in ,

CENDANA & MATRADE Umum Kerjasama Menjana Eksport Industri Seni

Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (CENDANA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan bekerjasama untuk membuka peluang kepada artis dan penggiat seni tanah air dan menggalakkan mereka untuk mengguna mencuba program yang disediakan, serta fasiliti, jaringan kenalan dan pelbagai tawaran yang lain untuk menyumbang kepada kelestarian dan pertumbuhan sektor kesenian dan kebudayaan Malaysia.

CENDANA & MATRADE

CENDANA & MATRADE Umum Kerjasama Menjana Eksport Industri Seni

Kerjasama ini akan meluaskan akses bagi komuniti kesenian dan kebudayaan tempatan terhadap Program Pembiayaan Mobiliti yang terbaharu diperkenalkan oleh CENDANA, serta terhadap program pembiayaan yang diusulkan oleh MATRADE untuk menggalakkan eksport melalui Geran Pembangunan Pasaran (MDG) dan Dana Eksport Perkhidmatan (SEF) jika pemohon layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Program Pembiayaan Mobiliti bermatlamat untuk memberi sokongan kepada artis tempatan untuk mempersembahkan hasil karya berkualiti tinggi mereka yang dapat menzahirkan dan memperkayakan kepelbagaian karya seni Malaysia, di samping meningkatkan apresiasi dan penglibatan dalam bidang kesenian di Malaysia mahupun di luar negara. Ia juga membantu artis tempatan untuk menyertai festival antarabangsa, pameran perdagangan dan kesenian, persidangan dan sebagainya, selain membantu mereka untuk menjalin hubungan atas usaha untuk mewujudkan pasaran dan audien bagi hasil kerja mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Ir. Dr. Mohd Shahreen Zainooreen Madros, MATRADE sentiasa memberi sokongan terhadap pembangunan industri seni tempatan dan mempunyai inisiatif untuk mempromosikan ekspresi kesenian Malaysia di peringkat antarabangsa melalui jaringan globalnya.

CENDANA & MATRADE

Untuk beberapa tahun yang lepas, MATRADE telah mengambil bahagian secara aktif untuk mempromosikan seni Malaysia di bandar-bandar utama dunia seperti London, Melbourne, Shanghai dan Miami. MATRADE mempunyai 46 pejabat di seluruh dunia.

Sejak 5 tahun yang lalu, Malaysia telah mengeksport barangan kesenian (lukisan & arca) yang bernilai RM 14.6 juta dan produk-produk ini dieskport ke negara yang terdiri daripada Switzerland, United Kingdom, Hong Kong, Amerika Syarikat dan UAE.

Walau bagaimanapun, eksport produk kesenian Malaysia masih berada pada tahap yang rendah. Namun, hasil kesenian dan kebudayaan mempunyai potensi untuk melangkaui eksport fizikal kerana ia juga mempunyai komponen perkhidmatan yang boleh dipasarkan di peringkat global melalui hak milik intelektual (IP), kandungan kreatif serta bakat komersial dan ahli professional. “Dengan itu, MATRADE akan teruskan usaha untuk mempromosikan industri kesenian dan kebudayaan Malaysia di pasaran antarabangsa kerana potensi pasaran tersebut masih belum dapat direalisasikan secara sepenuhnya,” jelas beliau.

Tambah Ir. Dr. Mohd Shahreen Zainooreen Madros, MATRADE menyedari tentang kepentingan ekonomi kebudayaan sebagai komponen kritikal bagi ekonomi kreatif. Selain daripada usaha untuk mempromosikan produk digital, kerjasama antara MATRADE dan CENDANA akan membolehkan agensi perdagangan negara untuk memperkukuhkan perkembangan eksport yang terdiri daripada komponen-komponen ekonomi kreatif yang lain, iaitu sektor kesenian dan kebudayaan.

“Bersama CENDANA, bimbingan kami akan menjadi pemangkin bagi syarikat tempatan untuk mengeksport dan mengukuhkan kedudukan mereka di luar Negara,” ujar beliau. Antara bantuan yang boleh diberikan oleh MATRADE termasuk pengenalpastian peluang yang terdapat dalam industri serta pemberian perkhidmatan nasihat kepada syarikat-syarikat Malaysia yang ingin mengeksport produk atau perkhidmatan mereka. Jika diperlukan, pengeksport Malaysia juga boleh mengambil peluang untuk menggunakan pejabat-pejabat MATRADE yang terletak di luar negara untuk bertemu dengan bakal pembeli atau rakan kongsi mereka.

