Lagu Konsert Akhir Akademi Fantasia 5
Senarai lagu-lagu untuk Konsert Akhir Akademi Fantasia 5:
- Ebi – Farhana (Jinbara)
- Aswad – Mata Hati Jiwa (Awie)
- Heliza – Boneka Cinta (D-Va)
- Mila – Cinta Pura-Pura (Ezlyn)
- Candy – Dedebu Cinta (Misha Omar)
Kita masih lagi menunggu senarai lagu baru yang belum dinyanyikan oleh mana-mana penyanyi. Seperti musim lalu, kita akan mendengar sejauh mana ketulenan atau keaslian suara finalis ini diukur melalui lagu baru. Khabarnya, lagu-lagu baru ada yang ditulis oleh pelajar sendiri? Penciptanya dah tentu dari komposer terkenal seperti M. Nasir dan Loloq… atau siapa lagi ya?
Melihat kepada senarai di atas, saya rasa hanya lagu Dedebu Cinta yang paling popular. Selebihnya, lagu yang kurang mengganas di telinga. Tenaga pengajar dan pengetua lebih arif mengapa lagu-lagu ini diberikan. Mungkin mereka ingin melihat dan menggali apa lagi yang pelajar mahu tunjukkan. Itu saya tak pasti. Tapi maaf saya nak cakap, 90% lagu tak berapa sedap untuk pentas final. Apa kata anda?
Membosan atau tidak bergantung bagaimana lagu-lagu ini dipersembahkan. Sepatutnya diberikan lagu-lagu yang pernah memenangi Anugerah Juara Lagu atau lagu-lagu yang sememangnya killer songs. Saya agak kecewa dengan lagu diberikan pada Ebi. Sebanyak 2 kali Ebi diberikan lagu daripada kumpulan Jinbara. Seolah tidak ada lagu yang lagi power untuk Ebi. Untuk Mila, saya percaya, Mila akan dapat memberi suntikan magikalnya sekali lagi untuk lagu Cinta Pura-Pura dari Ezlyn. Untung Candy dapat lagu Misha Omar. Manakala Heliza memerlukan karakter dan attitude yang lebih sebagaimana lagu Ya atau Tidak (Erra Fazira). Aswad diselamatkan dengan genre lagu yang sudah menjadi makanan hariannya.
Cabarannya di mana? Vokal, karakter, attitude, ekpresi muka, center graviti, ‘gali’ makna, center stage, ruh lagu… apa lagi? Pentas final seolah-olah menuntut segala usaha mereka untuk kembali mengulangkaji. Selamat maju jaya buat semua pelajar.
Pilihan Juara Sensasi Selebriti: Mila, Heliza, Ebi, Candy & Aswad.
Technorati Tags: Lagu Konsert Final, Akademi Fantasia 5
Tags: Akademi Fantasia, Akademi Fantasia 5, Lagu Konsert FinalBaca artikel lain yang berkaitan:










May 15th, 2007 at 12:21 am
dah dengar lagu Ebi…tak sebest lagu Kasihnya Laila…:(..
setakat nie lagu Candy paling best…:D
May 15th, 2007 at 8:18 am
saya rasa pilihan lagu agak ok gaklah, macam lagu ezlyn tu pernah sampai top ten radio era, lagu misha omar popular, lagu dva tu pun pernah top three radio xfresh, macam tu jugak lagu jinbara ngan awie.
cuma tak puashati skit ngan aswad, kata tak boleh bergerak banyak, tapi masa kat diary elok jer terjerit2 ngan main lari2… camne tu?
pilihan saya: mila, ebi, candy, aswad, helliza
May 15th, 2007 at 8:29 am
buwekss lagu final x best..
ntah hape² semua lagu x best..
popular ke lagu-lagu tu..?
tak enak dikuping langsung..
May 15th, 2007 at 8:38 am
This is my 5 finalist berdasarkan credit lagu yang diberi. Hanya mengulas lagu cover version yang diberikan kepada pelajar perempuan.
a) Jika Heliza mampu melontarkan suara dengan bijak, penuh bertenaga di atas pentas dan kawalan suara yang sangat baik serta mampu memberikan impak yang berbeza dan luarbiasa darinya melalui lagu Cinta Boneka.. she is one of my favourite of the night.
b) Lagu Candy Dedebu Cinta, such a killer song. Ballad and need crying sensation. Tetapi persembahan akan menjadi hambar dan membosankan jika Candy tidak mampu memberi rasa dan emosinya kepada audience. Melalui firasat hati, beliau akan menjadi tersangat gemuruh dan tidak mampu melontarkan suaranya dengan baik.
c) Lagu Mila, Cinta pura-pura, if she can do something difference.. i am pretty sure she can nail that song.
Jadi keseluruhan firasat, I suka lagu Heliza (the cover version).
My five finalist;
1. Heliza/Mila
2. Mila/Heliza
3. Ebi
4. Candy
5. Aswad
Yang mungkin terjadi adalah undi simpati.
1. Aswad
2. Mila
3. Ebi
4. Candy
5. Heliza
May 15th, 2007 at 9:09 am
f41dh1, kalau tak sebest Kasihnya Laila, I think konsert final tak akan jadi meriah. Untuk penonton yg beli tiket, I rasa diorang patut diberikan kepuasan.
azuan, i setuju dengan you. Aswad sepatutnya tidak menunjukkan yg dia dah sihat… tak reti-reti nak berlakon… kasi fake ke… sebab orang akan anggap astro saje-saje nak provoke. Kesian astro.
