in

KL Tower International Forest Towerthon Challenge 2009

Menara Kuala Lumpur sekali lagi akan menganjurkan acara yang penuh cabaran iaitu KL Tower International Forest Towerthon Challenge 2009 yang bakal diadakan pada 1 Mac 2009 (Ahad) di Menara Kuala Lumpur.

Acara tahunan ini merupakan kali ke-8 anjuran Menara Kuala Lumpur sejak tahun 1998 dan telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari Federal Territory Amateur Athletic Association (FTAAA).  Larian ini akan bermula dari tempat letak kereta Park Safe sebelum mendaki anak tangga sebanyak 2,058 sehingga ke penamat di TH03 pada ketinggian 382 meter dari paras laut.   

Kategori yang akan dipertandingan dalam larian ini ialah:

Lelaki Terbuka (18 tahun ke atas)
Wanita Terbuka (18 tahun ke atas)
Lelaki  Junior Veteran (40-49 tahun)
Lelaki Senior Veteran (50 tahun ke atas)
Wanita Veteran (30 tahun ke atas)
Lelaki & Perempuan Junior (13-17 tahun)
Staf TM – Lelaki (18 tahun ke atas)
Staf TM -Wanita (18 tahun ke atas)
Media – Lelaki & Wanita (18 tahun ke atas)
Kurang Upaya (18 tahun ke atas)
Badan Kerajaan /Korporat / IPTA (18 tahun ke atas)

Penyertaan adalah PERCUMA.
 
Jadi apa tunggu lagi..moh kita panjat tangga..hadiah lumayan menanti anda!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tonton Drama Seram Keliwon di TV3

Drama Fantasi MERLIN Lakonan Colin Morgan, Bradley James