in ,

Gambar Aiman Hakim Ridza di Bazar Seindah Ramadan

Aiman-Hakim-Ridza-bazar

Pada 13 Julai lalu, Budiey telah turun ke Johor untuk melihat sendiri kelangsungan event Bazar Seindah Ramadan anjuran TV3 dan TV9. Sangat meriah, okay. Buatlah apa sahaja acara kat sini pasti mendapat sambutan daripada peminat, terutamanya jika dibuat di Plaza Angsana, Johor Bahru di mana kat sini memang ramai orang kita berkumpul dan juga shopping baju raya dan kuih raya. Suasana meriah dapat dirasakan dari awal hingga tamat acara bazar.

[pullquote align=”right”]Budiey dikhabarkan seramai 5000 orang pengunjung membanjiri lokasi Bazar Seindah Ramadan di Plaza Angsana pada hari itu. Terima kasih kepada yang sudi hadir jenguk kami di sini.[/pullquote]

Bazar Seindah Ramadan adalah acara amal yang dapat mendekatkan penonton setia di mana mereka juga dapat bertemu mata dengan selebriti yang dijemput khas. Macam-macam aktiviti dianjurkan kat sini bermula jam 10 pagi di mana acara bermula dengan aktiviti gotong royong memasak bubur lambuk, kambing golek dan asam pedas.

Antara selebriti yang sama-sama memeriahkan Bazar Seindah Ramadan termasuklah duta Seindah Ramadan iaitu Nora Danish, Adi Putra, pelakon kacak Aiman Hakim Ridza, Zoey Rahman, Zamarul Hisyam, Ezany Nizariff, Sasha Saidin, Amir Jahari, Nelydia Senrose, Anas Ridzuan, Elfira Loy dan kumpulan Oh Chentaku.

Peminat yang hadir berpeluang beramah mesra dan bergambar bersama artis kesayangan mereka. Budiey lihat, Adi Putra dan Nora Danish antara yang paling hebat dikerumuni peminat. Letaklah diorang ni kat gerai mana, mesti akan laris dah habis licin jualan.

Untuk info pembaca, Bazar Seindah Ramadan hanya dibuat di dua buah lokasi di Johor dan Kedah. Sebagai permulaan, pihak TV3 dan TV9 adakan di Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, Pusat Bandar Tampoi, Johor Darul Takzim diikuti dengan Sungai Petani, Kedah pada 27 Julai 2013 nanti.

Gambar Aiman Hakim Ridza di Bazar Seindah Ramadan, Plaza Angsana, Johor Bahru.

Aiman Hakim Ridza

Aiman Hakim Ridza

Aiman Hakim Ridza

Aiman Hakim Ridza

Aiman Hakim Ridza

Aiman Hakim Ridza

Aiman Hakim Ridza

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Isu Hutang & Masalah Ezany Nizariff Kena Gam Selesai

Gambar Majlis Pertunangan Raja Azmi & Eddie CRK