in , ,

Ramai Terkejut! Syasya Undur Diri Tinggalkan DOLLA Atas Sebab Peribadi

Kumpulan Dolla Umum Pengunduran Salah Seorang Anggotanya, Syasya.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan syarikat rakaman, Universal Music Malaysia hari ini, pengunduran Syasya atau nama sebenarnya, Noor Syasya Afiqah Shahrizal, 23, adalah atas sebab peribadi.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, mereka menghormati keputusan Syasya dan mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Walaupun berat hati menerima keputusan Syasya, kami tetap menghormati pendiriannya dan sentiasa mengharapkan yang terbaik buat Syasya,”

– Kim Lim

Sementara itu, tiga anggota Dolla iaitu Angel, Sabronzo dan Tabby tetap akan meneruskan perjuangan seni meskipun tanpa kkehadiran sahabat mereka itu.

“Sudah tentu kami berasa sedih dengan keputusan ini, tapi kami sudah sepakat akan memberikan sokongan penuh kepada Syasya walau apa juga berlaku,”

– Tabby

Bagi Sabronzo, mereka tetap akan memberikan komitmen penuh untuk menjayakan segala perancangan sebagai satu kumpulan.

Baru-baru ini, Dolla dipilih untuk mewakili Malaysia dalam satu program baharu di China berjudul Show It All yang menampilkan Lay Zhang, ahli kumpulan EXO sebagai penerbit eksekutif. 

Dolla ditubuhkan pada 2019 mula mencuri perhatian peminat muzik tempatan dengan single pertama, DOLLA Make You Wanna yang dilancarkan pada 2020.

Sehingga kini, pemenang trofi Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 itu sudah mengeluarkan enam single solo, termasuk Impikan, BAD, dan satu album penuh berjudul New Classic pada November 2023.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Senarai 9 Lokasi Membeli Belah Terbaik Untuk Beraya Sakan di Selangor

Tahniah Pemenang Hadiah Nissan GTR R35 Terrrrpaling Raya Bulan Bintang