in

Kaki Bola Up Close & Personal

Menampilkan 14 personaliti bolasepak tempatan berkongsi pengalaman dalam sukan bolasepak di Tonton! Media Prima Digital (MPD), Kumpulan Media Digital No. 1 di Malaysia kini menawarkan sebuah siri original Tonton yang menampilkan 14 pemain bola sepak tanah air berkongsi pengalaman suka-duka mereka sebelum berjaya menempah nama di arena sukan Malaysia.

Merupakan sebuah program sukan pertama dipertonton untuk platform atas talian, ‘Kaki Bola Up Close & Personal’ berjaya mengumpulkan barisan hebat pemain muda yang kini mewarnai pentas bola sepak tempatan berkongsi kehidupan seharian mereka di luar padang sebagai seorang anak, suami, bapa dan karier sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

Antara 14 pemain terlibat termasuk nama besar seperti Khairul Fahmi Che Mat, Irfan Fazail, Azizi Matt Rose, S. Subramaniam, Safee Sali, Aidil Zafuan, Zamir Selamat dan ramai lagi.

Ketahui kisah mereka di luar padang, bermula semenjak kecil sehinggalah berumah-tangga, pengalaman menimang cahaya mata dan penerimaan isteri serta keluarga apabila mereka menceburi arena sukan bola sepak tanah air.

Ketahui juga perjalanan karier mereka sepanjang bergelar pemain bola sepak dan suka-duka mereka menghadapi peminat tegar yang mengkritik serta mencemuh pasukan mereka apabila kalah dalam sesuatu perlawanan. Pelbagai cabaran dan saat getir ditempuh mereka sebelum bergelar wira pasukan!

Jangan tunggu lagi, layari www.tonton.com.my hari ini menerusi komputer atau peranti pintar (iOS dan Android) untuk mendaftar dan terus menonton! Pendaftaran adalah PERCUMA. Untuk maklumat lanjut mengenai Tonton ‘Kaki Bola Up Close & Personal’, layari www.tonton.com.my

TARIKH TAYANGAN: 27 MEI 2014 – 10 JULAI 2014
MASA: SELASA & KHAMIS, 12 TENGAH HARI
BILANGAN EPISOD: 14 EPISOD
DURASI: 15 MINIT
GENRE: SUKAN / GAYA HIDUP
BAHASA: BAHASA MALAYSIA
TERBITAN: SOOTHINGEARS PRODUCTION

Senarai lengkap personaliti bolasepak tempatan:

Nama                            Negeri Kelahiran        Pasukan

  1. Irfan Fazail                                          Johor                        JDT 1
  2. Norfarhan Muhammad                               Terengganu               Terengganu FA
  3. Khairul Fahmi Che Mat                           Kelantan                     Kelantan FA
  4. Rafiuddin Rodin                                      Pulau Pinang             Pulau Pinang FA
  5. Muhammad Al Hafiz Hamzah                  Kedah                         JDT 1
  6. Azizi Matt Rose                                        Perlis                         JDT 1
  7. S. Subramaniam                                     Perak                         JDT 1
  8. Azamuddin Akil                                      Pahang                       Pahang FA
  9. Joseph Kalang Tie                                  Sarawak                     Sarawak FA
  10. Safee Sali                                                      Selangor                     JDT 1
  11. Aidil Zafuan                                                  Negeri Sembilan         JDT 1
  12. Zamir Selamat                                               Kuala Lumpur             Selangor PKNS
  13. Saiful Mustafa                                                Melaka                       Melaka FA
  14. Rozaimi Abdul Rahman                                 Sabah                         Sabah FA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Countdown To Taylor Swift Concert Live in Kuala Lumpur

Supermokh The Musical Restaging