in ,

How to Eat Fried Worms, Secondhand Lions, Gigli, Funky Monkey di 8TV

Popcorn N’ Wednesday
Lebih Banyak Filem Menarik Menanti Anda!

Sekali lagi 8TV membawakan kepada anda filem-filem menarik sepanjang Mac ini dalam slot Popcorn N’ Wednesday. Anda akan dihidangkan dengan filem-filem terbaik Hollywood dari filem cinta hingga ke filem komedi.

“Bulan Mac ini kami akan membawakan filem-filem yang menarik bagi tontonan anda seisi keluarga. Semoga anda semua terhibur!” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi.

ser

Funky Monkey
 TX Date: 4 Mac 2009
 Time: 10.00pm – 12.00am
Filem komedi ini mengisahkan tentang seorang agen CIA Jack McCall yang ingin melepaskan seekor cimpanzi bernama Clemens dari sebuah makmal. Clemens merupakan haiwan yang telah dilatih dengan seni mempertahankan diri. Banyak aksi-aksi menarik dan lucu berlaku lebih-lebih lagi apabila Jack dan Clemens mendapat perlindungan dari sebuah rumah selepas melarikan diri dari makmal itu.
Dibintangi oleh: Matthew Modine, Roma Downey & Seth Adkins

Budiey Blog
Gigli
TX Date: 11 Mac 2009
Time: 10.00pm – 12.00am

Gigli, merupakan seorang pembunuh upahan. Beliau telah ditugaskan untuk menculik adik kepada pegawai pendakwaraya California yang terencat akal.  Gigli telah melarikan beliau dari hospital mental dan menyembunyikannya di apartmen miliknya. Ricki yang juga seorang pembunuh upahan telah dihantar untuk memerhatikan pekerjaan Gigli supaya segalanya berjalan dengan lancar. Peristiwa lucu mula berlaku apabila kedua-duanya mula jatuh cinta.
Dibintangi oleh: Jennifer Lopez & Ben Affleck

Budiey Blog
Secondhand Lions
TX Date: 18 Mac 2009
Time: 10.00pm – 12.00am

Secondhand Lions membawa anda mengikuti perjalanan seorang budak lelaki (Walter) yang pemalu telah ditinggalkan oleh ibunya di rumah pak ciknya yang agak pelik. Semua ini gara-gara kerana ibunya ingin Walter menyiasat di mana kedua-dua pak ciknya menyembunyikan wang mereka.
Dibintangi oleh: Haley Joel Osment, Michael Caine & Robert Duvall

Budiey Blog
How to Eat Fried Worms
TX Date: 25 March 2009
Time: 10.00pm – 12.00am

Billy Forrester berpindah ke rumah baru bersama dengan ibu, bapa dan adik lelakinya Woody. Selepas berpindah, Billy enggan ke sekolah kerana takut dibuli tetapi ibunya berjanji yang segalanya pasti berjalan dengan baik apabila beliau dapat menyesuaikan diri nanti.

Apabila tiba di sekolah, Joe Guire, Benjy, Bradley, Plug, Techno Mouth, Donny dan Twitch telah memberi nama baru kepada Billy – Billy F. Plug dan Bradley telah mencuri bekal makanan Billy. Mereka kemudiannya masuk semula ke kelas dan berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sewaktu rehat, Plug datang ke arah Billy dan memberinya sebuah botol air yang berisi cacing tanah. Billy yang merasa tercabar telah memakan kesemua cacing itu.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem-filem menarik ini secara PERCUMA sepanjang Mac setiap Rabu jam 10.00 malam hanya di 8TV. Anda juga dapat menonton siaran 8TV melalui saluran 708 Astro.

Anda kini dapat menonon program kegemaran anda melalui telefon bimbit dengan melayari ke www.mobile.8tv.com.my. Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Meet Uncle Hussain, Hafiz Hamidun, Waheeda @ Zoom In @ RTM Khas : Doaku Untukmu… Gaza

Peraduan Jom Menonton Filem Dragonball Evolution