Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









INFINATEZ LAHIR SINGLE KEDUA ADA MASA



Kumpulan vokal berkumpulan yang lahir dari program realiti Gang Starz di TV3, Infinatez kini kembali dengan single kedua, Ada Masa.

Pelancaran album single mereka yang berlangsung pada 21 Jun lalu memuatkan empat buah lagu iaitu Paparazzi, Ada Masa, Sayang Kinabalu (A cappela) dan lagu Paparazzi yang menampilkan Cat Farish. Video MTV Lagu Paparazzi juga turut dimuatkan dalam album ini sebagai bonus dan kepuasan peminat.

Berpeluang bertemu dengan kumpulan yang terdiri daripada lima anak muda ini di Karnival Hotlink Bersama Gang Starz di Astaka Taman Tasik Titiwangsa semalam, Budiey sempat berbual tentang lagu Ada Masa dengan salah seorang anggota Infinatez yang paling genit tetapi besar bakatnya, terutama dalam penciptaan lagu iaitu Alvin.

Terima kasih juga kepada Alvin kerana sudi menghadiahkan album single Infinatez kepada Sensasi Selebriti.

Lagu berentak balada yang berkisarkan kisah peribadi dan pengalaman hidup Alvin ini dicipta pada tahun 2006. Tema ‘rindu’ dalam lagu ini menceritakan tentang perasaan kekasih yang begitu sedih dan terlalu rindu di saat berjauhan dengan kekasihnya. Sedangkan kekasihnya yang jauh itu tidak menunjukkan apa-apa respon dan tidak merasakan apa yang kekasihnya sedang rasa. Intro lagu ini meminta kekasihnya membayangkan bagaimana keadaan hidup tanpa kekasihnya.

Ada Masa – Infinatez

Dalam lagu ini ada harapan yang disandarkan semoga kekasihnya datang kembali kepadanya dan mahu meminta maaf atas segala kesilapan yang dilakukan. Selain berjanji akan lebih memahami dan sentiasa membuatkan diri kekasih ceria, dia berjanji tidak mahu akan mengulangi kesilapan.

Alvin mengambil masa selama dua hari untuk menyiapkan lagu ini. Dengan menggunakan gitar, Alvin terus merakam lirik dan lagu dalam pada masa yang sama.

Secara peribadinya, Alvin menujukan lagu ini kepada seseorang yang teristimewa. Pada mulanya, Alvin memilih tajuk Maafkan Aku tetapi tajuk seperti itu agak klise dan Ada Masa adalah pilihan yang tepat.

Lagu ini disampaikan dengan penuh perasaan oleh kesemua anggota.

Kenapa pilih nama Infinatez?
Infinatez berasal dari gabungan dua perkataan iaitu Infinity (tiada batasan) dan Innate (bakat dan kebolehan). Apabila digabungkan ia membawa maksud bakat yang tidak ada sempadannya. Terdiri dari Rafiq, Andy, Shah Hans, Alvin dan Daneal, Infinatez juga boleh dikenali melalui website mereka di www.infinatez.com

Selain sibuk dengan persembahan, Infinatez kini sedang sibuk mengumpulkan lagu untuk menyiapkan album penuh mereka. Di bawah label Euphonious Entertainment Sdn Bhd, Infinitez akan masuk studio pada bulan Ogos ini. Infinatez merupakan artis pertama Euphonius Entertainment selain sebuah kumpulan nasyid.

Sebutkan 4 keistimewaan Infinatez:

  1. Punya karakter dan berlainan dari segi attitude & fizikal
  2. Mementingkan gabungan harmoni vokal
  3. Semua ahli berbakat dalam mencipta lagu
  4. Berbakat dalam lakonan. Terbukti dalam teater muzikal P. Ramlee, Infinatez berlakon sebagai paparazzi.

Semalam, Infinatez menghiburkan pengunjung Karnival Hotlink dengan tiga buah lagu iaitu Paparazzi, Ada Masa dan sebuah lagu Acapella. Hari ini, jam 3 petang Infinatez akan mengadakan persembahan di Mydin Subang Jaya untuk satu charity Show untuk anak yatim.

[tags]infinatez, Rafiq, Andy, Shah Hans, Alvin, Daneal, album infinatez, ada masa lyric, download, imeem.com, gitar, gossip, berita, bernama tv, sayang kinaballu, daki gunung, foreign, exchange trade, funds supermarket, fx online[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Jom Undi Paparazzi Infinatez di Muzik-Muzik
  • Single Kedua Infinatez Ada Masa Lagu R&B Soul Terbaru
  • Infinatez Kini Tinggal Berempat
  • Konsert Akhir Gangstarz TV3: Flava, The Lima, Infinatez, Mendua?
  • Lagu Infinatez Paparazzi, Ada Masa, Sayang Kinabalu & Ratu Hati
  • Gambar Infinatez, Imran Ajmain & Atilia di Showcase Punca & Persembahan
  • Punca Dan Tindakan Showcase at The Annexe, Central Market
  • Lagu Learning You dari Alvin MY Infinatez
  • Gambar Sekitar Makan Malam Carnival Media Blast
  • Gambar Diana Danielle dan Andra & The Backbones Rakam Lagu Tak Ada Bisa



    • http://akupencintasetia.blogspot.com Pencinta Setia

      salam semua!

      Jom ke teratak aku! silakan la…

    • WiNtEr

      all the best guys..

    • http://www.infinatez.com defoo

      Thanx a lot budiey!!! Mesra, efisien dan memberi IMPAK!!! Sekali lagi terima kasih byk2!!!

    • naNaku

      suke banget infinatez…ala2 boyz two mens gitu… :) paling suke tgk shah hans….kiut seh..all da best to u guys… :)

    • ayoyo

      nanaku kata-shah hans xpandang ko arr..dia pandang nadia aqilah bajuri[luscious]jerkk…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK