in

Kempen SHOW YOUR STRIPES Sasar Dana Setengah Juta

McDonald’s Malaysia Sasar Kumpul Dana Sebanyak Setengah Juta Ringgit untuk Ronald McDonald House Charities menerusi kempen terbaharunya.

McDonald’s Malaysia menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai kempen ‘Show Your Stripes’ demi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik menerusi organisasi Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia. Dilancarkan sempena sambutan Hari Kanak-kanak Antarabangsa pada 7 November depan, kempen ini membolehkan rakyat Malaysia untuk menderma dengan membeli sepasang stokin ikonik Ronald McDonald di semua restoran McDonald’s.

RMHC, McDonald's and SCSOA

Berucap pada majlis pelancarannya, Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar menyatakan tema kempen – #DemiRMHC – I’m For The Kids – bermatlamat mengukuhkan lagi komitmen McDonald’s untuk membantu masyarakat dengan meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

“RMHC adalah badan kebajikan pilihan McDonald’s selama 25 tahun dan kami amat menghormati peranannya di Malaysia. Kami juga menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyokong RMHC dalam memperkayakan kehidupan kanak-kanak,” kata Azmir.

“Menerusi kempen ini, kami berharap untuk mengumpul dana sebanyak setengah juta ringgit bagi menyokong pelbagai inisiatif RMHC yang telah memberi manfaat kepada lebih 20,000 orang kanak-kanak dan keluarga kurang bernasib baik.”

Ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1990, RMHC adalah sebuah badan kebajikan yang mengendalikan empat program utama iaitu Ronald McDonald House, Ronald McDonald Gift of Smile, Bilik Sensori Ronald McDonald dan program Biasiswa Ronald McDonald.

Ronald McDonald House menyediakan tempat tinggal untuk keluarga kanak-kanak yang menerima rawatan perubatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia atau hospital awam yang lain di Lembah Klang. ‘Ronald McDonald Gift of Smile’ pula membiayai kos rawatan dan pembedahan untuk kanak-kanak yang lahir dengan masalah sumbing bibir dan lelangit.

Bilik Sensori Ronald McDonald adalah satu kemudahan yang menyokong perkembangan mental kanak-kanak berkeperluan khas, manakala program Biasiswa Ronald McDonald menyediakan bantuan kewangan untuk pelajar-pelajar sekolah menengah dari keluarga berpendapatan rendah.

“Kami bersyukur kepada rakyat Malaysia yang kian lama bermurah hati menyokong program-program yang dikendalikan oleh RMHC,” kata Presiden RMHC, Victor Sim. “Sejak tahun 1990, sebanyak RM14 juta telah disalurkan untuk membantu kanak-kanak dari segi kesihatan, pendidikan dan kebajikan. Kami berharap rakyat Malaysia akan terus menyokong dan prihatin dalam membantu lebih ramai kanak-kanak dan keluarga yang memerlukannya.”

Kempen ‘Show Your Stripes, #DemiRMHC – I’m For The Kids’ dilancarkan di seluruh negara bermula 7 November. Anda boleh menyokong kempen ini dengan membeli sepasang stokin pada harga RM10 di semua restoran McDonald’s.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘Show Your Stripes, #DemiRMHC’, sila layari laman web: http://www.rmhc.org.my/ atau http://www.mcdonalds.com.my/.

Launch of Show Your Stripes_1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem MOMENTUM

The Vamps Lancar Single Terbaru WAKE UP