in

Isu Hutang & Masalah Ezany Nizariff Kena Gam Selesai

Selepas dibantu Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), baki hutang drama sebuah syarikat produksi terhadap Ezany Nizariff yang tertangguh sehingga melibatkan kes polis akhirnya selesai apabila pelakon itu menerima kembali RM3,500.

[dropcap]E[/dropcap]zany berkata, dia menerima cek daripada produser Titian Dua iaitu Andy dari syarikat NR Network pada 29 Jun lalu dan sudah menunaikan cek berkenaan pada 7 Julai lepas.

“Alhamdulillah… akhirnya masalah saya dengan syarikat produksi itu selesai. Hutangnya kepada saya sudah dijelaskan selepas pihak Karyawan membantu saya menuntut kembali hak saya.”

Pada 17 Jun lalu Ezany bersama enam orang kru produksi drama Titian Dua telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dekat bagi menuntut sebahagian gaji dari syarikat produksi NR Network yang tidak dibayar kepada mereka.

Dia bersama kru tersebut nekad membuat laporan polis selepas penerbitnya yang dikenali sebagai Andy enggan mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan baki hutang kepada Ezany sebanyak RM3,500 manakala kru-kru produksi lain dianggarkan tidak mendapat upah di antara RM20,000 hingga RM30,000 secara keseluruhan.

Ezany berkata dia mendapat wang berkenaan selepas Freddie mengadakan dua kali pertemuan dengan Andy selain kedua-dua pihak berjaya mencapai kesepakatan bagi menyelesaikan kemelut berkenaan.

Dalam masa yang sama kata Ezany, turut berterima kasih kepada persatuan itu kerana telah membawanya bertemu dengan pihak pengurusan RTM bagi menyelesaikan isu kononnya dia digam oleh stesen televisyen berkenaan.

“Saya amat gembira kerana dua kes saya berjaya selesai dengan baik. Saya mendapat semual wang saya dan masalah saya dengan RTM juga ditangani dengan berkesan sekali. Selepas pertemuan dengan pihak RTM itu, saya terus mendapat tawaran berlakon dua buah drama stesen TV itu. Saya berterima kasih kepada RTM dan Karyawan.” – Sumber Mstar Online

Kalau takde masalah macam ni, Budiey rasa kita tak tahu bayaran jadi pelakon berapa RM kan?

Ezany Nizariff

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Ayam Lakonan Naim Daniel

Gambar Aiman Hakim Ridza di Bazar Seindah Ramadan