• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Konsert Zainal Abidin Damai Unplugged di Istana Budaya

0
  • by Budiey
  • in Istana Budaya · Zainal Abidin
  • — 1 Oct, 2012

KONSERT ZAINAL ABIDIN DAMAI ‘UNPLUGGED’
Ikon lagenda muzik Malaysia kini bersedia untuk sekali lagi menggegarkan peminat dengan konsert intim 2 malam untuk mengeratkan hubungan.

Peminat Zainal Abidin, kini masa untuk bersorak! Dengan kerjaya di dalam industri muzik merentasi dua dekad, dan dengan persembahan demi persembahan di konsert terlaris serata dunia, lagenda muzik negara, Zainalabidin kembali dengan Konsert Damai ‘Unplugged’ (DAMAI), satu konsert hebat yang bakal diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan dan akan berlangsung pada 6-7 Oktober, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert yang dinanti-nantikan ini pasti akan memaparkan persembahan yang mantap lagi hebat oleh ZI Production Sdn Bhd.

Zainalabidin berjanji untuk memberikan peminat negara satu konsert yang tidak dapat dilupakan dengan persembahan lagu daripada album seperti ‘Zainal Abidin’, ‘Orak Orek’ dan ‘Gamal’. Tidak dilupakan juga lagu-lagu klasik beliau seperti ‘Hijau’, ‘Ikhlas Tapi Jauh’, ‘Puteri’ dan juga lagu ‘Kau Di Hatiku’; lagu yang dimainkan di dalam filem animasi Tarzan oleh Disney.

Konsert Zainal Abidin Damai Unplugged di Istana Budaya

“Konsert Damai adalah satu konsert tentang kedamaian, di antara individu-individu pelbagai bangsa, agama dan latar belakang yang ada di sekitar kita. Saya mahu peminat yang menghadiri konsert ini untuk menghayati kedamaian, mendalami harmoni dan mengalami kebebasan. Ini adalah mesej yang ingin saya sampaikan kepada peminat saya malam tersebut; mesej yang akan saya sampaikan melalui lagu dan juga dialog yang akan kami adakan di antara persembahan saya. Ia satu suasana yang hebat untuk kami saling menghubungi di antara satu dengan lain dan saya amat teruja, lagi terharu diberikan peluang sebegini’ kata Zainal Abidin.

Rakyat Malaysia amat menyanjungi artis tersebut, yang juga merupakan salah satu daripada ikon muzik terhebat dunia masa kini. Antara bakat-bakat tempatan sanjungan antarabangsa, kejayaan Zainalabidin adalah bukti bahawa muzik dan tarikan beliau sebagai artis dan personality yang merentasi pelbagai gaya muzik, umur, bangsa dan budaya.

Dianggap ramai sebagai salah satu konsert paling intim yang pernah dibuat Zainalabidin, DAMAI menjanjikan pengalaman yang pasti tidak ingin dilepaskan oleh peminat. Ia menggabungkan muzik, keajaiban dan jiwa kepelbagaian budaya dengan keperibadian Zainalabidin; yang akan didampingi pelbagai ahli muzik ternama dari serata dunia.

Zainal Abidin akan memberikan peminat satu persembahan istimewa, di mana beliau akan menyanyikan 2 lagu terbarunya – ‘Kamu’ dan ‘Alam’; yang dijadualkan keluar di pasaran bersama album terbarunya hujung tahun ini.

Zainalabidin akan menggabungkan jiwa dan raga pengalaman kerjaya dan gayanya yang serba unik dengan satu orak muzik yang unik. Persembahan ini boleh dikatakan sebagai satu tanda penghargaan kepada peminat-peminatnya; tempatan mahupun antarabangsa.

Tiket untuk konsert Zainalabidin DAMAI ‘Unplugged’ boleh didapati mulai sekarang.Hubungi Ticketpro di 03-7880 7999 atau layari www.ticketpro.com.my untuk tiket.

