in ,

The Fabulous Cats, Nurul, Imran Ajmain, Liyana Jasmay, Diana Danielle Tour Ke Singapura

Johor & Singapura,  24 – 26 Julai 2009

Metadome Sdn. Bhd. akan mengadakan siri jelajah kedua di Selatan tanah air pada tanggal 24 hingga 26 Julai 2009. Antara artis yang akan memeriahkan siri jelajah ini ialah The Fabulous Cats, Nurul, Imran Ajmain, Liyana Jasmay, Diana Danielle dan Han OIAM3. Majalah HAI terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. menjadi majalah rasmi bagi siri jelajah ini.

Nurul

Diana Danielle

Liyana Jasmay

Imran Ajmain

Siri jelajah ini adalah bertujuan bagi mendekatkan artis dan peminat di Selatan tanah air disamping mempromosikan artis-artis dibawah naungan Metadome Sdn. Bhd. Disamping itu juga, ia adalah bertujuaan untuk memperkenalkan artis-artis Metadome di Singapura.

Menurut KC Ismail, Pengurus Kanan ” Kami sangat gembira kerana dapat membuat promosi di Singapura, disamping melancarkan album Imran Ajmain disana, aktiviti promosi ini dapat mengeratkan hubungan diantara peminat dan media di sana.”

Siri jelajah ini juga mendapat sokongan dari Suria TV Singapura bersempena dengan Siri Jelajah Separuh Akhir Anugerah.Imran Ajmain adalah salah seorang juri bagi rancangan realiti TV popular di Singapura itu.
 
Pada hari pertama siri jelajah ini, artis-artis Metadome akan ditemuramah oleh Berita Harian Singapura, MTV Asia dan radio Ria FM. Di hari yang sama diadakan Majlis Pelancaran album terbaru Imran Ajmain Punca dan Tindakan di Rendezvous Hotel, Singapura. Terdahulu artis-artis Metadome dibawa mengadakan persembahan di Eastpoint Shopping Mall.

Pada hari terakhir pula, mereka akan mengadakan persembahan di Batu Pahat Mall, Johor. Sepanjang siri jelajah ini, majalah HAI akan menjual majalah dengan harga promosi RM2.00 sahaja dan pihak Metadome sendiri akan menjual album single dan album penuh artis-artis dibawah naungan mereka. Para peminat juga dapat beramah mesra dan tandatangan artis-artis Metadome dengan hanya membeli majalah HAI terbaru.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jawapan Trivia: Tas Tangan Zizie Ezette

Isu Zon Bebas Pelabuhan Klang bersama Menteri Pengangkutan