizura

Ning juga turut mengumumkan kepada hadirin yang dia akan ke USA bersama suami untuk menyaksikan persembahan penyanyi tersohor Celine Dion di mana ini adalah hadiah istimewa dari suami beliau.

Dress yang dipakai Ning Baizura direka oleh Rizman Ruzaini yang juga turut mencipta pakaian buat Ning semasa pengambaran video klip BILA. Konsep baju ala2 diva berinspirasikan glam dewa warrior. Warna simbolik gold dengan material sequin utk glam effect dengan PVC material persis besi atau perisai.

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

Ning Baizura

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Langgan Indo Pek Astro Hanya RM12

Tun Dr. Mahathir flies on AirAsia X Today