Maklumat Konsert

Nama: Konsert Zainalabidin DAMAI ‘Unplugged’
Tarikh: Sabtu 6 Okt 2012 dan Ahad 7 Okt 2012
Masa: 8.30pm
Penaja Tempat: Istana Budaya, Kuala Lumpur
Harga Tiket: RM283, RM223, RM183, RM123, RM83
Talian Tiket: +603-78807999
Tempahan Online: www.ticketpro.com.my
emel: [email protected]

Tiket Boleh Didapati: Sekarang
Pusat Panggilan / Masa Bekerja:
Isnin–Jumaat 9.30am – 6.00pm
Sabtu 9.30am – 1.00pm
Ahad dan Cuti Umum Tutup

Alamat:
TICKETPRO MALAYSIA SDN BHD
D-2-03A, Dataran Glomac
Jalan SS6/20A
47301 Kelana Jaya, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Nota:

Kod Pakaian di Istana Budaya
Untuk Orkestra dan Koir, sut lounge, Batik atau baju lengan panjang. Untuk teater dan persembahan tarian, pakaian bersesuaian memadai. Seluar jeans pudar atau koyak, kemeja t-shirt berkolar bulat, seluar pendek, pakaian menjolok mata, pakaian sukan, kasut sukan dan selipar tidak dibenarkan

BIOGRAFI ZAINAL ABIDIN

Zainalabidin mula mencungkil bakat muziknya di perkampungan dan dikelilingi kepelbagaian budaya di Malaysia. Dari memalu meja dan memukul kotak di rumah sejak bangku persekolahan, beliau bermain alat muzik trombone pada umur dua belas tahun untuk mencari wang saku, lazimnya bersama koir upacara pengkebumian kaum Cina!

Selang beberapa tahun Zainalabidin menubuhkan kumpulan ‘Headwind’ satu kumpulan rock yang popular di arena tempatan. Kumpulan tersebut membuat persembahan di kelab dan konsert. Ia bertahan selama 12 tahun, di mana 5 tahun mereka melakukan persembahan di Club Med. Di sinilah di mana Zainalabidin mula berjinak dengan gayanya yang tersendiri; yang berasaskan varia budaya dan perwatakan etnik di sekelilingnya. Zainalabidin meninggalkan kumpulan Headwind pada tahun 1990 untuk menyertai Roslan Aziz Production

Walaupun alat paluan sebati dengan beliau, buat Zainalabidin, tiada yang lebih bermakna buat beliau selain daripada kejayaannya membolosi rintangan dan stereotaip budaya ke arah muzik yang lebih mendalam. Unsur zaman persekolahan beliau bersama varia muzik klasik tempatan digabungkan dengan unsur muzik antarabangsa untuk mewujudkan satu gaya unik Zainalabidin. Ini jelas kedengaran melalui album sulungnya yang mendapat sambutan hebat terutama reaksi memberangsangkan gaya muzik beliau.

Pada tahun 1992, Zainalabidin membuat penjelajahan ke Jepun dengan kerjasama ahli muzik terkenal dari Amerika Syarikat dan United Kingdom. Turut ada; ahli muzik dari Malaysia dan pelbagai pelusuk Asia lain. Ini mendapat sambutan yang hebat, sehingga beliau mengekalkan kombinasi ahli muzik timur dan barat untuk rakaman dan produksi album beliau

Pada tahun 1994, Paul Simon memperkenalkan pemain bas, Armand-Sabal-Lecco (yang dianggap sebagai pemain bes terbaik dunia) kepada Zainalabidin. Hasil pertemuan ini, Armand menjadi pemain bes paparan ‘Gamal’, di mana Zainal adalah penulis, pemain alat paluan dan juga vokalis. Album tersebut dipasarkan di Australia, Brazil, Brunei, Perancis, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Singapura, Sweden dan Amerika Syarikat. ‘Gamal’ mendapat pengiktirafan sebagai album terbaik 1995. ‘Terang…Sang’, susulan kepada Gamal dikeluarkan pada pertengahan 1995 adalah album pertama Zainal dengan Warner Music. Ia dirakam di Kuala Lumpur dan di lengkapkan di Studio 301 Sydney.