Ketika persidangan akhbar bersama yang berlangsung hari ini, Izan Satrina Dato’ Mohd Sallehuddin, Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengasas CENDANA berkata, “Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan seni dan cerita yang menarik untuk dikongsi dengan dunia. Walau bagaimanapun, kebanyakan artis mungkin tidak mempunyai perlengkapan yang secukupnya untuk menyahut peluang yang ditawarkan kepada mereka. Jadi, hari ini merupakan satu langkah yang penting bagi CENDANA atas peluang yang bakal kami berikan kepada artis kita, dan pada masa yang sama, kita juga dapat menyepadukan usaha ini dengan

institusi seperti MATRADE untuk memanfaatkan lebih banyak komuniti kesenian dan kebudayaan. Program Pembiayaan Mobiliti akan melibatkan kerja-kerja menjelajah dalam skala kecil hingga sederhana yang akan melibatkan seni persembahan, seni visual dan muzik bebas, dan pemfokusan akan diberikan kepada platform tempatan dan antarabangsa yang akan meluaskan lagi akses kepada seni berkualiti tinggi Malaysia.”

CENDANA & MATRADE

Permohonan akan dibuka pada 25 April 2018 melalui laman web CENDANA di www.cendana.com.my.

Geran Pembangunan Pasaran (MDG) merupakan fasiliti bantuan kewangan dalam bentuk geran yang boleh dikembalikan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME), Pemberi Perkhidmatan Profesional, Pertubuhan Perdagangan & Industri, Kamar Dagang dan Badan Profesional untuk mengambil bahagian dalam aktiviti eksport. Bantuan kewangan ini akan membiayai kekurangan dana yang dihadapi oleh pengeksport yang perlu meningkatkan skala perniagaan mereka dan mengurangkan kos promosi di pasaran antarabangsa.

Kejayaan di Australian Performing Arts Market (APAM) 2018*
YBhg Datuk Rashidi Hasbullah, Setiausaha Agung Kementerian Kesenian dan Kebudayaan telah hadir ke persidangan akhbar bersama ini dan menyatakan penghargaan terhadap delegasi 7 wakil Malaysia yang telah mengambil bahagian dalam Australian Performing Arts Market di Brisbane, Australia pada bulan Februari lepas. YBhg Datuk Rashidi Hasbullah juga memuji Koe Gaik Cheng, pentadbir kesenian Malaysia yang akan menyertai Adelaide Festival Centre pada Julai ini untuk mengambil bahagian dalam program Festival OzAsia, iaitu festival kesenian terkemuka yang dianjurkan oleh Australia di rantau Asia.

YBhg Datuk Rashidi Hasbullah berkata, “Ia merupakan satu penghormatan untuk mengiktiraf pencapaian 7 artis ini yang mengambil bahagian dalam perutusan perdagangan pertama CENDANA dalam usaha untuk menaikkan taraf kesenian dan kebudayaan Malaysia, serta penggiat seni kita di mata dunia. Arena kesenian Malaysia akan menjadi lebih rancak dengan penubuhan CENDANA, juga kerjasama seperti hari ini yang dijalin dengan MATRADE sangatlah dialu-alukan, dan kita menggalakkan lebih banyak usahasama dari pelbagai pihak demi kelestarian ekonomi kebudayaan kita.”

Menerusi inisiatif ini, delegasi Malaysia yang merangkumi artis persembahan dan sutradara, juga kumpulan gamelan kontemporari Malaysia dan kumpulan pemain pelbagai alat-alat muzik telah mempromosikan dan mempersembahkan hasil kerja mereka di APAM, lalu membuahkan peluang untuk mereka membuat persembahan di Jerman, Indonesia, Singapura, Australia, Jepun, Hungary dan negara-negara yang lain. Koe Gaik Cheng akan pulang ke Malaysia dan berkongsi pengalaman dan ilmu yang ditimba olehnya dengan komuniti tempatan.

*Rhythm in Bronze, Orang Orang Drum Theatre, Ombak Ombak Art Studio, Pneumanarch Production, Pentas Project Theatre, TerryandTheCuz, Fasyali Fadzly

CENDANA & MATRADE

CENDANA & MATRADE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jep, Rahim & Angah Meriahkan Kemuncak KUGIRAN SINAR

Liputan Berteknologi Mojo Untuk Pilihan Raya Umum Ke-14