in

Jawatan Kosong Artis Budaya di Istana Budaya

Istana Budaya dengan sukacitanya mengadakan temuduga terbuka Jawatan Artis Budaya Gred B17 (Kontrak) pada 21 Oktober 2012 (Ahad).

Sehubungan itu, jika anda ada kenalan yang berminat, sila war-warkan ya.

IKLAN TEMUDUGA ARTIS BUDAYA ISTANA BUDAYA

Satu temuduga terbuka dan ujibakat bagi mengisi keperluan sebagai Artis Budaya (penari) di Istana Budaya, Kuala Lumpur akan diadakan sepert berikut;

Tarikh : 21 Oktober 2012 (Ahad)

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Bilik Sri Nilam, Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala lumpur.

Sehubungan itu mereka yang memenuhi syarat seperti berikut dipohon hadir sekiranya berminat untuk menjadi Artis Budaya di Istana Budaya, iaitu;

i) Warganegara Malaysia
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh temuduga jawatan
iii) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang tarian, lakonan dan nyanyian
iv) Mempunyai rupa paras yang menawan dan bentuk badan yang ramping
v) Ketinggian tidak kurang 165 cm dan berat tidak melebihi 52 kg bagi wanita, 170 cm dan berat 61 kg bagi lelaki

Sebarang pertanyaan mengenai urusan ini bolehlah dibuat melalui telefon 03-40265555.

Jawatan Kosong Artis Budaya Di Istana Budaya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Zainal Abidin Damai Unplugged di Istana Budaya

Aliff Aziz Berehat Sebulan Atas Nasihat Doktor Kerana Jantung