Zainalabidin sibuk seluruh tahun, dan biasanya dengan persembahan kecil di beberapa bandar-bandar utama. Selain daripada persembahan muzik, beliau juga banyak memberikan taklimat dan sumbangan di beberapa institut pengajian tinggi termasuk Fakulti Seni Persembahan di MARA. Untuk pendedahan, beliau turut menjemput seorang pelajar MARA untuk membuat persembahan bersamanya di Jepun.

Dedikasi beliau kepada muzik etnik negara serta minat kepada bakat-bakat baru merupakan salah satu sifat murni Zainalabidin. Beliau berharap lebih ramai artis terkenal negara menyumbangkan masa untuk mendidik bakat-bakat negara yang bakal menjejak kaki ke pesada seni antarabangsa kelak

Zainalabidin kini merupakan salah satu peneraju industri muzik negara di dalam mutu bunyi, kepakaran teknologi dan persembahan memberangsangkan. Vokalnya yang dinamik dan gaya mantap telah menajadikan beliau salah seorang artis paling terkenal. Rentak bunyi Afro Asian Zainalabidin telah banyak menghibur peminat dengan gaya dan jiwanya yang tersendiri. Salah satu daripada kejayaan utama Zainalabidin adalah membolosi rintangan budaya untuk kemajuan seni muzik negara; tidak dilupakan juga persembahan yang terbaik di semua konsert-konsert beliau.

Di mana sahaja beliau mengadakan persembahan, gayanya nescaya mendapat reaksi hebat daripada hadirin. Tidak menghairankan juga sekiranya beliau mendapat pengiktirafan daripada pihak media, memandangkan Zainalabidin merupakan salah satu artis terbaik negara.

Zainalabidin – Anugerah Dan Kejayaan

• The Young Talented Artiste Award 1986
• Golden Kite World Song Festival 1986
• Most Popular Artiste 1991
• Most Popular Male Singer 1991
• Seri Angkasa Award 1991
• Gold Award – Tokyo Music Festival 1992
• AIM – Best Song 1994
• AIM – Best Album 1995
• Monsieur Style Awards – Best Entertainer 1997
• Vocational Service Award 1999/2000 1999
• Seri Angkasa Award – Best Entertainer 2004
• AIM – Best Male Vocal in Album 2005

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Biodata Zainal AbidinDisneyFilem AnimasiGossip ZainalIkhlas Tapi JauhIstana BudayaKonsert DamaiKonsert UnpluggedKonsert Zainal Abidinkuala lumpurLagenda Concertlirik laguMuzik HypeputeriTarzanTicketProVideo MuzikZainalabidinZI Production

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Siti Nurhaliza Terima Anugerah Ikon Hiburan BERNAMA Radio 24
  • Next story Jawatan Kosong Artis Budaya di Istana Budaya

ENTRI BERKAITAN

  • Jay Jay dan Rahim Othman Dalam Konsert Black Dog Bone Istana Budaya 16 Apr, 2009
  • Dato’ Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Amy Search di Laman Santai, Istana Budaya 18 Jun, 2008
  • Sekitar Majlis Pelancaran Teater Muzikal PATRIOT 17 Jul, 2008
  • Show Orkestra Tradisional Malaysia di Istana Budaya 26 Mar, 2009

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri
    • Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2
    • Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz
    • Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Aliff Aziz Kini Bergelar Pengembala Kambing
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Hayrin Matahir on:Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • nura on:Bekas Isteri Jimmy Shanley Mengaku Hamil Anak Luar Nikah
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri
    • Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2
    • Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz
    • Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Aliff Aziz Kini Bergelar Pengembala Kambing
    • Anis Nabila Jadi Program Kuali Bujang Tampil Selebriti Popular
    • Kids vs Film Discovery-Styled Documentaries Created By Kids For Kids
    • Achey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari Bintang
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.