Erin, buweks… hahaha you ni dari semalam asyik nak muntah ni… i rasa risau.. better u gi check doktor, takut kena denggi ke, kena *sensored* ke… mana tau kan?
dianashasha, pilihan dan analisa yang bijak. Jadi, apa kata kita naikkan Heliza dan Mila jadi juara… hehehe:) Bereh tak?
May 15th, 2007 at 11:29 am
Pastikan MILA sebagai Juara, Saya rase mila patut jadi juara becoz dia bekerja keras dlm akademi bukan duduk tgk org nyanyi (org sakit tu)jangan biarkan undi simpati jadi juara….
May 15th, 2007 at 12:44 pm
u ni ade-ade je la budiey oit..
dah lagu tu i x suker dgr.. x kan i nak kata suker..
hehehe..
May 15th, 2007 at 12:49 pm
nak tgk persembahan mila jerk … huhuhuhuh
May 15th, 2007 at 1:52 pm
sori to says heliza spatutnya keluar awal lg..xsnggup tgk dia menari2 atas pentas..menyanyi smpi nk tekeluar tekak.keluar nnti pn jdi artis jgk..wlopn dia cuba utk mnutup auratnya ttpi masih byk aurat yg ternmpak.xsesuai wanita bertudung yang baik dan sopan sptny dijadikan bahan tontonan di khalayak umum.dia budak yg baik..sori utk fan heliza..anda semua membawa heliza kepada kehancuran.keluarga pn menyokong..myb sgb sorg kwn ini lah teguran utk mu..
May 15th, 2007 at 2:00 pm
ekcelly, i dun have any problem with perempuan bertudung menari…tapi ‘tudung; Heliza makin lama makin sikit…dah bleh pakai subang…nampak sedikit telinga Heliza…dan leher beliau pun tak cover habis…apa2pun itu antara Heliza dengan Tuhan..kita cuma mendoakan saja agar beliau ubah imej beliau selepas keluar AF nanti…
May 16th, 2007 at 12:24 pm
arap ebi dapat bawa lagu ni dengan bek!
May 17th, 2007 at 11:46 am
apala nk minat heliza 2…x baik punya…plastik betul dia tu..suka tiru sara orang…tngkla…ebi @ candy tetap no.1
May 17th, 2007 at 11:48 am
suara yang paling best n mantap adalah ebi ngan candy….
May 17th, 2007 at 11:50 am
mila ngan heliza 2 xda kellasss..asal korang tau..
May 18th, 2007 at 11:21 pm
aku tak tau nk komen aper..sumer lebih kurang ajer..masa tgk siaran waktu ujibakat ramai suare yg power2 last2 diorang dapat merah gak..aku cadangkan tunjuk la masa ujibakat yg dapat hijau plak..baru kita tau saper yg layak masuk…yg nambelas org tu..aku nk gak tgk gelagat diorang..aper2 pun utk last konsert esok kita bleh tgk saper yg bagus atau pura2 bagus..atau tak sedar diri yg diorang tu bagus atau tak bagus ataupun aku kut yg baguih dok ada!!!!!!
May 20th, 2007 at 11:48 am
To ASTRO and All West Malaysian….!
I think you all langsung tidak tahu mengenal yang mana satu Talented dan yang mana satu tidak..
To me all perserta AF5 langsung tidak talented semuanya PEKAK kecuali Candy yang mempunyai Vokal yang baik…
Walau berbakat besar sekali pun budak sabah sarawak…lebih lebih lagi bakat dari sabah….sampai kiamat pun takkan dapat org dari pulau borneo ni menang….yg korang kat tanah besar tu tahu…..cuma nak merompak undian(duit sms) dari sabah sarawak…ahhhh lain kali tak yah pegi pulau borneo utk uji bakat…..cukup lah kat semenajung je….balik2 korang juga yg menang kannn….
Cuba lah hantar juara korang tu pegi pertandingan antara bangsa…fuhhh…memang org kat luar tuk cakap org malaysia buta seni!!!..Setakat ni cume Vince aje yg pergi pertandingan nyanyian antarabangsa ka shanghai…kenape tak hantar Zahid ke???..Raja sms MAWI ke…or mat blur Faizal…aaa..nanti utk programme IKON..bawa je juara baru si MILA tu…..kompom bagi malu je…ngan juara2 or bakat2 dari indon!!!…..
August 29th, 2008 at 3:43 pm
ERM…NADIA XBEST LANGSUNG……….SUARA SENGAU….XPATUT MASUK FINAL…..PENGUNDI BUTA….
August 29th, 2008 at 6:17 pm
nadia best pe…outstanding lagi…ko x pyh la nk kutuk nadia…aku bangga nadia yg kecik molek suara bleh gegar dunia…sekurangnya tu suara dia sndiri n dia x berpura-pura jd owg lain….!
August 7th, 2009 at 8:04 pm
aku xske hafiz, dh lah nyanyi xsedap.. dia tu patut xjadi juara, yg patut jadi juaraAF7 adlh akim..bkn hafiz