in

Kisah Kasih Kesinambungan Kejayaan Nubhan

Pemilik nama Ahmad Nubhan bin Haji Ahamad atau lebih dikenali sebagai Nubhan bukan lagi asing kepada peminat seni suara tempatan semenjak penyanyi tersebut berjaya merangkul tempat ke-3 dalam pertandingan akhir realiti TV popular.

Akademi Fantasia musim ke-6. Bermula dari situ, anak kelahiran Negeri Sembilan ini melakar kejayaan demi kejayaan membanggakan untuk menempatkan dirinya sebagai salah seorang penyanyi popular di dalam industri muzik tempatan.

Nubhan

Dalam tempoh lebih kurang 6 tahun dalam industri muzik tempatan, Nubhan telah berjaya mencatat kejayaan-kejayaan berikut untuk lagu-lagu yang dinyanyikannya:

Anugerah Peringkat/Kategori Lagu
AJL 23 Separuh Akhir Ada Untukmu
AJL 24 Separuh Akhir Seadanya Aku
AJL 25 Separuh Akhir Oh Juwita
AJL 26 Separuh Akhir Mata Hati
AJL 26 Separuh Akhir Pokok
AJL 28 Separuh Akhir Cinta Kasih

Nubhan juga turut tersenarai di dalam Top 5 kategori ‘Artis Lelaki Baru Popular’, ‘Penyanyi Lelaki Popular’ dan ‘Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki)’ masing-masing di dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 dan Anugerah Planet Muzik 2009.

Berbekalkan suara yang gemersik merdu, Nubhan mengetengahkan irama Pop Melayu Moden dalam lagu-lagu yang dinyanyikannya. Album sulungnya, ‘Langkah Nubhan’ yang dilancarkan pada tahun 2010 memuatkan lagu-lagu hit beliau seperti “Oh Juwita”, “Seadanya Aku”, “Aku Atau Dia” dan “Mata Hati”.

Kolaborasi pertama di antara Nubhan dan Nova Music Malaysia adalah menerusi lagu “Cinta Kasih’, sebuah lagu duet bersama juara AF5, Mila Jirin yang juga merupakan lagu tema untuk drama bersiri popular, “Cinta Qaseh” yang disiarkan awal tahun lalu. Lagu tersebut mendapat sambutan baik pendengar dan berjaya sampai ke peringkat separuh akhir AJL 28.

Single terbaru Nubhan, “Kisah Kasih” adalah hasil karya komposer ternama, Ajai manakala liriknya ditulis oleh Ad Samad. Proses rakaman lagu ini bermula awal tahun ini di studio milik Ajai, Wake The Baby dan siap sepenuhnya bulan lalu.

Showcase “Yours Truly,Nubhan” yang diadakan pada 12 April 2014 lalu bertempat di Mini Auditorium, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC) Jalan Ampang, kuala Lumpur merupakan kali pertama single “Kisah Kasih” ini dinyanyikan kepada umum.

Showcase ini adalah anjuran Nubhan Management & Trading dengan kerjasama Nubhan Fan Club dan Nova Music dan diadakan sebagai penghargaan kepada semua peminat serta pihak media yang masih setia menyokong Nubhan sehingga kini.

Nubhan

Diskografi Nubhan
Single
2008 Ada Untukmu
2008 Indera (Duet bersama Stacy)
2008 Segaris Bulan Sabit (Album istimewa Hari Raya AF6)
2009 Seadanya Aku
2010 Oh Juwita
2010 Aku Atau Dia
2011 Beri Rasa
2011 Matahati
2011 Aidilfitri Limpah Kurniaan Ilahi (Single Raya)
2012 Picisan
2013 Cinta Kasih (Duet bersama Mila)

Album
2010 Langkah Nubhan
1. Oh Juwita
2. Matahati
3. Beri Rasa
4. Di Redup Matamu
5. Aku Atau Dia
6. Seadanya Aku
7. Ai Mei Chuo

Nubhan

Nubhan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Rekaan Kashfi Zulkufli di Pelancaran MINI Cooper

MasterChef Junior US Musim Pertama di Star World