Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Konsert Bagaikan Sakti M Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza



Gabungan Dato’ Siti Nurhaliza dan M. Nasir Cipta Sejarah Yang Menakjubkan Secara Eksklusif Di Astro Box Office Events!
  
Sempena membuka tirai menyambut tahun baru 2010, Astro dengan bangganya membawakan siaran langsung gabungan bersejarah dua gergasi seni buat pertama kali iaitu Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza dari Esplanade, Singapura secara eksklusif menerusi Astro Box Office Events (saluran 955).

Peminat penyanyi tersohor, M Nasir dan Dato’ Siti Nurhaliza berpeluang untuk menonton Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza secara langsung pada 1 Januari 2010, jam 8 malam. Pelanggan Astro boleh melanggan Astro Box Office Events (saluran 955) untuk menyaksikan konsert ini hanya dengan harga RM10.00.

Siaran ulangan konsert berkenaan pula akan bermula pada 2 hingga 10 Januari 2009 di saluran yang sama.

Menurut Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh, “Sebagai memenuhi janji kami kepada para pelanggan untuk terus membariskan program-program siaran Astro yang bermutu tinggi dan mempunyai pengisian yang padat, kami  berbesar hati membawakan Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza yang menggabungkan dua nama besar iaitu M. Nasir dan Dato’ Siti Nurhaliza secara langsung dari Espanade, Singapura.

Kehebatan dua ikon seni, M. Nasir dan Dato’ Siti Nurhaliza sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Pencapaian dan kejayaan mereka dalam mengharumkan nama negara serta mengangkat martabat industri seni hiburan ke peringkat yang lebih tinggi adalah sesuatu yang amat membanggakan. Oleh itu, kami percaya konsert ini mampu membekaskan impak yang mendalam serta dapat memberikan pengalaman menonton yang mempersonakan.

Tiket Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza  yang diadakan di Singapura ini telah habis dijual dalam masa seminggu sahaja dan kami faham yang tidak semua peminat berpeluang untuk menyaksikan konsert hebat gabungan dua gergasi seni negara ini berikutan faktor lokasi dan kapasiti tempat yang terhad serta harga tiket yang agak mahal.

Sehubungan dengan itu, kami di Astro ingin memberi peluang kepada orang ramai untuk turut sama menyaksikan konsert gabungan paling bersejarah dan menakjubkan ini terus di kaca televisyen dengan hanya RM10 sahaja. Kami percaya dengan harga serendah ini dan kelebihan untuk menikmati konsert bertaraf dunia di kediaman sendiri pada waktu yang fleksibel adalah suatu pengalaman menonton yang amat sempurna. Inilah tawaran istimewa buat para pelanggan Astro yang tidak pernah jemu memberikan sokongan kepada kami,” ujar Khairul lagi.

Khairul turut menambah, “Kami juga berharap dengan adanya paparan konsert ini menerusi pakej Astro Box Office Events (saluran 955), ia dapat memberi kesempatan kepada para peminat yang tidak berpeluang untuk menyaksikan pesona dua jiwa dan dua suara ini beraksi secara langsung di atas pentas merasai sendiri pengalaman menonton seolah-olah turut berada di Esplanade, Singapura.”

Untuk melanggan pakej Astro Box Office Events, para pelanggan Astro boleh menghubungi talian khidmat pelanggan di 1300 82 3838 atau menerusi talian SMS dengan menghantar teks ABOM<ruang>SAKTI<ruang>No.IC dan hantarkan ke 32888. Pengaktifan melalui SMS akan mengambil masa 24 jam. Tempoh untuk melanggan akan dibuka bermula 22 Disember 2009 dan akan ditutup pada 10 Januari 2010.

Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza bakal menyaksikan gabungan hebat M.Nasir dan Dato’ Siti Nurhaliza mengalunkan lagu-lagu hebat mereka serta lagu-lagu klasik yang pernah didendangkan oleh seniman terkemuka sepanjang zaman seperti P. Ramlee, Saloma dan Sudirman sepanjang persembahan dua jam tanpa henti.

Konsert istimewa ini juga bakal memperlihatkan dua pengarah muzik terkemuka yang akan bekerjasama mengemudikan konsert ini di atas pentas iaitu M. Nasir di bawah pimpinan Aznan Alias dan Dato’ Siti Nurhaliza di bawah pimpinan Aubrey Suwito serta diiringi oleh 30 orang pemuzik di bawah pimpinan mereka.

Sila langgani pakej Astro Box Office Events (saluran 955) untuk menikmati Konsert Bagaikan Sakti M. Nasir & Dato’ Siti Nurhaliza dengan hanya RM10 sahaja eksklusif buat pelanggan-pelanggan Astro!

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Dato’ Siti Nurhaliza Cari Sponsor Untuk Konsert
  • Konsert Dato’ Siti Nurhaliza Akhir Tahun Ini?
  • Poster Konsert SATU Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya
  • Rakaman Eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Peminat
  • Dato Siti Nurhaliza Cari Dana Untuk Konsert di Istana Budaya
  • Siti Nurhaliza Bersama Idola Kecil 3
  • Dato’ Siti Nurhaliza di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 25
  • Gambar Siti Nurhaliza Tema Madonna
  • Gambar Bibik Orang Gaji Dato’ Siti Nurhaliza?
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sirah Junjungan



    • http://afiq-serenity.blogspot.com/ afiq

      okeh due insan ini adelah sngat serasi dari segi vokal yerkk… kalo buat albom penoh duet.. akan di sokong seratus pewatus!

    • butter-fly

      rase nye lagi best kalo siti wat performce sorg2.. m nasir ni sibuk je. bukan hebat sgt kalo nak dibandingkn dgn siti tu. sbb tu smpi skrg m nasir xdpt dato’ opsss!

      love siti so much!!

    • but

      baguslah blog ni, cerita2 terbaru lbh cepat. best lagi blog ni berbanding oh artis. apapun mmg akan melanggan lah lagipun 10 rgit jer. ct mmg best…

    • ehan.

      mcm pisang goreng panas kak ct.lepas ni boleh la duduk diam2.ingat segala kenangan2 mungkin bertafakur memikir diri apa telah dibuat 30 tahun lalu… baru la terasa sedih.uhu uhu uhu.sebenarnya aku pun sedih jugak..uhu uhu uhu.

    • avatar

      cantek nye siti dlm gmbr ni! suke nyeeeee! love siti ~~ smoga kak siti akan trus berada di industri dan jadi penyanyi no1 malaysia slamanye..

    • nani

      issk x sesuai la ngan m nasir

    • pakar superimpose

      letih dgr nama siti. kakak ‘siti’ adik ‘siti’, laki ‘siti’ …semuanya ‘siti’. tak boleh ker biar dia saja dlm dunia artis ni. siap adik beradik turun pastu over promote. nak push bg laku mcm ‘siti’. they thought, kalau nasib siti selalu baik, for sure ‘kakak’ dan ‘adik’ siti jgk nasib baik. letey ler budiey. takde citer org lain pulak ker. nak kena paksa dgr kakak dgn adik ‘siti’ menyanyi. dlm konsert nih for sure siti tarik adik dan kakak dia sekali. duhhh..

    • Aznal

      FUH, konsert nie pasti menggegar dunia!!!!!!!!!!!!!!!!!!



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK