in

Konsert Separuh Akhir 2 Rentak Juara Tema Lagu Rakyat

LAGU-LAGU RAKYAT PERTARUHAN KUMPULAN BERTANDING DALAM KONSERT SEPARUH AKHIR 2 RENTAK JUARA

Dua kumpulan berjaya minggu lalu menerusi peringkat Separuh Akhir 1 sudah diketahui yang menobatkan Anthem, Enava dan D’Rough Mixture menempah tempat ke Peringkat Akhir Pertandingan Rentak Juara, satu-satunya program realiti mencungkil bakat di kalangan pemuzik tanahair.

Bertemakan lagu-lagu rakyat, minggu ini pada 26 Jun 2010 (Sabtu), jam 8.30 malam di TV2 menyaksikan pula saingan sengit tujuh lagi kumpulan muzik iaitu Silversound, Bintang, Superfriends, Enigmatic – Six (E-6), Yudisthira, Alternature dan HB46 bakal bertanding untuk mara mengiringi tiga kumpulan yang telah layak.

Kumpulan Silversound berasal dari Ipoh, Perak yang ditubuhkan sejak lapan tahun lepas terdiri daripada 5 orang ahli kumpulan yang meminati irama muzik “Fusion & Rock”. Mereka bakal membawakan lagu Can Mali Can, Pak Ude dan Selamat Malam.

Menyusul kemudiannya kumpulan Bintang yang pernah menjadi finalis dan menjuarai kategori Kumpulan Paling Popular sewaktu Pertandingan Akhir Rentak Juara pada tahun 2004. Kumpulan yang unik kerana diserikan seorang anggota wanita selain 5 pemuzik lelaki ini mempertaruhkan lagu Can Mali Can dan sebuah lagu ciptaan sendiri bertajuk Apa Sebenarnya.

Berpengalaman bermain muzik di hotel-hotel dengan line up bersama 3 vokalis dan pemain keyboard adalah kelebihan Superfriends berbanding yang lain. Dianggotai oleh Najuib dan Shawal (Vokal), Zamri (pemain gitar), Siti (Keyboard), Nadzir (pemain bass) dan Sham (pemain dram), mereka akan mempersembahkan lagu ciptaan sendiri bertajuk Pasti dan lagu rakyat Suriram.

Menyusul kumpulan Enigmatic – Six (E-6) pula yang memilih muzik berkonsepkan World Music, Industrial, & Pop untuk diperjuangkan dalam persaingan mereka. Begitu sebagai memenuhi tema lagu-lagu rakyat minggu ini mereka bakal menguasai pentas dengan lagu Jong Jong Inai, Puteri Sentubong, Jambatan Tamparuli, Sayang Kinabalu dan lagu Mawar ciptaan sendiri.

Persaingan turut diberikan kumpulan Yudisthira dianggotai oleh beberapa ahli anggotanya yang merupakan penuntut di ASWARA. Semestinya kemahiran bermain alat muzik dan kreativiti mengubah lagu memberi kelebihan kepada mereka yang memilih mempertaruhkan lagu medley Ulik Mayang, Ketipang Payung dan Zapin Beradat, lagu asal nyanyian Noraniza Idris.

Begitu juga kumpulan Alternature gabungan tiga anak muda iaitu Sam, Ajie dan Jai yang juga berminat menulis lagu-lagu sendiri untuk diperdengarkan kepada semua. Kumpulan yang lebih menjurus kepada rock moden ini sering mendapat jemputan di majlis-majlis bagi membuat persembahan dan menjadikan Allayarham Sudirman dan Michael Bolton sebagai idola ini memilih menyampaikan lagu Menghilir Ke Sungai Pahang, Patende Patende dan lagu Tanpamu (ciptaan sendiri).

Terdiri daripada lima orang anak muda, kesemua ahli kumpulan HB46 yang berasal dari Batu Pahat Johor yang lebih menjurus ke arah muzik yang berkonsepkan universal dan rock. ini pula mempertaruhkan lagu Zapin Pantun Budi dan Tangisan Di Bumi Gaza disampaikan menerusi peringkat separuh akhir 2 ini.

Minggu ini penonton turut dihiburkan oleh artis undangan Kumpulan Jinbara yang muncul dengan single terbaharu mereka, Parasit.

Program yang dikendalikan pengacara Muaz, Pool dan Nurata yang melewati Peringkat Separuh Akhir 2 ini hanya bakal memilih tiga band untuk ke Peringkat Akhir Rentak Juara. Oleh itu empat lagi band yang tidak layak berpeluang diundi masuk semula melalui SMS dan memilih tiga band sahaja untuk mara ke Peringkat SMS Separuh Akhir Rentak Juara.

Tujuh band ini akan dinilai oleh juri professional dari segi persembahan, penyusunan muzik dan vokal masing-masing. Justeru antara Silversound, Bintang, Superfriends, Enigmatic – Six (E-6), Yudisthira, Alternature dan Hb Four Six siapakah bakal melangkah ke Peringkat Akhir? Saksikan Peringkat Separuh Akhir 2 Rentak Juara pada 26 Jun 2010 (Sabtu), jam 8.30 malam di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Brad Pitt & Angeline Jolie dalam MR. & MRS SMITH

Dokumentari Sungai Batu, Lembah Bujang Tamadun Terawal Asia Tenggara