in

Gossip Penyampai Radio Kuat Berangan

Dengarnya… Meluat penyampai radio kuat berangan
Oleh Normah Becok (dipetik dari Berita Harian)

KISAH seorang pengacara dan penyampai radio yang perasan popular dan bagus ini memang sudah lama diketahui rakan seperjuangan Cik Normah. Sewaktu dia mula-mula menceburkan diri dalam bidang pengacaraan, banyak kali juga dia bagi ‘hint’ kepada teman Cik Normah supaya menemubualnya.

Tapi, teman Cik Normah malas nak layan permintaannya itu kerana kalau kami pihak media rasa awak mempunyai nilai berita, rasanya tak perlulah nak suruh-suruh. Kami tahulah nak buat kerja macam mana.

Malah sebelum ini pun sewaktu ditemu bual teman Cik Normah dari akhbar lain, dia sudah mula menunjukkan sikap berangannya. Walaupun program kendaliannya itu belum setahun jagung dan masih lagi bertatih, tetapi angan-angannya cukup tinggi. Hendak tergelak Cik Normah dengar kononnya dia mahu menjadikan program bual bicaranya setaraf dengan program yang dibuat di luar negara.

Bukan itu saja, tetapi dia turut melahirkan impian untuk menjadikan programnya popular di kalangan pelancong walaupun bahasa Inggerisnya lintang pukang. Memang berangan pengacara itu. Bagaimanapun, terbaru yang Cik Normah dengar, pengacara tak sedar diri itu akan disingkirkan dari mengacarakan program itu. Antara alasan yang diberikan adalah orang atasan stesen penyiaran itu tidak suka dengan cara dia bekerja.

Wah! Sewaktu diwawancara teman Cik Normah, bukan main lagi dia bercerita yang kononnya dia mampu membawa jauh program itu tetapi pada hakikatnya, jauh panggang dari apa. Entah-entah, orang kuat stesen televisyen itu pun tak kuasa dengan perangai berangan pengacara itu. Kita tengok sajalah nanti sejauh mana langkah si pengacara tadi. Kalau tiba-tiba wajahnya tidak muncul dalam program itu dan digantikan dengan pengacara lain, maknanya faham-faham sajalah.

Jangan pula lepas ni nak bagi alasan kononnya dia menarik diri dari program itu kerana ingin menumpukan perhatian terhadap kerjayanya di radio. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Zon Bebas Pelabuhan Klang bersama Menteri Pengangkutan

Keputusan Pemenang Shout! Awards 2009