in

Lagu Raya Terbaik Dalam Album Oh My Raya

[dropcap]B[/dropcap]agi menghangatkan lagi suasana Aidilfitri untuk tahun 2013, KRU Music mengambil inisiatif dengan menerbitkan album kompilasi hebat yang membariskan lagu-lagu raya terhangat sepanjang zaman. Album kompilasi raya ini berjudul OH MY RAYA!.

Bersesuaian dengan judulnya, OH MY RAYA! membariskan 15 buah lagu-lagu raya kombinasi artis lama dan baru; dan terdiri daripada 10 buah lagu hit terdahulu, 2 buah lagu baru serta rakaman semula istimewa 3 buah lagu sempena sambutan Syawal pada tahun ini.

Diantara 10 buah lagu raya hit tersebut terdiri daripada “Salam Dunia” Dato M. Nasir, “Pulanglah” Aishah, “Nazam Lebaran” Dato’ Siti Nurhaliza, “Keroncong Di Hari Raya” Wings, “Ayah Aku Rindu Pada Mu” Mawi, “Hooray Raya” Aizat, “Hikmah Ramadhan” Rabbani, “Wal Hidayah” Mila, “Di Pagi Aidilfitri” Elite, dan “Aidilfitri Yang Mulia” dari Era 13.

Istimewanya OH MY RAYA! turut memuatkan 2 buah lagu raya terbaru yang berjudul “Erti Aidilfitri” (ciptaan Yusry and Norman) nyanyian KRU dan “10 Jari Aidilfitri” nyanyian Forteen yang mendapat sentuhan emas Edry Abdul Halim (penulis lirik dan pencipta lagu terkenal tanah air). Diselitkan juga rakaman semula “Raya” Dato Ac Mizal dengan penampilan Sepahtu, “Seloka Hari Raya” Qalam Band “feat” Rafidah Ibrahim dan “Suasana Hari Raya” Stellar Band “feat” Illa Sabry.

KRU Music turut menerbitkan video klip istimewa “Erti Aidilfitiri” KRU dan “10 Jari Aidilfitri” Forteen di bawah arahan Wa’an Hafiz yang telah pun dilancarkan secara digital di You Tube pada hari pelancaran album ini.

OH MY RAYA! merupakan album yang harus dimiliki umum bagi memeriahkan lagi suasana dan menceriakan lagi Aidilfitri anda bagi tahun 2013. Album ini boleh dimiliki di seluruh cawangan Speedy, Music Valley dan Rock Corner berhampiran anda bermula pada 5 Ogos 2013 dan dijual dengan harga RM19.90.

SENARAI LAGU OH MY RAYA

1. Erti Aidilfitri – KRU
2. 10 Jari Aidilfitri – Forteen
3. Raya – Dato’ Ac Mizal & Sepahtu
4. Seloka Hari Raya – Qalam Band & Rafidah Ibrahim
5. Suasana Hari Raya – Stellar Band & Illa Sabry
6. Salam Dunia – Dato’ M. Nasir
7. Pulanglah – Aishah
8. Nazam Lebaran – Dato’ Siti Nurhaliza
9. Keroncong Di Hari Raya – Wings
10. Ayah Aku Rindu Padamu – Mawi
11. Hooray Raya – Aizat
12. Hikmah Ramadhan – Rabbani
13. Wal Hidayah – Mila
14. Di Pagi Aidilfitri – Elite
15. Aidilfitri Yang Mulia – Era ‘13

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Game Return With A New Serial Killer

Menangi Hadiah Pelancongan Dengan My Dream Getaway Petronas