in , ,

David Beckham, Shilpa Shetty & Mazidulakmal Didakwa?

Hollywood Gossip
1. David Beckham Jadi Model Kelambu?
David Beckham yang selama ini dikenali sebagai bintang model iklan dan mendapat pulangan bernilai jutaan ringgit, mula melibatkan diri dalam iklan untuk khidmat awam. Menurut sumber, Beckham akan bekerjasama dengan sebuah agensi antarabangsa yang terlibat dalam kempen memerangi penyakit Malaria di Afrika, dalam menghasilkan iklan tersebut. Iklan yang akan melibatkan beckham menendang bola ke arah kelambu itu mengambarkan bagaimana usaha untuk menghalang penyalit Malarie melalui penggunaan kelambu. Iklan ini akan disiarkan di laman web MalariaNoMore.org

Penulis: Syabas Untuk Beckham, dia ni bagus sebab dia tak pentingkan duit semata-mata je, kan?

Malaywood Gossip
1. Mazidul (999) Didakwa Mengambil Dadah!
Mazidulakmal Sidik telah didakwa kerana menyalahguna dadah. Pengacara rancangan 999 telah dihadapkan ke mahkamah bersama beberapa orang lagi. Mereka mengaku tidak bersalah dan telah dilepaskan dengan ikat jamin sementara menanti perbicaraan.

Penulis: Hmmm… dunia sekarang, macam – macam boleh berlaku. Seperti peribahasa, bagai katak hendak ajar anaknya terbang. Terbang tak boleh, hanya tersepuk ke muka bumi. Hehehehehe…

Bollywood Gossip
1. Shilpa Shetty Merayu dari Ditangkap?
Aktres Bollywood terkenal ini telah merayu kepada mahkamah negara berkenaan, supaya waran tangkap yang dikeluarkan kepadanya dibatalkan. Shetty baru – baru ini dikehendaki hadir ke mahkamah kerana telah didakwa berkeadaan tidak senonoh.

Penulis: Nampaknya, artis – artis negara luar pun didakwa kerana tidak senonoh. Macam mana pula dengan artis kita yang agak – agak tak senonoh jugak tu yea? hehehehe…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mila Jirin | 23

Lagu Konsert Akhir Akademi Fantasia 5

Afdlin Shauki | 24

Sertai Readers ToGether-Gather ke-2 Sensasi Selebriti