in

Supermokh The Musical Restaging

Selepas kejayaan Supermokh The Musical tahun lalu, sekali lagi Tall Order Productions Sdn Bhd bakal memberi peluang kepada peminat teater untuk menyaksikan teater ini dipentaskan di Istana Budaya tak lama lagi. Semua ini atas permintaan ramai pihak. 

Pastinya ada kelainan yang akan ditampilkan oleh pelakon teater ini. Sudah tentu akan diumumkan dalam satu majlis sidang media yang akan diadakan pada 11 Jun ini. Sama-sama kita nantikan pengumuman yang akan dibuat oleh pengarah dan penerbit teater ini iaitu Hans Isaac.

Teater ini bakal dijayakan oleh Awie, Douglas Lim, Dina Nazir, Rashidi Ishak, Radhi Khalid, Chi Ho, Clearance Kuna dan Oliver Johanan.

Supermokh The Musical Restaging

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kaki Bola Up Close & Personal

Selebriti Popular Sertai Jaguh Kampung Musim 4