in ,

Siti Nurhaliza Terima Anugerah Ikon Hiburan BERNAMA Radio 24

Budiey nak ucapkan tahniah sekali lagi, walaupun dah ucap di Twitter, kat blog pun nak jugak cakap yang penyanyi bergelar Dato’ Siti Nurhaliza ini memang layak menerima Anugerah Ikon Hiburan dari Bernama Radio 24. Nampaknya, bertambah lagi koleksi anugerah di rumah Siti. Tahniah, semoga anugerah ini akan membuka ruang rezeki untuk beliau di masa akan datang.

Budiey ada dengar yang Siti mahu kuruskan badan sehingga 50kg. Tapi lihat pada gambar sekarang, Budiey rasa Siti dah kurus pun. Kalau dapat kuruskan lagi, rasanya lagi bagus sebab Siti akan nampak cantik macam zaman gadis-gadis dulu. Katanya, dia mahu kurus sebab mahu nampak cantik di kaca TV. Biasalah, kat dalam TV memang nampak berisi dan lebar sikit, bukan sebab tv sekarang bersaiz lebar tapi memang macam tu la biasanya berat kita akan jadi dua kali ganda dengan saiz di luar kaca tv.

Siti Nurhaliza Terima Anugerah Ikon Hiburan BERNAMA Radio 24
 

Penyanyi tersohor tanahair telah menerima Anugerah Ikon Hiburan dari BERNAMA Radio 24 dalam satu majlis khas bersempena ulangtahun kelima BERNAMA Radio 24 di Sticky Fingers Bistro, Pavilion yang diadakan pada hari Sabtu lalu tanggal 30 Oktober 2012.

Penglibatan Dato’ Siti Nurhaliza dalam bidang nyanyian sejak sedekad yang lalu sehingga mengharumkan nama Malaysia dengan meraih ratusan kejayaan baik di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa menjadi sebab mengapa wanita kelahiran Kampung Awah, Temerloh ini dipilih merangkul anugerah tersebut.

Selain pelantun “Biarlah Rahsia” itu, empat lagi individu yang memiliki personaliti menarik turut menerima penghargaan atas jasa dan sumbangan mereka dalam bidang masing-masing.

Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail menerima anugerah bagi kategori Jabatan/Agensi Kerajaan; Pesuruhjaya SUHAKAM, Mohd Shaani Abdullah bagi kategori Institusi Kebangsaan; Naib Presiden Persatuan Lumba Basikal Kebangsaan Malaysia, Datuk Naim Mohamed selaku Anugerah Ikon Sukan dan Akhbar Sinar Harian bagi kategori Media.

BERNAMA Radio 24 yang mula beroperasi sejak 2007 membawakan saluan berita terpantas dan terkini dengan intipati menarik buat pendengar mereka. Boleh dilayari pada frekuensi FM 93.9 di Lembah Klang dan FM 107.5 di negeri Johor, BERNAMA Radio 24 terus memperkukuh peranannya selaku penyampai maklumat terkini yang tepat. Sumber Portal Gua & Photo dari Facebook Mistahery.

Siti Nurhaliza Terima Anugerah Ikon Hiburan BERNAMA Radio 24

Siti Nurhaliza Terima Anugerah Ikon Hiburan BERNAMA Radio 24

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Aliff Aziz Mengalami Sesak Dada Bukan Sakit Jantung

Konsert Zainal Abidin Damai Unplugged di Istana Budaya