Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Isu Zon Bebas Pelabuhan Klang bersama Menteri Pengangkutan



Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ):
SECARA LANGSUNG bersama Datuk Seri Ong Tee Keat

Saksikan ntv7 untuk perbincangan eksklusif SECARA LANGSUNG tentang isu penuh kontroversi – Zon Bebas Pelabuhan Klang bersama Menteri Pengangkutan pada hari Isnin, 20 Julai, 10.00 malam

ntv7 akan memaparkan perbincangan eksklusif yang julung kalinya diadakan bersama Datuk Seri Ong Tee Keat berkenaan isu hangat – Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Program khas ini dihoskan oleh penyampai berita Mandarin 7, Lee Siad Huey dan bersiaran pada hari Isnin, 20 Julai, 2009 pada jam 10.00 malam di ntv7.

Sebuah laporan audit yang dikeluarkan oleh PriceWaterhouseCooper pada penghujung bulan Mei telah mendedahkan pertambahan kepada kos asal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang yang telah menimbulkan kemarahan di hati rakyat. Menteri Pengangkutan Malaysia dan Presiden MCA sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa, kerajaan akan mengambil tindakan  tegas kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap skandal PKFZ yang membabitkan pinjaman sehingga 4.6 billion itu. 

Sesi perbincangan secara langsung ini akan bertindak sebagai platform untuk rakyat memahami isu ini dengan lebih mendalam. Di samping itu, rakyat turut berpeluang untuk menelefon ke studio dan mengutarakan soalan mahupun pendapat mereka kepada Menteri Pengangkutan mengenai isu yang telah menjadi perdebatan orang ramai ini di talian 1 800 886 636 semasa rancangan bersiaran SECARA LANGSUNG di ntv7. 

Jangan lepaskan peluang untuk menonton sesi perbincangan secara langsung bersama Datuk Seri Ong Tee Keat mengenai isu yang sememangnya dekat di hati rakyat Malaysia pada hari Isnin, 20 Julai, 10.00 malam, hanya di ntv7!

Tags: ,

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pelakon Tony Kassim Meninggal Dunia
  • Senarai Penuh Menteri Kabinet Baru 2009 Datuk Seri Najib Tun Razak
  • Senarai Nama Anggota Menteri Kabinet Malaysia 2008
  • Bapa Youk Bunkface Meninggal Dunia
  • Betty Benafe Kahwin VIP?
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza Bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
  • Kekejaman Tentera Israel Terhadap Rakyat Palestin di Gaza
  • Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen Rasmi 8TV ON THE STREET
  • Profile Pelakon dan Penyampai Sinar FM Raja Azura
  • Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1430H / 2009M di Masjid Negara



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK