Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Jamal Abdillah, Mawi, Dato’ Siti Nurhaliza, Amy Search di Sirah Junjungan II – Tahajud Cinta



Sirah Junjungan bermula dengan memaparkan sejarah kehidupan bangsa Arab Quraisy yang begitu taksub menyembah berhala dengan perilaku yang amat rendah.
Dalam muzikal ini, turut dipaparkan bagaimana mereka amat bongkak mengharungi kehidupan, menyeksa hamba-hamba abdi dan wanita serta menjadikan wanita pemuas nafsu.

Pada saat kelahiran Muhammad, turut dihambarkan tangisannya telah menggegarkan seluruh Kota Mekah lalu menumbangkan semua berhala yang mengelilingi Kaabah.

Selain itu, babak kisah Muhammad yang disampaikan oleh Maisarah mula menambat hati Khadijah dan akhirnya dijodohkan turut diceritakan dalam muzikal ini.

Paling menyentuh hati, apabila babak terakhir ketika baginda wafat yang membuatkan ramai penonton yang menitiskan air mata.

Begitulah fitrah manusia, setiap yang hidup pasti akan kembali kepada Pemiliknya. Rasulullah pergi buat selama-lamanya menemui yang amat dicintainya.

Apa yang tercatat didalam poster Sirah Junjungan boleh direnung bersama:Ketika Islam dicabar..Rasulullah S.A.W dihina. Bangkitlah wahai umat Muhammad demi mempertahankan akidah dan kebenaran yang diyakini.

Sirah Junjungan II – Tahajud Cinta

Konsep: Muzikal Islamik

Tarikh Pementasan: 9 – 22 Mac 2009

Lokasi: Panggung Sari, Istana Budaya

Penerbit: Yayasan Karya Seni Prihatin Malaysia

Skrip/Arahan: Eirma Fatima

Pelakon: Ahmad Yatim, Vanidah Imran, Mazlan Tahir, Aman Graseka, Sahronizam Noor, Jesse Lim dan Rebecca Nur Islam

Artis Undangan: Jamal Abdillah (9 – 14 Mac), Datuk Siti Nurhaliza Taruddin (18 – 20 Mac), Mawi (21 Mac) dan Amy Search (22 Mac)

Pemuzik: Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK)

Tiket: RM30, RM50, RM80, RM100 dan RM150

Tempahan: 03-4149 8600/ 03-4142 8035

Laman web: www.yayasansenikarya.com

Gambar Persembahan Sirah Junjungan.

kredit kepada raynerobert Photography.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sirah Junjungan
  • Majlis Sidang Media & Pelancaran Teater Muzikal Islam “Sirah Junjungan”
  • Ekspresi Dato’ M. Nasir & Jamal Abdillah
  • Senarai Lagu Tugasan Konsert Akademi Fantasia 7 – Minggu 5
  • Jamal Abdillah Mahu Jumpa Peminat
  • Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah
  • Rakaman Konsert Ekspresi Dato’ M. Nasir & Jamal Abdillah
  • Gambar Sekitar Sambutan Hari Jadi Jamal Abdillah
  • Konsert Jamal Abdillah J2011 Lagenda
  • Rakaman Eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Peminat



  • 2 Komen untuk entri “Jamal Abdillah, Mawi, Dato’ Siti Nurhaliza, Amy Search di Sirah Junjungan II – Tahajud Cinta”

    1. yuli kata:

      karena msh bulan maulud, yuli mo ngucapin met hari maulid nabi besar SAW. utk ct, anggun sekali n kelihatan maniz banget. nah, gt donk ct kalo peke jilbab kan nampak lebih solehah dan muslimah. alangkah indahnya apabila dapat menutup aurat seluruhnya n gak setengah2. ne adalah kemajuan dari seorang ct yg patut di suport…………

    2. peminat kata:

      cantik siti pakai tudung, mcm ni la kotorg nak, awal2 mamang la tak biasa, nanti lama2 akan jd selesa, nampak lebih anggun, yakin dan sempurna

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK