in

Jep, Rahim & Angah Meriahkan Kemuncak KUGIRAN SINAR

Trio Pagi Di SINAR Jep, Rahim dan Angah meriahkan kemuncak ‘Kugiran SINAR’

KUALA LUMPUR, 13 April 2018 – Penjelajahan terakhir ‘Kugiran SINAR’ yang bakal berlangsung di Galeri Jualan IJM Land Puncak Alam, akan menampilkan barisan penyampai radio terkenal seperti Jep, Rahim dan Angah. Selain trio Pagi Di Sinar, turut menghadiri adalah SY, Adi, Abby dan Jamal untuk memeriahkan lagi ‘Kugiran SINAR’ sekaligus menyemarakkan keterujaan para peminat SINAR dari pelbagai lapisan masyarakat.

Saksikan kemuncak pertandingan ‘Kugiran SINAR’, di mana 10 peserta yang berjaya ke pusingan akhir akan mempersembahkan bakat nyanyian mereka secara langsung, diiringi pemuzik terkenal, Shah SLAM, untuk merebut gelaran ‘Jaguh Kugiran SINAR’.

Pengurus Kandungan SINAR, Rasidah Khasim berkata “Kami sudah sampai ke penghujung ‘Kugiran SINAR’, dan dengan penuh rasa bersyukur, kami amat gembira dengan kehadiran peminat-peminat yang mengagumkan sepanjang penjelajahan kami di Johor dan Pulau Pinang.

“Bagi acara kemuncak ‘Kugiran SINAR’, kami ingin menutup tirai penjelajahan kami dengan pelbagai aktiviti yang mengujakan buat seisi keluarga. Sebagai tanda penghargaan kami kepada peminat-peminat SINAR yang tidak jemu menyokong kami, barisan penyampai radio termasuk Jep, Rahim, dan Angah akan turun padang untuk bertemu dan beramah mesra bersama peminat-peminat SINAR.”

SINAR mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke Galeri Jualan IJM Land di Puncak Alam pada 14 April 2018, dari 5 petang sehingga 7 malam.

Jelajah ‘Kugiran SINAR’ yang telahpun menjelajah ke Johor dan Pulau Pinang berjaya merekod kira-kira 4,000 peminat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AXN Welcomes Britain’s Got Talent to its Slate of April Programming

CENDANA & MATRADE Umum Kerjasama Menjana Eksport Industri Seni